
Dalam melayari bahtera rumah tangga, kadang-kala pasangan suami isteri tidak terlepas melalui situasi beremosi sehingga salah seorangnya mengambil keputusan untuk berdiam diri ataupun merajuk.
Namun tidak dinafikan sifat merajuk sering dikaitkan dengan wanita, lalu menyebabkan suami berada dalam keadaan serba salah sehingga terpaksa mengalah dan memujuk bidadari mereka.
Perkara seperti itu dikongsi oleh penceramah bebas, Imam Muda Hassan yang menasihati para suami supaya tidak membiarkan isteri merajuk tanpa usaha untuk memujuk kembali hati yang dingin.'

Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.

Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah
Hassan Adli
Sayangi isteri kerana Allah
Sumber: Imam Muda Hassan
Berkat Sungguh Kehidupan Suami Kalau Ringan Tulang Bantu Isterinya

“Suami idaman adalah seorang suami yang dapat menenangkan isterinya dan memahami apa yang tersurat mahupun tersirat di sudut hati isteri. Disebabkan itu, jalan terbaik bagi lelaki ialah membantu isteri di mana patut, jangan goyang kaki apabila balik ke rumah dan mengharapkan isteri menyediakan semuanya kerana isteri juga bekerja. Mereka juga ada komitmen kerja, masalah dan tekanan tersendiri,” katanya.
Suami masih perlu membantu isteri walaupun dia suri rumah sepenuh masa. Tugas suri rumah dan menjaga anak itu sebenarnya lebih memenatkan berbanding bekerja di pejabat kerana ia berpanjangan dari pagi hingga malam.
Dr HM Tuah turut berkongsi enam langkah bagi meringankan bebanan isteri di rumah:

1. Berbahagi tugas mengikut minat dan bakat
Ini boleh dirancang ketika berada di dalam kereta sekiranya pulang bersama-sama atau boleh ditetapkan sejak awal lagi mengikut kepakaran dan minat masing-masing. Contohnya jika suami lebih seronok melipat kain berbanding memandikan anak, jadi serahkan tugas itu kepada suami. Ini bermakna si suami boleh duduk ‘sila panggung’ apabila sampai di rumah dengan membaca akhbar atau menonton televisyen tetapi tidak akan tidur selagi kain belum dilipat.
2. Lakukan semua perkara bersama-sama
Sebenarnya ia lebih seronok sekiranya dapat dilakukan contohnya si isteri memasak dan pada masa yang sama si suami membasuh pinggan mangkuk. Ini menjadikan hubungan lebih intim atau isteri memasak nasi dan si suami pula memotong bawang, selesai memasak, sama-sama boleh mengemas rumah.
3. Makan bersama boleh menghilangkan beban pemikiran
Bayangkan pasangan yang tiada pembantu rumah, jika boleh saling membantu dalam penyediaan makanan kemudiannya makan bersama-sama dengan anak yang keletah tentu menghiburkan. Selamilah tujuan berkahwin, bukankah antara lain untuk menikmati keindahan hidup dalam sebuah rumah tangga yang ceria.

4. Jika benar-benar penat elakkan memaksa diri
Pasangan yang sama-sama penat kerana bekerja sehari suntuk, boleh mengambil langkah menangguhkan kerja rumah buat sementara waktu. Ini bermakna, apabila sampai di rumah tangguhkan dulu perkara yang boleh ditangguhkan seperti mengemas ruang tamu. Lakukan apabila anda dan pasangan tidak terlalu penat atau lebih bertenaga. Memaksa diri untuk melakukannya hanya akan menyebabkan anda berasa tidak ikhlas, sakit hati dan semakin membenci pasangan.
5. Suami memujuk dengan kata-kata yang lembut
Jika sememangnya anda malas untuk membantu, jangan tunjuk ego tetapi pujuklah isteri yang sedang kepenatan itu dengan kata-kata yang menarik. Memuji boleh membuatkan isteri lega dan tidak terlalu rasa didera contohnya “Wah, ligat Aini buat kerja,” atau “Orang yang banyak bergerak bentuk badannya akan semakin mengancam, suami pun makin sayang,”
6. Usahakan pembantu
Jika keadaan sudah tidak dapat dikawal, maksudnya keadaan jadi lintang pukang serta sudah tiada kesanggupan untuk mengurus sendiri, mendapatkan pembantu rumah adalah jalan terbaik. Jika tidak mampu menggaji pembantu rumah sepenuh masa, anda boleh mengupah orang datang mengemas rumah pada hujung minggu. Kosnya lebih rendah berbanding pembantu rumah sepenuh masa.
Tidak mengapa berkorban wang demi keselesaan dan kebahagiaan rumah tangga, berbanding hendak melakukan semua perkara kerana hendak berjimat tetapi pada masa yang sama kasih sayang semakin terhakis.
Artikel ini d
Batalkan Tunang, Jangan Ingat Boleh Terlepas Dari Ganti Rugi

