
HUBUNGAN TAKKAN SELALU BAHAGIA…
Akan tiba saat kita akan dihadapkan dgn ujian, ada salah faham, pergaduhan, sakit hati, tak puas hati, berkecil hati, terasa hati dan sebagainya…
Tapi semua itu xkan jadi masalah jika kita tahu utk mengatasinya dgn sikap yg matang dan akal yg bijaksana…saat tu bru nmpk betapa pentingnya hubungan itu utk diri masing2, saat tu bru nmpk siapa yg nk pertahankan hubungan tu, saat tu jgak bru nmpk siapa yg btol2 sayangkan hbgan tersebut…
“God often removes someone from your life for a reason…think before you chase after them”
Sumber : FB Firdaus Syakirin
Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya Buat ‘Mom-To-Be’

Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba-tiba. Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah fenomena biasa. Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya, apakah sebabnya? Menurut sumber ini, selain mabuk wanita hamil, kita mungkin juga mengalami mabuk perjalanan, simptom tersebut boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di dalam telinga.
Manakala punca mabuk hamil berlainan, dan boleh disebabkan jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk lagi.

.
10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya
1. Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
2. Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.
3. Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.
4. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.
5. Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.
6. Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.
7. Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

.
8. Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.
9. Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. In sha Allah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.
10. Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu.
Senarai menghilangkan loya atau mual di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin dalam bahaya.
Selamat membaca, cegah sebelum parah dan jaga kesihatan
Nak Kahwin Dengan Anak Tunggal? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
BACA: Anak No. 4 Sukar Difahami Tapi Sangat Setia
4. Sifat Kekeluargaan Yang Tinggi
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Tak Faham, Kenapa Isteri Or Perempuan Tak Reti Masak Selalu Dikecam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
sumber : ILUVISLAM.COM