Wajah juga perlu merasai ‘kebebasan’ daripada sebarang kesan solekan. Selepas saban hari dicalit dengan pelbagai jenis krim, serum, bedak asas dan pembayang, sudah tentu korang akan rasa kulit seperti seakan tidak ‘bernafas.’
Pilih hari yang sesuai. Pastikan anda santai di rumah tanpa gangguan tetamu, bebas daripada sebarang perancangan yang memerlukan gerak kerja yang banyak.
Kemudian, buat sedikit kajian untuk memudahkan pemilihan rawatan bersesuaian kulit. Untuk keselesaan, pastikan ruang bilik dalam keadaan bersih dan nyaman. Anda juga tidak perlu menghidupkan pendingin hawa untuk nikmat rehat yang sebenar.
Sebagai permulaan, bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Selain lemon, anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa lemon memberi banyak manfaat kepada kulit wajah. Ia boleh membantu membersihkan, memelihara kelembapan, menanggalkan sel kulit mati, mengecilkan pori, menegangkan, mencerahkan, mengubati jerawat dan merawat kulit berminyak.
Manakala limau purut yang popular sebagai perawat kelemumur sebenarnya turut membawa manfaat besar untuk kulit wajah. Lihat saja bagaimana perubatan tradisional banyak menggunakan limau purut untuk membersihkan tubuh dan menaikkan seri wajah.
Di kampung, limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Ia mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Wanita pada zaman dulu menganggap limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Usai membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering. Pilih pupur atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
Ads
INFO
PUPUR NASI
Bahan
– 3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
– 3 sudu jus limau purut
Cara-caranya
– Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
Ads
– Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
– Biarkan kering selama 15 minit.
– Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
SKRUB GULA
Bahan
Ads
– 1 sudu jus lemon
– 1 sudu gula
– 1 camca madu
Cara-caranya
– Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
– Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
– Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
SUMBER : METRO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ish pantang betul bila awak selalu soal saya ke mana sahaja saya pergi? Rimas tahu tak?” Itu keluhan yang keluar daripada mulut seorang kenalan. Marah sungguh, lalu dia bangkit dan tinggalkan kekasihnya itu terpinga-pinga. Hah, baru si dia tahu. Lelaki jika soal pantangnya tak dipatuhi, inilah yang terjadi.
Pantang sinonim dengan keadaan ‘berjaga-jaga’ mengikut adat selepas bersalin buat kaum wanita bukan? Namun, jangan anda terkejut, lelaki juga punya ‘pantang’ tersendiri yang wajar diikutkan sahaja oleh si wanita, terutama sekali dalam bab hubungan.
1-UNGKIT KISAH LAMA
Secara umumnya wanita dikenali memiliki daya kemampuan mengingati peristiwa dengan terperinci. Oleh itu, jika wanita kerap mengomel malah membangkitkan isu-isu yang telah lepas, maka ini bisa menaikkan kemarahan si dia. Lelaki sebenarnya dikenali dengan sikap kurang ambil peduli akan kisah serta pengalaman yang tidak berikan apa-apa kepentingan kepada mereka.
2-BANYAK SOAL
Adakah benar wanita suka berdialog? Menyoal bagi mencari kepastian sudah menjadi kebiasaan, tidak ubahnya seperti seorang inspektor polis. Jika begini, tidak semua lelaki ingin mendekati. Lelaki sebenarnya kurang selesa apabila ditusuk pelbagai soalan remeh yang menjengkelkan. Contohnya, “awak ke mana dengan kawan-kawan awak,kenapa awak buat begitu dan lain-lain?”.
3-PERLAKU BAK BUDAK-BUDAK
Ini juga pantang bagi si lelaki. Sudah diketahui umum, lelaki punya egonya yang tersendiri. Kalau boleh, biarlah apa yang dilakukan atas kerelaan diri sendiri tanpa memerlukan seorang ‘ibu’ untuk memberikan kebenaran. Lelaki sebenarnya lebih selesa dengan wanita yang merelakan mereka ‘menjadi diri sendiri’.
4-MENGONGKONG
Ternyata ramai lelaki perlukan ruang serta masa untuk menyendiri. Mereka juga kadangkala perlukan sesi berinteraksi bersama dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka faham. Maka anda si wanita juga perlu ingat, perhubungan tidak hanya tertumpu pada ‘kisah’ anda berdua sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu.
5-TIDAK TAHU MENYIMPAN RAHSIA
Ini antara pantang paling utama bagi si lelaki. Bila bercakap mengenai rahsia mahupun gosip pastinya minda kita tertumpu pada kaum hawa. Lelaki amat mementingkan hak privasi terutama sekali dalam perihal hubungan. Maka, ada perkara tertentu yang tidak perlu didedahkan walaupun ia dianggap lucu bagi kaum wanita.
PANTANG LAIN SI LELAKI
– Pantang apabila dompetnya diselongkar tanpa minta kebenaran
– Pantang minta berborak atau minta bantuan ketika sedang menonton televisyen, terutamanya ketika menonton perlawanan bola sepak.
– Pantang waktu tidurnya diganggu.
– Pantang diminta buat sesuatu yang tidak disukai.
– Pantang kenderaannya tidak dijaga rapi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalah dah kahwin, banyak ‘undang-undang’ yang anda kena hafal untuk bina kebahagiaan pada isteri. Terutama tentang kewangan dalam rumah tangga.
Ada lebih, hulur lah lebih. Jangan bagi cukup-cukup sahaja padanya. Susah dia nak pusing duit buat beli keperluannya. Nak lagi jelas, jemput baca perkongsian saurdara Firdaus Shakirin ini.
Kalau Dah Kahwin
Lumrah wanita nak ada duit sendiri.
Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluannya.
Buat Beli Kelengkapan Diri dan Rumah
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti. Perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada itu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik dimata, tapi pakai mana yang ada, maka dimana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak, isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri. Dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Percayalah, orang rumah anda tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami. Begitulah kisah untuk bina sebuah kebahagiaan dalam rumah tangga. Moga kalian dapat sesuatu dalam perkongsian ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!