Asam garam dalam rumahtangga. Tak selalunya gembira dan tak selalunya berduka. Sesekali, baik isteri ataupun suami mesti ada benda yang rasa tak puas hati. Bohonglah kalau tak pernah rasa nak marah dengan pasangan.

 

 

Tapi, untuk memastikan kemarahan itu tidak disalurkan dengan cara yang tak baik, mungkin anda boleh praktikkan beberapa tip di bawah ini supaya perasaan dapat diluahkan dengan baik.

 

 

  1. Mesej ringkas

Zaman sekarang, mudah sangat untuk kita berhubung dengan orang yang kita sayang. Kalau dulu berkira sangat nak hantar SMS, tapi sekarang hantar Whatsapp percuma. Jadi, anda tulis secara ringkas pada suami, anda terasa hati dan rasa nak marah. Tengok betul-betul penerimanya, takut salah masuk whatsapp group pula!

IKLAN

 

Kalau suami tak reply on the spot, janganlah marah-marah pula. Biarlah suami ambil masa dulu. Mungkin dia tengah sibuk, ada sesuatu yang sedang dilakukan atau suami juga perlukan masa untuk tenangkan hati.

 

  1. Selitkan nota

Boleh juga cuba untuk selit nota dalam dompet suami atau di dalam laci yang sering dibuka. Boleh juga beritahu suami yang anda mahu berbincang tentang perasaan marah yang sedang melanda.

IKLAN

 

  1. Jangan up status di media sosial

Elakkan daripada beritahu ‘dunia’ anda sedang marah pada suami. Bila anda beritahu di media sosial, anda sebenarnya membuka pekung di dada. Bayangkan pula perasaan suami ketika itu. Malu dan rasa tercalar maruahnya sebagai suami. Bila sola suami isteri, janganlah gunakan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan. Takut makan diri nanti.

 

IKLAN
  1. Berwuduk

Ambil wuduk dan cuba tenangkan hati. Hati yang panas boleh disejukkan dengan air wuduk yang mengalir. Cuba bertenang.

  1. Solat

Bila dah berwuduk, solatlah. Buatlah solat sunat dan banyakkan berdoa agar hati anda tenang. Mohon pada Allah agar anda diberikan kemudahan untuk selesaikan masalah anda dan suami.

 

  1. Berjemaah

Jika suami ada di rumah, ajaklah dia berjemaah bersama. Di akhir solat, bersalam-salamanlah dan ‘telan’ kemarahan itu. Bila rasa dah reda, berbincang elok-elok dengan suami apa yang anda rasai.

 

  1. Bergurau senda

Kalau anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, cuba bawa bersabar. Jangan terus marah melulu. Sambil-sambil bergurau, cuba nyatakan pada suami kenapa anda rasa marah. Dengarlah penjelasannya dahulu sebelum anda terus ‘naik hantu’.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI