Dalam ekonomi sekarang, agak sukar jika suami seorang sahaja yang bekerja untuk mengalas tanggungjawab dan sara keluarga. Nak tak nak, isteri turut sama membantu suami bagi mengurangkan beban.
Tak dinafikan, tanggungjawab sara keluarga ini di bahu suami. Tapi, kalau mengharapkan suami dan anak-anak yang ada, memang tidak lepas dan mungkin juga cukup-cukup makan saja.
Tapi bila isteri bekerja, sekurangnya ringan sedikit bebanan tanggungjawab suami. Tak kurang juga ada isteri yang berjawatan tinggi daripada suami lagi.
Apa yang nak dikatakan, waima isteri bergaji besar dan lebih daripada suami, tanggungjawab untuk sara keluarga tetap pada suami. Jangan ada yang berbunyi, isteri kerja pun atas redha suami.
Begitulah yang selalu desas desus bila isteri bekerja dan lebih teruk lagi, suami mula buat endah tak endah tentang belanja rumah. Semuanya diharapkan pada isteri, mentang-mentanglah isteri bergaji besar.
Ads
Inilah pesanan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang harus suami kena ingat. Jemput renungkan seketika tulisan ini bagi membaiki mana yang kurang.
Gaji Isteri Besar, Jangan Sampai Lepas Tanggungjawab Sara Keluarga!
1. Isu ‘orang ketiga’ yang menjadi punca perbalahan suami isteri adalah ‘wang’. Wang menjadi punca perbalahan suami isteri hari ini.
2. Statistik majlis agama negeri 65% perbalahan rumah tangga berpunca dari wang.
3. Tanggungjawab sara keluarga tetap dibahu dan batu jemalang Panglima Keluarga, walau isteri kita CEO berjaya.
Gaji isteri besar, bukan bermakna besar belanja dia wajib keluarkan.
Ads
4. Semakin besar ‘contribution’ isteri dalam rumah tangga. Makin lama, makin rendah rasa hormat isteri pada kita nantinya.
“Awak gaji besar, rumah dan kereta nie awal bayar la, barang dapur saya beli”. Jangan paksa isteri begitu.
5. Bincang baik-baik dengan isteri pembahagian sumbangan ini. Ada yang guna 70:30 . Suami 70% , isteri 30%.
6. Saya cadangkan, perbelanjaan rumah dan hangus di bahu suami.
Ads
7. Perbelanjaan ‘Simpanan’ dan ‘Pelaburan’ di bahu isteri. Duit ini tidak terus hangus dan hilang. Ia untuk masa depan hidup bersama.
8. Beri izin isteri bekerja bukan bermakna gaji dia, duit kita. Itu Yahudi namanya.
Jangan Ikut Orang Tetapi Terpulang Pada Situasi Sendiri
Jadilah pemimpin dan tempat berlindung isteri dan takutlah hari pembalasan nanti kawan kawan.
Bila gaji kita kecil, dengan ringan tulang dan jaga keluarga dengan baik. Hormat isteri akan tetap terbilang.
Jadi bagaimana pula pandangan anda tentang isu suami isteri bekerja? Rasa agak berat bila salah seorang bekerja atau lebih selesa jika sama-sama keluar mencari rezeki?
Tepuk dada, tanya kehendak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah agak lama kita tak nampak pengantin yang mengadakan majlis resepsi dengan bertemakan Melayu Klasik. Kalau zaman mak-mak kita dulu, datang majlis kahwin pun makan bersila. Tetapi lain pula dengan pasangan Nur Hidayah Muzaffar dan Mohamad Faimi Fuad, 33. Mereka mengetengahkan konsep dulu kala untuk majlis resepsi.
Istimewanya tentang pasangan ini bukan hanya pada majlis tetapi kisah mereka berkenalan juga sangat berbeza.
“Saya berkenalan dengan suami melalui seorang gelandangan bernama Pak Din. Ketika itu suamilah yang menguruskan makanan, pakaian dan tempat tinggalnya, sungguhpun mereka tiada pertalian darah. Saya pula ketika itu menjalankan perniagaan gunting rambut di Kampung Hulu Melaka. Setiap bulan saya akan memberikan perkhidmatan potong rambut percuma kepada Pak Din. Dari situlah saya mula kenal suami. Dan kerana sikap prihatin suamilah saya memilih dia menjadi teman hidup.”
Kredit foto: Facebook Daia Muzaffar Junior
Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka menjadi lokasi untuk merealisasikan konsep perkahwinan impian. Majlis akad nikah dan resepsi telah diadakan pada 10 Oktober 2022 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.
“Hantaran kami tidak seperti orang lain, yang beri barangan keperluan seperti handbag dan sebagainya. Untuk saya, pihak lelaki hanya memberi satu set perhiasan emas.” tulis Hidayah.
“Saya memilih tema ini kerana ingin mengangkat budaya Melayu klasik yang cukup unik, mengikut adat, istiadat serta memilih untuk berbusana klasik agar ia tidak terus ditelan zaman.”
Untuk majlis ini, pengantin perempuan kelihatan sangat anggun bersongket, lengkap bersanggul lintang mengikut adat perkahwinan Melaka yang kian dilupakan. Menurut Hidayah, majlis diadakan sepenuhnya mengikut adat orang dulu-dulu.
“Dari hidangan sehingga ke hiasan pelamin semuanya mengikut konsep. Tetamu yang hadir makan bersila sepanjang majlis berlangsung. Lebih unik, bukan sahaja keluarga pengantin, malah tetamu yang hadir juga lengkap berbaju Melayu lama dengan memakai capal, tengkolok, dan bersongket.
Di sekitar dewan majlis pula terdapat gelangang silat dan lima buah rumah pahlawan melayu Melaka, perigi Hang Tuah dan muzium dengan artifak sejarah perkembangan Melaka. Tidak cuma itu, bilik pengantin juga indah dihiasi kelambu dan katil besi peninggalan arwah nenek lebih dari 100 tahun. Majlis juga diserikan dengan persembahan tarian, pemuzik asli serta persembahan silat dari Institut Warisan Melaka.”ujarnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada masa, sakit mata tengok karpet rosak! Bukan sebab kotor tetapi masalah yang biasa yang berlaku bucu karpet jadi berlipat. Kalau ada anak kecil, agak bahaya juga. Takut tersepak dan jatuh.
Malah ada beberapa masalah lain juga yang berkat dengan karpet di rumah macam terkena api puntung rokok, rosak sebab tumit kasut dan sebagainya.
Tetapi jangan risau, anda boleh cuba guna tip ini dulu untuk atasi masalah ini. Hah, jangan terus beli lain pula, membazir sangat.
Tip Baiki Karpet Rosak, Isteri Jangan Buang Kalau Masih Boleh Guna!
Baiki Karpet Kena Api Puntung Rokok
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khuatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.
Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam.
Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Kesan Hitam Tumit Kasut Pada Lantai
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Tutup Kesan Calar Lantai Kayu
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal.
Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Betulkan Bucu Karpet Berlipat
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Senang, bukan? Jadi selepas ini masalah karpet rosak golongan isteri akan selesai tanpa perlu mengeluarkan duit. Jimat duit poket encik suami kalian!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kembali menjadi perhatian, bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan seakan memberi bayangan perkahwinan dengan kedua-dua isteri, Ain ‘Afini dan Hana Azraa sudah berakhir.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IG), mereka sudah berbincang untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut dengan kemelut rumah tangga.
PU Abu Sudah Berbincang Kedua Isteri
Kata Abu, keputusan ini telah dipersetujui antara dirinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa demi kebaikan bersama.
“Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.
“Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami.
“Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun,” tulisnya lagi.
Salahkan Diri Sendiri
Abu juga mengakui gagal menjadi ketua keluarga yang boleh membawa kebahagiaan dan keharmoniaan dalam keluarga.
“Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.
“Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak,” akuinya.
Mohon Doa Orang Ramai
Dalam pada itu, Abu turut memohon agar orang ramai mendoakan agar Ain ‘Afini dan Hana Azraa dipertemukan dengan jodoh yang setia, sentiasa ada di sisi dan mencintai sepenuh hati.
Bukan soal sering ditinggalkan atau jarang ditinggalkan sahaja tetapi banyak hal yang tak boleh diceritakan. Seperti yang saya sebut sebelum ini banyak tindakan saya yang disalah erti oleh sebahagian pihak sedangkan saya tidak ada apa-apa kepentingan pun.
Doakan jodoh yang terbaik buat mereka, yang setia, yang boleh di samping 24 jam dan paling penting yang mereka cintai setulus hati. Doakan juga yang terbaik buat saya.
Terdahulu, Abu bernikah dengan Ain ‘Afini pada tahun 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.
Kemudian, Abu dan Hana pula berkahwin pada 2019. Abu dan Hana Azraa dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.
Sebelum itu Hana Azraa yang merupakan ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan iaitu Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya.