Selepas mendirikan rumah tangga, suami dan isteri haruslah tidur bersama walaupun dalam keadaan marah. Kerana ianya tidak bagus jika anda tidur berasingan dan hanya boleh membuatkan hubungan anda bertambah buruk.
Tahukah anda, suami mempunyai hormon bau dari bahagian ketiak suami yang mampu memberikan ketenangan supaya isteri rasa aman dan tenang. Hampir sebanyak 65% bau badan suami bermula dari bahagian ketiak di mana kelenjar phero bertindak sangat aktif.
gambar sekadar hiasan
Pada semua isteri-isteri di luar sana, anda haruslah selalu berbantalkan lengan suami setiap malam dan letakkan hidung di celah ketiaknya. Semestinya anda akan dapat merasai perasaan yang sangat tenang dan damai.
IKLAN
Bau phero akan memberikan tindakbalas kepada kelenjar hormon dan hanya seorang wanita sahaja yang mengetahui seberapa menyenangkan perasan itu. Pada masa yang sama isteri akan mempunyai masa tidur yang sangat lena.
IKLAN
Berikut kebaikan yang anda boleh dapat sekiranya kerap berbantalkan lengan suami setiap malam.
IKLAN
7 cara suami menunjukan rasa sayang dan cinta kepada isteri
Selalu memberi kata-kata pujian kepada isteri.
Sentiasa memberi salam sebelum masuk ke rumah supaya syaitan yang mengekori tidak masuk ke dalam rumah kita.
Seperti kata Nabi Muhammad: Wanita di ibaratkan seperti kayu yang bengkok dan rapuh, jika kita berlaku kasar kepadanya, maka ia akan rapuh dan pecah. Oleh itu didiklah isterimu dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
Jika ingin menegur, sebaiknya tegurlah di tempat yang tenang.
Jangan sesekali menegur isteri di khalayak ramai, itu kerana ia mampu membuat isteri anda jatuh dalam rasa kemarahan.
Sentiasa melayan isteri dengan lemah lembut. Itu akan membuat isteri akan semakin menyayangi dan mencintai suaminya.
Sentiasa mendidik isteri dengan cara memeluk dan menyentuhnya. Itu akan membuat hati lebih tenang.
Akan tiba saat kita akan dihadapkan dgn ujian, ada salah faham, pergaduhan, sakit hati, tak puas hati, berkecil hati, terasa hati dan sebagainya…
Tapi semua itu xkan jadi masalah jika kita tahu utk mengatasinya dgn sikap yg matang dan akal yg bijaksana…saat tu bru nmpk betapa pentingnya hubungan itu utk diri masing2, saat tu bru nmpk siapa yg nk pertahankan hubungan tu, saat tu jgak bru nmpk siapa yg btol2 sayangkan hbgan tersebut…
“God often removes someone from your life for a reason…think before you chase after them”
Bila kita ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang ada 27 tanda yang dikongsikan ini. Bermakna para gadis di luar sana kenalah ambil langkah bijak merahsiakan status kewangan daripada pengetahuan suami.
Bukan mahu mengajak mak-mak jadi kedekut atau kejam. Fahamkan betul-betul, jika suami ada 27 tanda ini ya. Haa.. barulah langkah berjaga-jaga ini dipraktikkan.
PETANDA PERLU MERAHSIAKAN STATUS KEWANGAN DARIPADA SUAMI
1 – Suami tak kisah menyewa rumah bertahun-tahun sebab suami hanya mahu membeli rumah bertanah size padang bola.
2 – Suami juga kenal baik dengan pemberi hutang. Along, Angah, Achik? Semuanya kawan suami.
3 – Suami sentiasa bersikap tidak mesra dan tertutup bila bercakap soal kewangan. Lagi diajak berbincang, lagi naik darah!
4 – Suami kerap berahsia seperti letak password di henpon, menjawab henpon berbisik-bisik di dalam toilet.
