Nampak isteri buat hal sikit, kita mula sebar tohmahan dia bukan isteri solehah. Sebenarnya, kita kena lihat diri sendiri, apa lebihnya kita berbanding orang yang diberikan tohmahan itu. Isteri yang cuba mentaati suami turut berjuang untuk menjadi hamba terbaik.
Kebanyakkan masa, suami lupa untuk meraikan isteri. Bila dia berusaha sebaiknya untuk jadikan rumahtangga sempurna. Isteri yang tidak bekerja, sedaya upaya bersihkan rumah supaya suami balik dari kerja, mata sedap memandang.
Dimasaknya pelbagai lauk supaya suami puji masakan atau sekurang-kurangnya makan penuh berselera. Kalau dapat penghargaan lagi indah tapi kalau suami boleh hargai isteri dengan hanya sentuhan yang membahagiakan, sudah memadai.
Begitulah coretan CHE MID, indah kata-katanya. Memang patut isteri ini dihargai dan suami juga patut menghargai!
Seorang isteri yang sedang cemburu bila suami bercuti dengan madu..
Tapi bila suami balik disambut dengan senyuman mesra..
Anda adalah isteri yang
hebat!
Seorang isteri yang sedang menahan diri dari periksa handphone suami yang sedang tidur atau berada ditandas..
Anda adalah isteri yang
hebat!
Seorang isteri yang dengki madunya lebih pandai memasak darinya..
Tetapi boleh menelan masakan kiriman madunya..
Anda adalah isteri yang
hebat!
Seorang isteri yang tetap melayani suami di tempat tidur..
Sedangkan dia asyik terbayang suami bermesra dengan madu..
Anda adalah isteri yang
hebat!
Seorang isteri yang kecewa apabila suami tiba-tiba memendekkan masa bersamanya kerana mengutamakan madu..
Tetapi masih boleh tersenyum melambai cium tangan
Anda adalah isteri yang
hebat!
Tahniah kerana anda seorang isteri yang semakin bijak mengurus emosi..
Anda tidak mudah tunduk dengan hasutan syaitan!
Teruskan mujahadah
Kerana anda sedang menuju ke “the next level”..
Untuk menjadi isteri yang tenang dan menenangkan suami
Para suami
Teruslah bantu dan sokong isteri
Yang sedang berjuang untuk taat padamu
Yang sedang berjuang untuk taat pada Tuhannya
Kredit foto: Instagram Wawa Zainal dan Fazura
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI