Bagi mencapai hasrat untuk kurus dan langsing, macam-macam cara dibuat agar impian berjaya. Namun bukan mudah untuk turunkan berat badan. Kalau tidak ada disiplin dan semangat yang kuat, pasti impian itu musnah.
Gadis cantik bernama Nor Shahiera Raslan atau menggunakan nama Kak Xara di Facebooknya ini walaupun makan nasi, tetap berjaya menurunkan berat badannya sehingga 10 kilogram. Rahsianya dengan melakukan diet rendah kalori. Walaupun bukan mengambil masa sebulan dua disebabkan dia banyak cheat day, namun kesungguhannya membuatkan impiannya tercapai.
Jadi bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, bolehlah ikut cara gadis ini. Kalau disiplin, pasti berjaya.
Kak Xara bukan amik masa sebulan dua taw.. tapi lama jugak laa.. Sbb bnyak main.. banyak cheat day.. ??
MASIH MAKAN NASI
Hai hampaaa..
Kak Xara nak share mcm mna Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak da la diet mana pon sebab Kak Xara tak boleh dok kalau tak makan nasik.. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasik.. ??
Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI.. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari.. Cara nak kira Kak Xara buh kat bawah.. Make sure tengok gambaq smpai habis taw sbb hampa kena kira kalori klau nk buat ni..
Diet ni cadangan hampa mkan nasi dari beras perang tu tp Kak Xara tibai ja nasi putih tu.. Tak bnyk la mkn.. Lauk tu lagi banyak dari nasik la.. Sayoq bnda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara mkn..
JANGAN SKIP SARAPAN ✔️
Ads
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus..
SAY NO TO MAKAN MALAM ❌
Maksud tak mkn malam ni bukan tak boleh makan terus.. Klau nk makan berat sikit hampa makan sebelom pukul 8.. Lps pukul 8 makan untuk kunyan2 manja ja.. Mcm apple hijau..
SAY NO TO MINUMAN MANIS ❌
Ingat taw.. jangan minum minuman manis.. Satu gram gula memberi empat kilo kalori kepada tubuh manusia. Kalori dan gula yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak di dalam tubuh kita. Akibatnya, boleh menyebabkan seseorang menjadi obes.
Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis.. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang2 ada jgk tersedut ayaq manis sikit.. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat.. hehe
SAY NO TO ICE ❌
Ni rahsia klau nk perut kempis.. ??
Ads
Yang ni betoi2.. Dulu Kak Xara klau p kedai mkn.. Wajib order ais 1 cawan asing sbb seronok dok pepak/gigit ais.. Nikmat weyh.. Tapi semenjak perut koi kedepan.. Buat sit up pon tak menjadi.. Kak Xara stop amik ais.. serius wey menjadi.. Perut kempis.. (ada yg kata ais tak menggemokkan.. tapi Kak Xara tak amik ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. sbb dua2 ni mcm combo.. wajib.. spa nk minum ayaq sirap tak buh ais.. so ni slh satu cara nk elak minuman manis.)
TEH HIJAU ✔️
Teh hijau ni lps hampa minum.. Hampas dia tu jangan buang taw.. Nnti Kak Xara ajaq guna untuk muka..
Kak Xara minum teh hijau taw hampa.. Jangan gatai dok p tambah gula nah.. stg rasa2 pait sikit dok buat rajin tambah gula pulak.. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak..
SENAMAN ✔️
Hampa buat la senaman sikit2.. Klau rasa mls nak keluaq umah.. Hampa tengok ja youtube.. Buat la tabata ka zumba sorang2 kat umah.. Klau umah dua tingkat.. naik turun tangga tu.. Tak yah lama2.. Sat pon jadi la janji buat.. Kak Xara dlu dok p zumba.. Kadang2 3 kali seminggu..
Bab2 makan Kak Xara boleh ckap hat tu ja sbb Kak Xara pon terumbang ambing lg.. ?? Point dia Kak Xara nk ajaq cara kira kalori yg perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan..
Ads
Basal Metabolic Rate (BMR) = Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita semasa dalam keadaan rehat mengikut berat, tinggi dan umur (tanpa aktiviti fizikal)
Daily Calorie Requirements (DCR) = Nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
Tambahan Kak Xara tunjuk apps yg hampa boleh download untuk kira kalori hampa dengan hampa mkn apa pon dia kira skali… best kan??