5 – Suami malu memakai baju pagoda. Baju dan seluar suami haruslah berjenama luar negara. Biar papa asal bergaya. Muda hanya sekali katanya.
6 – Suami tidak memiliki asset sebenar. Hartanya adalah kereta mewah bersport rim traktor atau motor berjenama suria perkasa hitam.
7 – Suami tidak pernah tahu jumlah sebenar perbelanjaan bulanan. Bagi suami, gaji je belanja, habis gaji je hutang, habis hutang je kad kredit.
8 – Anak jatuh kerusi suami tak risau, helmet superbike tergolek pasti suami meraung kekecewaan. Maklumlah, rider berjiwa kental.. Suami Merungut Duit Tak Cukup..
9 – Suami selalu merungut tidak cukup wang dan mengabaikan keperluan perbelanjaan keluarga.
10 – Suami rela berlapar untuk bayar ansuran kereta mahal tapi selalu merungut bila perlu bayar yuran tuisyen dan PIBG anak.
11 – Suami mengikat perut untuk set golf atau set pancing baru tapi rasa membazir beli takaful keluarga.
13 – Bila dengan kawan, suami ini pemurah tahap juara. Di kedai hispter belanja member penuh semeja.
14 – Statement Personal Loan suami selalu tiba di rumah. Bukan satu tapi mungkin dua, tiga atau lima.
15 – Suami adalah lilin. Suami rela membina hutang jahat demi impian sesiapa biarpun DSR ( Debit Service Ratio ) sendiri melayang.
16 – Suami spesis anak emak yang keterlaluan. Segala yang mak minta tak penah ditolak hatta perlu menjadi penjamin dan penyedia hutang jahat. Berhutang Along demi mak pun sanggup!
17 – Suami menggemari barangan mewah dan berselfie di obersee. Bercuti di Malaysia ni rasa geli.
18 – Henpon suami jenama limited edition. Kredit kad suami digores selalu, bayaran pula baki minimum. Isteri Kerap Jadi Penjamin Suami
19 – Business suami selalunya rugi dan jarang untung. RM1,000 di tangan suami akan mengecil menjadi RM10 sekelip mata.
20 – Suami juga kerap merayu isteri menjadi penjamin hutang kereta dan juga motorsikal berkuasa kuda.
21 – Suami selalu meminta pinjam dengan isteri sedangkan time bayar dibuat lupa tak sedar diri.
22 – Suami selalu tertekan, tidak gembira dan kerap meninggikan suara kepada ahli keluarga. Anak nak manja pun dimarah sesaja.
23 – Suami membenci pelabur. Suami fikir pelabur adalah kapitalis tamak, kedekut dan nak bawa duit masuk kubur. #apeni
25 – Suami hari ini gaji, esok dah mula la amik cuti kecemasan ataupun MC. Sakit gaji sikit terus MC.
26 – Suami bersikap degil, kalau budak hingusan seperti akak nasihat, suami akan cakap “sadap! aku lebih banyak makan garam dari kauuuuu…”
Jika dapat suami camni eloklah isteri pelbagaikan cabang simpanan juga pelaburan. Selain pembelian rumah, UT dan ASB/TH, simpanan lain yang sukar dihidu adalah dengan menyimpan emas akaun GAP. Buka dulu serendah RM100 atau segram emas. Isteri boleh simpan emas secara berperingkat dan berdikit kemudian keluarkan dinar atau jongkong emas untuk disorok. Confirm suami tak tau sebab ruangan penyimpanan emas berketulenan 999 adalah sangat kecil dengan susut nilai yang sangat minimum. Selamat mencuba!
Jawapan Ustaz Azhar Idrus :Jawabnya, HALAL…. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, ‘Yang ni awak bayar’. Hukumnya HARAM.
Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, ‘Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar’. Ini baru boleh.
Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. ‘Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar’.
Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.
Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.
SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.
Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, ‘Oooo… kalau macam tu teruk la.
Mana boleh….’ Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!
Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah.. “
” Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami. Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.. “
” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.. “
” DALIL :
قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi : “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu? ” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim] “
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...