“Hiburkan Isteri, Allah Tambah Kasih Sayang Dan Cinta…”

Share

Semua isteri yang bekerja tiada hasrat lain yang diimpikan melainkan ingin meluangkan masa bersama keluarga terutamanya dengan anak-anak. Namun harus diingatkan, menjadi suri rumah bukan mudah seperti yang disangka. Ia menuntut pengorbanan yang tiada waktu rehat atau kurang ‘ME TIME’, selain berdepan dengan banyak cabaran. Lelaki bernama Muhammad Ahmad ini kongsi, isteri kita perlukan hiburan. Berusahalah luangkan masa untuk hiburkan isteri.

Isteri kita perlukan hiburan.

Kita suami mungkin banyak peluang untuk berhibur,time outstation lagilah banyak masa untuk hiburkan hati. Berusahalah luangkan masa untuk hiburkan isteri. pagi tadi saya ajak isteri main sorok-sorok, dia menyorok saya pergi dapur blasah nasi ?. Last anak jumpa umienya menyorok dalam bilik. Seronok sebenar hiburkan isteri. Lagi seronok tiba-tiba kita ajak pergi jalan-jalan dan bagi hadiah. Bahagia sangat apabila dapat melihat orang yang kita cinta dan sayang sentiasa terhibur.

Para suami buatlah apa cara sekali pun untuk hiburkan isteri. Menyanyi,melawak,tengok wayang terpulanglah asalkan isteri kita terhibur. Ada kawan saya ada set karaoke dalam rumah. time lapang karok sama-sama. Ada kawan saya hiburkan isterinya ride motor pusing satu malaysia.

Hiburkan isteri Allah tambah kasih sayang dan cinta.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

IKLAN