Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

Dah Tahu Suami Orang, Jauhilah Awal-Awal. Biarkan Mereka Bahagia Cara Sendiri.
.

Mungkin ada baiknya jika kita semua lebih tahu tentang hukum-hakam merampas suami atau isteri orang. Semoga tidak terjerumus dalam lembah yang hina ini.
Untuk pengetahuan anda, ianya adalah berdosa bagi mana-mana pihak untuk menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah berumahtangga. Apatah lagi jika ianya boleh menimbulkan fitnah dan boleh berlakunya perceraian.

Memang tiada istilah karma dalam Islam, namun sebagai seorang muslim seharusnya lebih mengetahui bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik, manakala setiap perbuatan yang tidak baik juga akan dibalas dengan setimpalnya.Keruntuhan rumahtangga pasangan suami isteri hingga berlakunya perceraian sering dikaitkan dengan kewujudan orang ketiga, campur tangan keluarga dan lain-lain

Oleh itu, pakar motivasi terkenal iaitu Wan Akashah Wan Abdul Hamid turut mengatakan bahawa mana-mana individu yang berniat untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain adalah BERDOSA. Bukan itu sahaja, menjalinkan hubungan dengan suami atau isteri orang juga adalah HARAM hukumnya.

Dah Tahu Suami Orang, Jauhilah Awal-Awal. Biarkan Mereka Bahagia Cara Sendiri.
.

“Menjalinkan hubungan bersama suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan kerana Allah sudah menjelaskan untuk tidak menghampiri zina.

“Jika wanita itu tahu bahawa lelaki yang didampingi adalah suami orang dan masih meneruskan hubungan itu, ia membuktikan bahawa wanita terbabit miliki iman yang lemah dan hati yang keras.”

“Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri dan suami sendiri. Cinta yang haram adalah mencintai yang bukan hak kepunyaan atau suami dan isteri hak milik orang lain.”

IKLAN

.

Perbuatan terkutuk seperti ini amat dimurkai oleh Rasulullah SAW yang turut disebut dalam sebuah hadis:

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dalam golongan kami (umat Nabi Muhammad) orang yang merosakkan ikatan seseorang isteri dengan suaminya.” (hr abu daud: 2175 juga dinilai sahih oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if sunan abi daud”)

Wan Akashah juga turut berkata, pengalaman yang diterima juga turut menjelaskan bahawa permasalahan rumahtangga yang berlaku biasanya kerana lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

IKLAN

“Suami yang berlaku curangnya sudah melanggar amanah Allah sebenar kerana isteri adalah amanah yang diberikan kepada mereka untuk dijaga sebaiknya. Jika disakiti, dikecewakan, dianiaya, ianya adalah satu penganiayaan yang dilakukan oleh suami termasuk dalam pengabaian nafkah batin.”
Wan Akashah

Tambahan lagi, isteri yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini seharusnya menuntut cerai daripada suami melalui cerai taklik, fasakh, atau khuluk. Sesungguhnya, perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan datangnya dari godaan syaitan

Rasulullah SWT juga berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang mampu menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan kehinaan. Beliau turut bersabda:

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah yakni hijrah dari perihal yang dilarang oleh Allah swt dan juga orang yang berjuang itu yakni yang berjuang melawan hawa nafsunya.

IKLAN

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan walaupun mempunyai niat baik kerana ianya tetap akan menimbulkan fitnah. Tutup buku dah tutup ruang buat orang ketiga ini.”

Memang semua orang mengimpikan rumahtangga yang kekal hingga ke akhir hayat, namun ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan.

Semoga bertemu bahagia yang dicari selama ini.

 

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI