Hubungan mentua dan menantu ni bukan perkara asing untuk dibincangkan. Ada yang serasi dengan mak mentua, ada yang terpaksa struggle untuk curi hati mentua dan macam-macam lagi.

 

Siapa yang tak sayang mentua… Apabila seseorang itu sudah berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya tetapi dia juga ‘berkahwin’ dengan seluruh ahli keluarganya. Ini bermakna, seluruh ahli keluarga mentua adalah kini keluarganya jua.

 

Pertama kali pulang ke rumah mentua tentu ada yang rasa malu dan kekok. Maklumlah, saat berjumpa sebelum bernikah dulu hanya sekejap-sekejap. Kali ni balik ke kampung, pasti bermalam di rumah mereka. Jangan risau. Untuk menjadi menantu yang baik tak susah pun. Jangan terburu-buru.

 

Jaga akhlak

Akhlak yang baik adalah cerminan diri anda. Bawalah keindahan akhlak ini walau di mana sahaja anda berada lebih-lebih lagi di hadapan orang tua. Bila dah berumahtangga, ubahlah perangai kita ketika bujang. Baik wanita atau lelaki, perubahan selepas berkahwin itu sepatutnya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

 

Pemurah

Rezeki yang Allah berikan bukan hanya untuk kita sendiri tetapi dikongsi bersama orang lain. Jadi, janganlah kedekut untuk berbelanja lebih-lebih lagi untuk keluarga. Ingat, setiap yang dibelanjakan akan digandakan lagi rezeki kita. InsyaAllah.

 

IKLAN

Cari topik perbualan

Apabila bersama mereka, carilah topik yang boleh dibualkan. Sekiranya anda buntu, lihat sahaja sekeliling atau bincangkan hal semasa. Anda juga boleh bertanya tentang kesihatan mereka dan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika ini. dari situ nanti, banyaklah benda yang hendak dibualkan.

 

Luangkan masa

Bila ada kesempatan untuk bersam adengan mentua, janganlah disia-siakan. Bila berhadapan dengan mereka, anggaplah mereka seperti ibu  bapa kita sendiri. Jangan dibazirkan masa untuk pulang ke kampung dengan aktiviti untuk anda dan keluarga sahaja. Jika ada anak-anak yang hendak ke pantai, bawa bersama mentua dan gunakan masa itu untuk mengenali mereka dengan lebih baik.

Tetapi anda tetap boleh berhubung dengan mereka melalui teknologi yang ada. Panggilan video adalah salah satu cara paling mudah untuk anda bertanya khabar. Tak perlu tunggu suami atau isteri untuk hubungi mereka, anda sendiri boleh menunjukkan ‘effort’.

 

IKLAN

Jaga maruah diri dan pasangan

Penampilan adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan untuk dinilai. Bukan sahaja anda perlu jaga penampilan diri depan mentua tetapi lakukanlah kerana Allah Taala. Sudah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk menjaga aurat, baik yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.

 

Rajin

Orang yang ringan tulang ni memang semua orang suka. Baik mentua, ipar duai dan ahli keluarga kita sendiri pun suka bila berdampingan dengan orang yang ringan tulang. Tak semestinya anda perlu terus tunjukkan skil memasak di hadapan mentua. Sekurang-kurangnya tolonglah mereka di dapur, mencuci pinggan mangkuk, potong sayur atau temankan ayah ke pasar.

 

Peka

IKLAN

Bila sebut soal peka, maknanya anda tidak boleh pentingkan diri. Sentiasa beri perhatian kepada apa yang berlaku kepada mentua. Apabila mereka bercerita, dengarlah dengan penuh perhatian dan berilah respon yang sepatutnya. Tak perlu berlawan-lawan cerita kerana niat anda bertemu mereka adalah untuk menggembirakan hati mentua, betul tak?

 

Doa

Sebagaimana anda memanjatkan doa untuk kedua ibu bapa sendiri, begitulah anda perlu berdoa untuk mentua. Doakan kesihatan mereka, panjangkan umur dan mohon kebahagiaan mentua sehingga ke akhir hayat. Semoga anda dapat terus berbakti kepada ibu bapa dan mentua sehabis baik selagi ada hayat.

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI