5 SEBAB SUAMI-SUAMI PATUT SAYANG ISTERI LEBIH BILA MEREKA BERSALIN CAESAR. TAK MUDAH DAN KASIHANILAH MEREKA ATAS PENGORBANANNYA ITU.

1.MEREKA TELAH MELALUI PEMBEDAHAN MAJOR
Ramai yang ingat pembedahan Caesarean hanya sekadar proses yang mudah di mana doktor ‘menoreh’ perut ibu dan mengeluarkan bayi. Amboi, macam senang betul bunyinya, bukan?

Tahukah anda sebenarnya pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai salah satu pembedahan major – di mana ia melibatkan organ badan yang mustahak, berisiko dan boleh membahayakan nyawa.

Hebatnya Seorang Isteri Yang Bersalin Caesar, Perut Ditoreh Demi Nyawa. Suami Hargailah Isterimu

2. MEREKA TETAP MENGURUSKAN BAYI DALAM KEADAAN LUKA
Walaupun ibu dibius semasa pembedahan dilakukan, Rasa sakit yang kuat tetap akan terasa SELEPAS pembedahan itu. Ibu-ibu mungkin akan berasa begitu lemah hingga tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

Nak berganjak sedikit pun dah sakit. Nak ketawa atau batuk pun tak boleh. Sakitnya begitu ‘menyengat’ hingga ibu mungkin terpaksa memegang sesuatu untuk bangun dari katil.Nak tak nak, segala rasa sakit perit terpaksa ditelan saja!

IKLAN

3⃣MEREKA MELAKUKANNYA DEMI KESELAMATAN BAYI
Kalau ada pilihan, dah tentulah kebanyakan wanita akan memilih untuk bersalin secara normal. Dengan menyetujui untuk dibedah, ibu-ibu sebenarnya telah memilih untuk mengutamakan keselamatan bayi berbanding dirinya. Mereka tidak mahu merisikokan bayi yang mungkin boleh menghadapi masalah sekiranya menjalani persalinan normal.

Bukankah ‘pengorbanan’ ini saja dah cukup meletakkan mereka sebagai ibu yang hebat?

Hebatnya Seorang Isteri Yang Bersalin Caesar, Perut Ditoreh Demi Nyawa. Suami Hargailah Isterimu

IKLAN

4⃣ KEBANYAKAN IBU DAH MELALUI KONTRAKSI & SAKIT KUAT SEBELUM PEMBEDAHAN
Dalam kes tertentu, pembedahan Caesarean hanya berlaku jika ia disarankan oleh doktor kerana terdapat masalah menjelang kelahiran.

Contohnya bila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu-ibu juga melalui kesakitan yang sama seperti bersalin normal. Malah, ada yang telah di induce tapi masih juga tak ada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembedahan. Tak ke double sakitnya di situ?

5⃣ IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH
Jadi, siapa kata bersalin pembedahan tak sakit? Ia bukanlah ‘jalan pintas’ seperti mana yang difikirkan oleh sesetengah orang. Mereka tetap rasa kepayahan mengandung – loya, muntah, sakit belakang, dan sebagainya.

IKLAN

Kesakitan parut selepas itu tentu menguji kesabaran pada hari-hari awal. Nak menyusukan bayi pun boleh menangis dibuatnya. Namun, semua ini tidak sedikitpun menghalang anda untuk mencintai dan menjaga bayi dengan penuh kasih sayang!

ANDA TETAP IBU YANG HEBAT!❤

Buat para suami, jom hadiahkan SET BERSALIN SDM utk ibu-ibu yang dah penat bertarung nyawa demi zuriat anda.

Sumber : Facebook Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI