Zikir dan Doa Pelembut Hati Suami

Garangnya Suami, Lembutkan Hatinya Dengan Zikir Dan Doa Ini

1. Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Garangnya Suami, Lembutkan Hatinya Dengan Zikir Dan Doa Ini

"Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir "
"Yang Maha Mulia, Ya Maha Perkasa, Yang Maha Megah"

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

IKLAN

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Garangnya Suami, Lembutkan Hatinya Dengan Zikir Dan Doa Ini

2. Selain daripada itu amalkan doa nabi daud, baca 3 kali:

"Ya Allah, lembutkanlah hati suamiku, (sebut nama suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

IKLAN

3. Ayat 200 Surah Al Imran

Maksud ayat:-

IKLAN

200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.

kredit : Umi Rahmat

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI