Jodoh, kematian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah SWT tentang perkara ini.
Kematian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kematiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat.
Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita tak akan tertukar, tapi ia tak akan turun jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab musabab.
Sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh mencarinya, maka Allah SWT pun akan mendatangkannya calon yang sesuai dengan kesabaran dan kesungguhannya itu.
Sudah banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya.
Bukankah penolakan yang pertama boleh menjadi pintu bagi penolakan kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukankah menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya?
Terkenang kisah seorang sahabat. Jodohnya tak dikunjung datang, sebab terlalu banyak kriteria yang perlu dipenuhi oleh diri dan orang tuanya. Bukan jodoh yang tak datang, tapi yang tak datang adalah lelaki atau wanita idamannya yang sempurna.
Ada di antara mereka yang menolak calon isteri atau suami, hanya kerana kulitnya kurang putih, tingginya kurang lampai, rambutnya kurang lurus, panjang dan berkilau. Ada juga yang menolak calon menantu setelah melihat foto yang ditunjukkan oleh buah hati. Ditolak mentah-mentah, kerana lupa fizikal semata-mata
Ada juga yang menolak dengan alasan adat. Misalnya, kamu tidak boleh kahwin dengan lelaki atau perempuan dari luar negeri, bukannya luar negara pun. Dengan alasan susah bila raya kelak, berbeza adat resam dan sebagainya.
Sedangkan Rasulullah SAW sudah menasihati kita berkenaan hal ini:
Riwayat Muslim
Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat. Yang paling penting adalah segera kata “Saya Setuju” ketika peluang itu datang kerana peluang tak mungkin datang dua kali. Bersegeralah kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang teramat.