Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT.

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?

Hanya Yang Single, Mandi Bunga Dekatkan Jodoh

Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.

Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.

IKLAN
Hanya Yang Single, Mandi Bunga Dekatkan Jodoh

Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.

Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

IKLAN
Hanya Yang Single, Mandi Bunga Dekatkan Jodoh

KEBAIKAN MANDI BUNGA
Bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menaikkan seri dan menambah pesona wanita serta membantu lelaki & wanita tampil anggun dan berseri seri. Kaedah yang paling popular digunakan adalah mandi bunga.
Tujuh jenis bunga berlainan warna digunakan dan limau nipis digunakan sebagai air rendaman. Haruman bunga merupakan terapi stress yang terbaik. Khasiat yang terkandung dalam bunga juga menjadikan kulit lebih segar dan lembab. Aura bunga-bungaan akan menyerikan wajah yang kusam.
Biasanya amalan mandi bunga ini dilakukan oleh bakal pengantin dan amat sesuai dijadikan amalan kaum hawa yang mementingkan kecantikan dalaman, luaran serta mahukan aura positif.

Cara Mandi Bunga

IKLAN

Perahkan limau nipis ke dalam tab mandi atau baldi yang berisi air.
Taburkan kelopak bunga.
Mandi biasa dulu sebelum mandi bunga.
Niatkan dalam hati tujuan anda mandi bunga contohnya untuk menaikkan seri wajah.
Bagi orang Islam, mulakan dengan bismillah dan selawat.
Jirus air disebelah kiri badan dahulu diikuti dengan sebelah kanan badan.
Usai langkah tersebut, jirus air di kepala dan seluruh tubuh.
Nikmati bauan bunga yang harum ketika anda mandi.
Selesai mandi, biarkan seketika agar tubuh dapat menyerap air bunga.
Kebaikan Mandi Bunga
Menaikkan seri wajah
Atasi wajah dan tubuh yang lesu
Memberi semangat
Menambah keyakinan diri
Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman
Memberi aura positif

Antara keistimewaan mandi bunga ialah :

~ Dapat meredakan stress
~ Menaikkan seri wajah
~ Menyerlahkan aura wanita
~ Menyegarkan tubuh badan
~ Mengurangkan bau badan
~ Menyuntik nilai positif seperti bersemangat, tenang dan ceria

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI