Eh, jangan takut sangat bergelar wanita solo atau hidup single. Mak ayah pun tak perlu bimbang dan anggap anak dara anda tidak laku hanya kerana belum berkahwin. Sekalipun tidak bergelar isteri, wanita single tetap solehah. 

 

Seronok mendengar ulasan Ustazah Asmak Husin tentang wanita solo yang tidak bertemu jodoh. Kata Ustazah, ada orang yang nak mengukur solehah seorang wanita adalah jika dia sudah berkahwin. Ini kerana di alam perkahwinan, wanita diuji dengan kesabaran yang tinggi dalam menguruskan anak-anak dan suami yang pebagai ragam. 

 

Wanita belum kahwin, tidak solehah ke? 

 

IKLAN

Para ulama sering mengaitkan wanita solehah dengan seorang isteri untuk memberi galakan tentang pemilihan jodoh yang baik-baik dan pembentukkan isteri solehah. 

 
 
Namun begitu, tidak semestinya solehah diperolehi dengan jalan perkahwinan semata-mata. 

 
 
Allah menyenaraikan di dalam Al Quran Surah Al-Ahzab ayat 35 tentang ciri-ciri wanita solehah: 

IKLAN

 
1) Wanita yang yang istiqamah dalam ketaatannya. 
2) Wanita yang benar 
3) Wanita yang sabar 
4) Wanita yang khusyuk 
5) Wanita yang bersedekah 
6) Wanita yang berpuasa 
7) Wanita yang memelihara kehormatannya 
8) Wanita yang banyak menyebut (nama) Allah 

Berdasarkan ayat di atas, Allah menyebut secara umum tentang ciri hamba yang solehah tanpa dikhususkan kepada isteri semata-mata. 

 
Badiuzzaman Said Nursi dalam risalah An-nur pernah memuji lelaki & wanita yang tidak sempat berkahwin kerana sibuk dengan perjuangan Islam. 

IKLAN

 
 
Contohnya Imam Nawawi tidak sempat berkahwin kerana sibuk menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu hingga akhir hayatnya. 

 
 
Maryam ibu Nabi Isa wanita yang dimuliakan Allah hingga nama dan kisahnya diangkat di dalam Al Quran. Maryam juga seorang wanita yang tidak berkahwin, adakah Maryam dikira tidak solehah? 

 

OLEH ITU, JANGAN BERSEDIH WAHAI WANITA YANG MASIH MENUNGGU JODOH KERANA SYURGA TETAP MILIKMU SELAGI ISTIQAMAH ATAS JALAN ALLAH.

 Kredit foto: Instagram Wany Hasrita dan Amira Othman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI