Hormat Keluarga Pasangan & Tunjuk Kasih Sayang Depan Anak-Anak Kunci Bahagia Pasangan Ini

Share

Suatu ketika dulu penyanyi era-90an Elda Susanti pernah popular dengan genre dangdut. Antara lagu hitnya ialah ‘Yang Ku Sayang’ dan ‘Kau Penggoda’.

Elda Susanti penyanyi dangdut era 90an.

Pada tahun 2002 Elda Susanti mula menyepikan diri dari industri seni sehinggalah 15 tahun kemudiannya dia membuat kemunculan semula dengan single duet berjudul ‘Bahtera Impian’ ciptaan Allahyarham Pak Ngah dengan genre world music dan etnik kreatif.

Elda bersama pencipta lagu tradisional terkenal tanahair, Allahyarham Pak Ngah.

Kini naib juara Dangdut Star terbitan Astro ini masih aktif dalam aktiviti seni dan segala urusan kerjayanya diurus sendiri oleh suami yang merupakan bekas pemain drum kumpulan Rio, Syed Tawfik Syed Salleh.

Pasangan bahagia.

Dalam usia 38 tahun Elda Susanti sudah pun bergelar ibu kepada 7 orang anak berusia 16, 13, 12, 9, 7 dan 2 tahun, serta seorang bayi berusia 3 bulan. Anak sulungnya kini menuntut di sekolah berasrama penuh di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, dan yang kedua pula sekolah berasrama penuh di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur.

Pengikat kasih Elda dan suami selama 17 tahun.

RAHSIA BAHAGIA 17 TAHUN
Walaupun beza usia Elda Susanti dan suami 16 tahun namun mereka kekal bahagia bersama. Kini hampir 17 tahun usia perkahwinan mereka. Memiliki suami yang berusia 54 tahun menjadikan Elda Susanti seorang isteri dan ibu yang matang.

“Untuk kekal bahagia, suami isteri perlu saling melengkapi kerana kita tak sempurna. Saling menghormati dan komunikasi sangat penting. Jangan diam jika ada sesuatu yang janggal. Berterus terang lebih baik tapi cari masa yang sesuai. Hormati keluarga pasangan dan tunjuk kasih sayang depan anak-anak. Pertuturan yang baik menjadikan keluarga aman damai,” kongsi Elda Susanti yang kini bergelar warga pendidik sebuah sekolah agama di Lembah Kelang. Dia juga mengusahakan bisnes makanan dan jamu tradisi secara sambilan.

Anak-anak murid kesayangan Elda. Comel sangat!

Kredit Foto: Instagram @eldasusanti_official

IKLAN