Islam menganjurkan perkahwinan supaya hubungan lelaki dengan perempuan menjadi halal. Namun senario yang berlaku pada hari ini, lelaki dan perempuan secara sedar boleh bertepuk tampar malah bebas keluar masuk rumah seperti suami isteri. Apakah mereka mencabar hukum Allah atau tidak mengetahui hukum pergaulan atau mereka menyangka dengan bertunang segala perhubungan sudah menjadi halal.
Sebenarnya Rasulullah SAW secara jelas bersabda: “Sesungguhnya jika salah seorang antara kamu dicucuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.” (Riwayat al-Imam al-Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabir)
Bolehkah anda bayangkan kesan cucukan jarum besi yang sudah tentunya amat pedih. Rasa pedih itu masih Rasulullah katakan sebagai lebih baik berbanding dengan perbuatan menyentuh seseorang yang bukan mahram. Padahal sentuhan bukan mahram tidak sakit berbanding dengan sakit akibat dicucuk jarum. Tetapi, dengan menyentuh pasangan yang bukan mahram kesannya adalah neraka yang pedihnya berganda-ganda.
Memahami mesej daripada hadis di atas, umat Islam wajib elak daripada sentuhan pasangan yang bukan mahram meskipun sudah bertunang. Hal ini kerana pertunangan bukan menghalalkan pergaulan antara mereka tetapi sekadar perjanjian awal untuk membolehkan pasangan itu membuat persiapan awal untuk berkahwin.
Pertunangan dilindungi undang-undang.
Apabila seseorang itu sudah sah bertunang, maka haramlah orang lain untuk meminang si wanita tersebut. Malah haram bagi wali wanita tersebut menerima peminangan orang lain dan membatalkan pertunangan yang pertama. Islam tidak membenarkan amalan ini kerana tindakan itu seperti merampas hak orang lain.
Hadis daripada ‘Uqbah bin Amir menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidak dihalalkan bagi seorang mukmin untuk membeli barang yang sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mukmin meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika pinangan itu telah ditinggalkan.” (Shahih Muslim 2/1034 no.1414)
Jelas di sini sesebuah pertunangan dilindungi undang-undang. Maka mereka yang terlibat tidak boleh sewenang-wenangnya memutuskan atau membatalkan pertunangan itu. Walau bagaimanapun pihak lelaki mahupun perempuan ataupun wali si wanita boleh membatalkannya dengan sebab-sebab yang munasabah dengan syarat dipersetujui bersama.
Oleh sebab itu jika pembatalan yang dibuat kerana terdapat kecacatan pada pasangan atau sebelah pihak mendapati satu pihak lagi tidak seperti yang diharapkan, bolehlah dibatalkan. Itupun jika kedua-dua belah pihak boleh terima alasan tersebut.
Batal tanpa sebab
Pada dasarnya apabila termetrai sesuatu pertunangan, tidak harus dibatalkan. Maka jika ada pihak yang mahu membatalkan pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah, pihak yang membatalkan itu wajib membayar ganti rugi mana-mana yang membabitkan urusan pertunangan dan perkahwinan.
Mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.
” Seksyen ini dengan jelas membezakan pembatalan pertunangan bersebab dengan pembatalan tanpa sebab yang sah. Pembatalan tanpa sebab yang sah merujuk kepada alasan yang tidak boleh diterima oleh pihak yang satu lagi. Maksud ini dijelaskan lagi dengan ayat seterusnya yang menyatakan bahawa pihak yang satu lagi masih mengharapkan berlaku perkahwinan itu. Jika berlaku keadaan ini, pihak yang ingkar boleh didakwa di mahkamah syariah. Dan jika sabit kesalahan dia wajib membayar ganti rugi perkara berikut:
1.Memulangkan pemberian pertunangan, jika ada.
2.Membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh satu pihak untuk membuat persediaan bagi perkahwinan.
Katakanlah pihak yang membatalkan pertunangan ialah lelaki, maka apa-apa pemberian tunangnya yang perempuan seperti cincin, kasut, makanan dan seumpamanya sebagai pemberian balas pertunangan perlu dipulangkan kembali. Manakala jenis makanan yang sudah habis dimakan, perlu dinilai kadarnya. Begitu juga dengan barangan yang sudah haus atau hilang perlu digantikan dengan yang seumpama dengannya.
Keadaan yang sama perlu dilakukan kalau sekiranya pihak perempuan yang membatalkan pertunangan itu. Berdasarkan peruntukan seksyen ini, pihak yang kena batal baik lelaki mahupun perempuan tidak perlu memulangkan segala yang diterima.
Selain itu dalam tempoh pertunangan itu, tentulah pihak perempuan atau lelaki telah membuat persediaan awal demi merealisasikan perkahwinan itu seperti membaiki beranda rumah, membaiki dapur dan membeli katil dan perabot. Malah boleh jadi semakin hampir hari perkahwinan mereka sudah membayar deposit untuk majlis makan, mencetak kad jemputan dan menempah baju serta pelamin.
Semua yang dibelanjakan itu perlu ditaksirkan oleh pihak yang menanggung rugi. Maka pihak yang membatalkan pertunangan itu boleh dituntut untuk membayar segala perbelanjaan yang telah dibuat itu. Malah pihak yang kena batal boleh membuat dakwaan ke mahkamah jika pihak yang membatalkan itu tidak mahu membayar secara rundingan. Namun pihaknya perlu menyediakan bukti dan saksi bagi menguatkan dakwaannya di mahkamah.
Kuasa Mahkamah Syariah
Seperti yang dijelaskan di atas, jika pihak yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab yang sah dan diiktiraf hukum syarak, maka pihak yang memutuskan pertunangan itu tidak perlu memenuhi kedua-dua keperluan yang diperuntukkan di dalam seksyen 15. Apatah lagi kalau kedua belah pihak bersetuju berdamai dan saling bermaafan.
Tetapi jika salah satu pihak tidak bersetuju dan mahukan keadilan, bolehlah satu pihak mendakwa di mahkamah syariah atas seksyen 15 itu. Hakim akan memutuskan kadar yang perlu dibayar oleh pihak yang mungkir secara adil. Dan pihak yang teraniaya dalam kes ini harus berlapang dada dengan keputusan itu walaupun tidak memuaskan hatinya.
Inilah bidang kuasa mahkamah syariah dalam melindungi umat Islam mengikut enakmen pentadbiran undang-undang keluarga Islam. Oleh sebab itu mahkamah syariah tidak ada kuasa untuk mendengar tuntutan selain daripada di atas. Jadi, ganti rugi kerana rasa dimalukan oleh pihak yang mungkir tidak boleh dibawa ke mahkamah syariah. Hal ini kerana persoalan ganti rugi malu bukan urusan yang dibenarkan agama.
Kita pernah dengar satu pihak menuntut ganti rugi malu kerana tidak dapat meneruskan majlis yang telah diketahui umum. Kononnya bagi menutup malu dituntut jutaan ringgit kepada pihak yang membatalkannya. Tuntutan sebegini tidak akan didengari oleh mahkamah syariah. Jika dia mahu bolehlah menuntutnya di mahkamah sivil, itupun kalau mahkamah tersebut mahu mendengarnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa untuk membicarakan tuntutan berkaitan dengan hal ehwal pertunangan kerana urusan tersebut termasuk dalam urusan agama. Apatah lagi Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan Mahkamah Sivil daripada mempunyai bidang kuasa membicarakan perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atasnya.
Jadi, sebagai orang Islam kita wajib mengikut adab dan adat yang terdapat dalam Islam. maka mereka yang bertunang harus berpegang teguh kepada perjanjian dan sebaiknya tidak membatalkan pertunangan. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah segala janji-janji kamu….” (Surah al-Ma’idah: 1)
Sungguhpun begitu kalau perlu dibatalkan kerana sebab-sebab yang munasabah lakulah secara suka sama suka, dan berundinglah secara baik. Jagalah akhlak orang Islam semasa bertunang apatah lagi ketika hendak membatalkan pertunangan. Semua pihak perlu mengikut adab sopan yang diajarkan oleh Islam.
Oleh: Ustaz Ahmad Baei
Perjalanan Hidup Kita Rahsia Allah. Laluilah Hari-Hari Mendatang Dengan Penuh Rasa Syukur

Perjalanan hidup kita adalah rahsia Allah.. Tiada siapa yang mengetahui apa yang dah kita lalui.. sedang kita lalui dan yang akan kita lalui.. Walau apapun yang dilalui, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh rasa syukur.. walaupun perit..walaupun pedih.. Cubalah untuk redha dengan ketentuan-Nya.
Belajar melangkah harus siap terjatuh, Belajar tersenyum harus siap menangis, semua ada risikonya, tapi percayalah Allah menjanjikan yang terbaik untuk seluruh hambaNya yang berusaha.
Hidup untuk mencari kesempurnaan akan buatkan kita rasa tertekan..
Namun, hidup untuk mencari keredhaan ilahi akan mendatangkan rasa keikhlasan dan ketenangan..untuk rasa hati tenang dekatkan diri pada Allah.
Belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dari nikmat yg kecil hinggalah nikmat yg besar. Syukuri nikmat Allah yang tidak terhitung.
Rezeki, ajal, jodoh semua dah ditetapkan oleh Allah. Rezeki sedikit atau banyak bersyukurlah.
Ajal kita hanya Allah yang tahu. Belum tentu sihat sejahtera, esok. Dapat khabar sudah meninggal.
Jodoh pertemuan semua dalam perancangan Allah. Sudah tertulis maka cepat atau lambat terimalah ketentuannya.
Perancangan Allah itu lagi hebat. Yang paling penting, kita kena yakin.