RUJUK GAMBAR NGAN VIDEO KAT BAWAH TAW..
Bye hampa..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda sendiri sebagai isteri kadang-kadang tidak faham body language atau cara suami yang selalu sampaikan mesej cintanya indirectly.
Percayalah, lelaki ni kalau dia sayang, dia memang betul-betul sayang. Pandang orang lain pun susah. Kalau suami anda 10 ciri-ciri ini, dia memang betul-betul sayang anda melebihi dirinya sendiri.
Apakah tanda-tanda suaminya itu menyayangi diri anda melebihi dirinya sendiri?
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama-sama. Tak kisah sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas rasmi di pejabat atau dengan rakan-rakan. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada outstation dan tunggu respons daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk di sebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang diminati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan kerenah isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa di sebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah An-Nisa: 19)
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda. Jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang. Selamat menyayangi isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki pada zaman ini pastinya ingin tampil lebih maskulin dan macho. Mereka bijak berhias dan lebih peka dalam menjaga penampilan diri serta kesihatan.Namun begitu, masalah berat badan sering menjadi sebab golongan lelaki malas untuk bersiap dan memperkemaskan diri.
Terdapat banyak cara praktikal yang boleh diamalkan untuk lelaki mendapatkan berat badan ideal dan sempurna. Berikut tujuh tip kurus khusus buat lelaki yang terlebih berat badan.
WAJIB BERSENAM
Untuk menurunkan berat badan, perkara utama yang harus dilakukan adalah bersenam secara berkala. Anda perlu lakukan senaman kerana lemak-lemak lelaki selalunya sukar untuk dipecahkan melainkan melalui senaman yang berterusan. Antara senaman yang boleh menguruskan badan ialah joging, berenang dan berjalan kaki. Untuk memecahkan lemak yang tebal, anda perlu lakukan senaman kecergasan dan senaman berat di gim.
AMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Pilihlah diet makanan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat, makanan segera atau makanan yang diproses, selain makanan berlemak dengan pengambilan yang terlalu banyak. Pilihlah buah-buahan yang segar dan yang paling banyak memberikan nutrisi seperti anggur hitam, plum, strawberi atau buah pic.
BIARKAN PERUT RASA LAPAR
Jika ingin menguruskan badan dengan cara yang cepat dan selamat, anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang lapar iaitu berpuasa. Selepas anda melakukan senaman atau ketika ingin berbuka puasa, jangan makan terlalu banyak. Perut yang sentiasa lapar bermakna lemak-lemak anda sedang dibakar untuk ditukarkan kepada tenaga. Kaedah ini jika dilakukan secara konsisten akan menghasilkan kesan yang amat menakjubkan.
UBAH GAYA HIDUP
Tinggalkan gaya hidup anda yang negatif kepada hidup yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Contohnya, jika anda selalu bermain permainan video terlalu lama, banyak tidur atau lepak sambil menonton televisyen, berhentilah segera dan ubah perangai buruk tersebut. Tukarkan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lebih seronok seperti menolong ibu membuat kerja-kerja rumah, menukang, berkebun, memanjat gunung atau keluar beriadah dengan berjalan-jalan di taman.
BERHENTI MEROKOK
Tahukah anda, rokok atau seumpamanya mengandungi bahan kimia tinggi yang akan melemahkan anda secara fizikal dan mental? Jadi, kuatkanlah semangat untuk berhenti dari terus-menerus menghisap bahan kimia demi kelangsungan hidup yang sihat dan berpanjangan. Kehidupan anda bukan sahaja semakin sihat, malah anda juga dapat menyimpan duit dan berjimat cermat.
TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang tidak teratur dan tidak cukup membuatkan badan mudah lesu sekali gus membuatkan berat badan bertambah. Dapatkan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari. Tidur yang cukup dapat membantu anda untuk lebih relaks dan mengawal kadar metabolisme tubuh badan.
MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Petua yang cukup mudah dan murah ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan kerana ia tidak memiliki kalori, karbohidrat atau protein. Bagi anda yang suka mengambil minuman berkalori tinggi seperti minuman bersoda, mocha, kopi atau teh dan air berkalori lainnya, anda dinasihatkan agar menggantikan air berkalori kegemaran anda dengan air putih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!