Apa persoalan yang membuatkan Haqiem Rusli atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, ingin menarik diri dalam bidang seni nyanyian yang hangat diperkatakan pada hari Ahad lalu sehingga hari ini. penantian satu penyiksaan untuk peminat Haqiem Rusli yang ingin menanti keputusan yang sebenarnya pada Julai ini. Bagaimanapun memberitahu dia hanya membuat keputusan berhubung perkara itu pada Julai ini.

“Pengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

“Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK pada AWAL BULAN JULAI saya akan memberi jawapan sepenuhnya,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Menjelaskan mengenai perkara itu, Haqiem berkata, dia melalui banyak keperitan sepanjang bergelar penyanyi dan tiada siapa dapat memahami keperitan dilaluinya.Malah dedah Haqiem, masalah kemurungan yang dihadapinya sejak awal tahun ini turut mendorong sebab dia ingin meninggalkan bidang seni.

IKLAN

Gundah Hati Haqiem Rusli Kini TerjawabKesemua gambar di dalam Instagram bintang ini telah dipadam sejak Ahad lalu. Keadaan ini membuatkan ramai peminatnya terkejut dengan tindakan mengejut yang dilakukan Haqiem. Apa pun kita sebagai manusia perlulah memberi peluang kepada insan yang inginkan ketenangan dalam mencari jalan yang mungkin dapat menenagkan beliau. Kita tidak tahu apa yang dirasakan dan ditanggung oleh Haqiem Rusli selama dia bergelar penyanyi.

IKLAN

Haqiem Rusli juga yang menjadi penghias kulit majalah Pesona  pengantin Julai ini membuatkan team Majalah Pesona Pengantin terkejut dengan keputusannya. Anak muda ini cukup lemah lembut dan sopan. Senang untuk dibawa berbincang, tidak mempunyai ragam dalam apa jua keadaan. Agak pemalu jika ingin digandingkan dengan wanita, tetapi apabila di dalam waktu menjalankan tanggungjawab Haqiem seorang yang sangat profesional.

Haqiem juga banyak berkongsi kisah dengan Majalah Pesona Pengantin, jika ingin tahu kisah lanjut mengenai Haqiem Rusli, dapatkan Majalah Pesona Pengantin Julai ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI