Sekadar Gambar Hiasan

Ramai pasangan di Malaysia terpaksa menangguhkan perkahwinan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia dan mereka terpaksa akur dengan keputusan ini dengan hati yang berat.

Kebanyakan bakal pengantin meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meneruskan perkahwinan seperti yang telah dirancang. Apatah lagi jika banyak modal sudah dikeluarkan.

Namun keadaan ini tidak berlaku di negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka telah melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara online yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

IKLAN
Gara-Gara Wabak Covid-19, UAE Benarkan Rakyatnya Kahwin Secara ‘Online’
Sekadar Gambar Hiasan

Memetik laporan di Harian Metro, pasangan boleh memilih tarikh majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Melalui prosedur tersebut, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan. Pasangan pengantin juga akan menerima pengesahan sijil nikah melalui mesej teks.

IKLAN

Gara-Gara Wabak Covid-19, UAE Benarkan Rakyatnya Kahwin Secara ‘Online’

Perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan penceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan. Namun, masih tiada sebarang maklumat sehingga kini berkaitan urusan penceraian sepanjang tempoh sekatan perjalanan.

IKLAN

Kalau anda, anda setuju atau tidak jika perkahwinan diteruskan secara online?

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI