Jodoh sebenarnya boleh dikenal pasti melalui beberapa perwatakan dan sifat. Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa tip untuk mengenali si dia adalah jodoh anda.
1. Tidak Berlakon
Tanda yang pertama yang anda boleh perhatikan ialah si dia tidak berlakon di hadapan anda. Cuba lihat cara dia bercakap atau melakukan apa-apa aktiviti. Adakah perlakuan itu dilakukan dengan secara spontan atau dibuat-buat. Jika dia sendiri kurang selesa dengan gayanya, dia mungkin sedang berlakon. Namun apabila si dia tampil bersahaja dan tidak berlakon, ia adalah calon pasangan yang sesuai buat anda.
2. Susah Senang Bersama
Pasangan yang kita pilih mestilah sanggup menerima kita di waktu senang mahupun susah. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.’ Ada orang, hanya mahu menjadi peneman kita pada waktu senang sahaja. Pada waktu yang susah tidak mahu bersama. Jika si dia jodoh anda, si dia pasti sentiasa ada untuk anda pada waktu susah ataupun senang. Ketika inilah perhubungan anda dan si dia diuji.
3. Menerima Diri Anda Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah anda lakukan, si dia tidak ambil peduli. Si dia tidak kisah siapa anda sebelum ini dan sanggup menerima diri anda seadanya. Apa yang penting baginya adalah siapa anda sekarang. Walaupun anda seorang yang tidak kaya, tidak cantik dan mempunyai bermacam-macam kekurangan, si dia tetap bersama anda. Itulah tanda jodoh anda. Jangan lepaskan si dia yang mempunyai perwatakan sebegini.
Ads
4. Sentiasa Jujur
Selain itu, untuk mengenali jodoh yang baik adalah anda dapat melihat sifat kejujuran pada diri si dia. Walaupun sesuatu perkara itu pahit untuk diluahkan, namun si dia tetap jujur untuk membicarakan tentangnya. Dia tidak pandai menipu dan berbohong kepada anda. Sifat jujur ini ada pada diri Rasulullah S.A.W. hatta sebelum dilantik menjadi Rasul.
Oleh kerana itulah, masyarakat Arab jahiliah pada masa itu suka kepada perwatakan Rasulullah S.A.W. sehingga baginda digelar sebagai ‘Al -Amin’ yang bermaksud orang yang dipercayai. Allah S.W.T. juga telah berfirman di dalam surah An-Najm yang bermaksud:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”
(Surah An-Najm : Ayat 4-5)
Ads
5. Dipercayai Dan Mempercayai
Saling mempercayai adalah kunci kepada suatu perhubungan yang kuat. Jika anda tidak ada rasa percaya kepada si dia, itu tandanya dia mungkin bukan jodoh yang terbaik untuk anda. Sifat percaya dan dipercayai ini sangat berkait rapat dengan sifat jujur yang saya sebutkan sebelum ini. Oleh sebab itu, anda mesti menjadi orang yang dipercayai dan mempercayai si dia.
6. Boleh Berkomunikasi Dan Berbincang
Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung ataupun tidak langsung dengan menggunakan perantaraan seperti surat, mesej, telefon dan sebagainya. Komunikasi perlukan teknik dan masa yang betul supaya salah faham tidak berlaku. Ada orang berpisah kerana tidak pandai berkomunikasi dengan pasangan atau yang lebih malang tidak berkomunikasi langsung.
Oleh sebab itu, tanda jodoh yang baik ialah si dia perlu ada sifat untuk berkomunikasi dan sedia berbincang jika timbul sesuatu isu. Sesuatu masalah perlu diatasi dengan cara dan teknik yang betul seperti saling berkomunikasi demi menjaga perhubungan yang telah dibina.
Ads
7. Memahami Diri Anda
Tanda si dia adalah jodoh anda yang seterusnya ialah si dia adalah seorang yang memahami diri anda. Memahami diri adalah suatu yang agak mustahil jika anda belum benar-benar taaruf (kenal) dengan lebih mendalam bakal pasangan anda itu. Jadi ambil masa untuk taaruf dengan bakal pasangan. Cuba untuk memahami si dia dan begitulah juga sebaliknya.
8. Mengakui Kelemahan
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Namun calon jodoh yang terbaik buat anda ialah apabila si dia sanggup mengakui kelemahan dan kekhilafan diri jika ada terbuat benda yang salah. Si dia tidak ego dan sanggup merendahkan dirinya untuk meminta maaf. Itulah salah satu tanda jodoh yang baik.
9. Petunjuk Setelah Anda Beristikarah
Solat ‘istikarah’ merupakan cara yang terbaik dalam urusan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Ia adalah perkara yang penting di mana setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan jodoh, maka sandaran dan kebergantungan kita pada akhirnya ialah hanya kepada Allah S.W.T. Inilah yang dinamakan tawakal. Mungkin selepas anda melakukan solat istikarah, anda akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Mempunyai hati yang tenang dan rasa selesa dengan si dia juga boleh jadi petunjuk bahawa si dia adalah jodoh anda.
Sumber : BaitulMuslim
Gambar sekadar hiasan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mmepunyai ketiak yang hitam memang akan menurunkan level konfiden kita. Lagi-lagi bila dah berkahwin kemudia suami/isteri tegur. Pasti akan merasa malu. Jadi, apakah rawatan atau petua yang anda perlu lakukan nak hilangkan masalah ini?
Jangan risau, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kami akan kongsikan kepada anda petua mudah untuk hilangkan hitam di celah ketiak. Bahan-bahannya mudah sahaja. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
1) Sebiji lemon
2) Ubat gigi (lebih berkesan, guna yang ada fungsi “whitening)
Cara-cara pemakaian :
1) Potong dua buah lemon
2) Sapu rata sedikit ubat gigi di celah ketiak
3) Tonvoh celah ketiak dengan lemon sambil perah kan sedikit demi sedikit jus buah lemon.
4) Buat yang sama di kedua-dua ketiak.
Lakukan 2-3 kali seminggu, ketiak anda akan beransur putih & cerah
Sumber : Syuhadah Md Noh
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah orang mengambil masa yang amat lama untuk memilih pakaian di dalam almari. Kadang-kala, sudah lah lambat nak ke tempat kerja, bangun lewat, baju yang ingin dicari pula tidak ditemui.
Kesannya, habis bersepah semua baju dan anda juga tidak mempunyai masa untuk mengemasnya pada malam hari ataupun hari minggu. Oleh itu, kali ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tip ideal untuk menyusun pakaian di dalam almari anda.
#1. Susun berdasarkan kategori
Cara paling mudah untuk menjadikan almari pakaian anda lebih rapi dan tersusun adalah dengan menyusunnya mengikut kategori masing-masing. Contohnya, kemeja, t-shirt, seluar slack, seluar sukan, tudung dan sebagainya haruslah diletakkan di ruangan yang berbeza untuk memudahkan proses pemilihan baju.
#2. Susun mengikut tona warna yang sama
Jika anda perasan, selalunya kedai menjual pakaian yang akan menggunakan cara ini.Menyusun baju yang dijual mengikut jenis warna yang berbeza akan membuatkan mata pelanggan tertarik kearah situ dan juga memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.
Penyusunan mengikut tona warna yang sama bukan sahaja kelihatan cantik apabila dipandang, tetapi juga memudahkan anda membuat ‘mix and match‘.
#3. Susun mengikut keutamaan dan kekerapan pemakaian
Apabila sudah penat susun baju cantik-cantik, pasti akan bersepah semula jika baju yang anda kerap pakai berada di bawah ataupun di tempat yang sukar untuk diambil. Oleh itu, cuba susun baju yang anda tidak kerap pakai di bawah, kemudian barulah pakaian yang anda kerap pakai di atasnya.
#4. Susun dengan cara menggulung
Jika almari anda memiliki laci yang banyak, jangan khuatir jika tidak dapat menggantung baju-baju anda. Lipat pakaian anda dalam bentuk gulungan kemudian masukkan ke dalam laci-laci tersebut. Ia bukan sahaja dapat memudahkan anda mencari baju yang hendak dipakai tetapi juga dapat menjimatkan ruang yang sangat banyak.
Namun ingat, lipatan baju secara gulungan ini agak kurang sesuai untuk pakaian yang agak tebal.
#5. Susun menggunakan warna penyangkut baju yang berbeza
Kami sarankan anda menggunakan penyangkut baju dengan warna yang berbeza untuk memudahkan anda memilih pakaian. Sebagai contoh, penyangkut merah untuk baju ke pejabat, penyangkut hitam untuk baju harian di rumah, penyangkut biru untuk seluar ke pejabat dan sebagainya. Jadi, anda hanya perlu fokus terhadap warna penyangkut baju anda ketika hendak memilih pakaian.
Semoga tip-tip di atas sedikit banyak dapat membantu menjadikan almari anda lebih tersusun sekaligus memudahkan anda membuat pemilihan baju untuk dipakai. Jadi lepas ni, dah tiada lah termenung-menung lagi ya di depan almari baju anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!