Menjelang hari bahagia, wajah yang cantik perlu datang dengan pakej yang lengkap. Mata sihat bersinar, kulit yang licin gebu serta bibir mungil kemerah-merahan.
Tetapi ramai wanita yang sebenarnya cuma berselindung di sebalik calitan gincu. Bayangkan apabila solekan ditanggalkan, maka terserlahlah rona bibir yang sebenar. Gelap kehitaman! Tentu suami yang memandang juga bakal terkejut!

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!Tak pasal-pasal dituduh merokok atau nampak macam lelaki pula. Kerana itulah penjagaan bibir sangat penting untuk memelihara kulit bibir agar lembut dan berwarna merah jambu. Bagaimanakah caranya? Pesona Pengantin senaraikan beberapa panduan yang boleh diambil oleh bakal pengantin:

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!

1. Katakan Tidak Pada Rokok

Jika anda bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis belajarlah untuk berhenti merokok! Ini adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok memandangkan hari bahagia bakal menjelma. Kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok boleh memudaratkan kesihatan dan memperlihatkan wajah yang sugul dan tidak bermaya. Sudah tentu anda tidak mahu tampil tidak bermaya di hari bahagia, bukan!

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!2. Hindari Kafein

Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan boleh menyebabkan bibir bertukar warna menjadi lebam serta meninggalkan kesan kotoran pada gigi. Sekaligus ia bakal mencacatkan penampilan apatah lagi apabila hendak mengukirkan senyuman. Sudah tentu mencacatkan penampilan! Jadi, hadkan pengambilan kafein untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.

IKLAN

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!3. Elakkan Terdedah Matahari

Hindari aktiviti luar yang melibatkan pancaran matahari terlalu kuat. Pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan kulit bibir bertukar gelap kerana peningkatan pigmen melanin pada bibir. Pastikan anda menyapu produk penjagaan bibir dengan SPF atau perlindungan UV.
Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!
4.Periksa Gincu Bibir

Penggunaan gincu bibir yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pigmentasi pada bibir. Jangan lokek melabur sedikit wang untuk kelihatan cantik dan sentiasa periksa tarikh luput produk. Produk yang mengandungi shea butter, clarified butter, vitamin E dan minyak jojoba sangat bagus untuk kulit bibir kerana ia melembapkan bibir.
Untuk mencuci gincu, gunakan pembersih solekan dari bahan seperti minyak zaitun, almond atau minyak kelapa. Pastikan juga gincu bibir tidak tamat tempoh untuk mengelakkan sebarang masalah pada bibir.

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!5. Skrub Bibir

IKLAN

Skrub bibir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menanggalkan sel kulit mati serta meningkatkan perjalanan darah. Campurkan lima hingga enam titik minyak zaitun dan satu sudu teh gula dan gunakan untuk menyental kulit bibir.

6.Hindari Tabiat Menjilat Bibir

Pakar dermatologi juga menasihatkan supaya tidak menjilat atau menyedut bibir untuk membasahkannya. Jika amalan ini berterusan, ia boleh membawa kepada kegelapan bibir. Jauhi juga air berklorin untuk menjaga kesihatan kulit bibir.
Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!
7. Amalkan Diet Sihat

IKLAN

Kecantikan bibir juga ada kena mengena dengan pengambilan makanan sihat untuk tubuh. Amalkan diet sihat dan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan vitamin C juga penting untuk mengelakkan pigmentasi bibir.

Hapuskan BIBIR HITAM, 8 Cara Mudah Ini Buat Bibir Bakal Pengantin Lebih Menawan!

8. Masalah Genetik

Ada juga kes di mana kulit bibir menjadi gelap kerana faktor genetik. Sebagaimana anda berusaha untuk membersihkannya, ia tidak akan hilang. Hanya rawat bibir untuk mengelakkannya daripada kering dan kusam.

TIP RAWATAN

1.Oles minyak almond pada bibir sebelum tidur untuk mencerahkan bibir yang gelap serta mengurangkan perubahan warna.
2. Campurkan jus lemon pada minyak almond dan sapu pada bibir.
3. Aplikasi jus timun setiap hari pada bibir untuk mencerahkan bibir.
4. Oles campuran jus limau, glycerin dan madu dan biarkan semalaman akan melembutkan bibir anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI