Ada orang yang mempunyai kesukaran untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain. Bukan sahaja dalam perhubungan malah dalam kerjaya dan keluarga juga. Apabili berada dalam sesebuah perhubungan, kepercayaan itu sangat penting. Macam mana nak hidup bersama kalau kita tak percaya pada pasangan?

 

Untuk mengambil kepercayaan mereka, anda perlu buat sesuatu. Jika tidak secara drastik, sekurang-kurangnya biarlah perubahan itu konsisten. Pastikan mereka benar-benar sudah boleh menerima anda dan percayakan anda.

 

Jangan buat janji, tapi tunjukkan usaha

Ada orang suka sangat janji. Betul, nak tarik perhatian pasangan, kita kena tabur janji dahulu tapi pastikan janji yang ditabur itu mampu ditunaikan. Jangan sekadar janji yang boleh ‘memakan’ diri sendiri.

 

Anda boleh tunjukkan usaha dan dari situ pasangan kita pasti boleh ‘membaca’ apa yang ingin anda sampaikan. Sebagai contoh, jika anda sudah tekad untuk menjadikan si dia sebagai suami/isteri, tunjukkan kesungguhan membuat simpanan, bekerja kuat dan berjimat-cermat.

 

IKLAN

Tolak tepi kata-kata manis, tonjolkan kesungguhan

Manisnya kata-kata boleh jadi sepahit bahasa apabila tidak dikotakan. Bersungguh-sungguhlah apabila dah ada niat untuk menjadikan si dia sebagai pasangan hidup.

 

Jangan pandang harta tetapi tanggungjawabnya

Manusia memang sangat mudah terpengaruh dengan harta. Tunjukkan sahaja harta benda di depan mata terutamanya di media sosial, mereka dah boleh jatuh cinta. Kadang-kadang terfikir juga, adakah cinta mereka itu pada pemilik harta atau cinta hanya pada harta.

IKLAN

 

Pastikan pasangan anda melaksanakan tanggungjawab pada keluarganya, orang-orang sekelilingnya dan kepada golongan yang memerlukan barulah boleh diserahkan kepercayaan kepada tanggungjawabnya untuk menjaga anda satu hari nanti.

 

Bukan rupa jadi ukuran, tetapi akhlak

Beruntunglah yang mempunyai kelebihan kedua-duanya; rupa dan akhlak. Jangan cepat meletakkan kepercayaan kepada seseorang hanya kerana fizikalnya meyakinkan. Lihatlah macam mana dia melayan kedua ibu bapanya, adik-beradiknya dan orang-orang disekelilingnya. Paling pemting, bagaimana dia melayan anda sebagai pasangan.

IKLAN

 

Apabila anda dipertemukan dengan seseorang, jangan sesekali letakkan akhlak sebagai ciri-ciri utama dalam pencarian jodoh yang akan membimbing anda nanti.

 

Jangan pandang usia tetapi kematangannya

Ada orang yang matang lebih dari usia. Fikirannya mampu membantu dalam membaut pertimbangan yang besar dalam hidup. Jangan sesekali letakkan mindset, usia muda masih kebudak-budakkan dan yang tua itu matang.

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI