sekadar gambar hiasan

Cinta hadir hanya sekali dan tidak akan pernah ada kali kedua untuk cinta yang sama.
Ramai yang berkata cinta pertama itu istimewa. Walau istimewa mana cinta itu, ia mungkin tidak bertahan lama, dan jangan bersedih jika itu yang berlaku.

Jadikan cinta pertama itu sebagai pengalaman, yang membuatkan anda lebih kuat dan membuatkan anda kenal dan faham diri anda sendiri.

Ya, anda sangat kecewa dan malas memikirkan soal cinta. Anda tidak ingin berdampingan dengan sesiapa dan hanya fokus pada kehidupan anda sahaja.
Anda akan berubah fikiran apabila berjumpa dengan seseorang yang membuatkan anda sedar bagaimana layanan yang seharusnya anda dapat dan mengapa anda perlu untuk melupakan apa yang bekas kekasih anda telah lakukan.

Keadaan ini memerlukan hati yang kecewa untuk menghargai satu sama lain. Ini sebab mengapa anda harus memberi peluang untuk hati anda yang terluka (walau teruk mana sekalipun).

1. Hati yang kecewa akan menghargai satu sama lain.

Dua hati yang pernah terluka akan menghargai satu sama lain kerana mereka pernah melaluinya, dan memahami rasa terluka melalui pengalaman yang lalu.

2. Hati yang kecewa faham apa rasanya disakiti.

Kita pernah dilukai. Semua pernah melaluinya, tetapi apabila anda mencintai seseorang yang pernah melukai anda, anda akan rasa teruk.
Apabila dua hati yang terluka bersatu, mereka akan memastikan mereka bersikap empati. Malah, mereka akan memastikan orang lain tidak merasai apa yang pernah mereka rasakan. Itu membuatkan ikatan perhubungan itu semakin kuat dan cantik.

3. Hati yang kecewa akan mencipta pasukan yang tidak dapat dijatuhkan.

Anda tahu apa maksudnya berada dalam sebuah pasukan? Apabila anda jatuh, rakan sepasukan anda akan membantu walau apa pun yang berlaku.

Kerana hati yang pernah dilukai tidak akan melepaskan sesuatu dengan mudah. Dua hati yang pernah dikecewakan tidak akan meninggalkan rakan sepasukannya bersendirian.
Ditinggalkan kerana orang lain lebih menyakitkan. Dipinggirkan daripada senarai orang terpenting dalam hidupnya jauh lebih menyakitkan. Oleh itu, apabila kita telah merasai semua itu, dua hati yang pernah dilukai tidak akan melakukan semua itu.

4. Hati yang kecewa menghormati satu sama lain.

“Tetap lakukannya walaupun anda berasa takut. Kerana apa yang penting adalah tindakan. Anda tidak perlu menunggu untuk berasa yakin. Lakukan sahaja dan keyakinan akan datang selepas itu.”

Hormat adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan. Ada yang menganggap hormat adalah perkara remeh, tetapi perlu menjadikan hormat itu satu kepentingan. Hati yang dilukai pernah melalui situasi yang membuatkan diri berasa sunyi.

Ditinggalkan bersendirian, diejek di hadapan orang ramai, malah pernah dikenakan untuk menghiburkan orang lain.
Namun, apabila dua hati itu bersatu, mereka sangat memahami kepentingan menghormati satu sama lain. Menghormati perasaan satu sama lain, kepercayaan, keluarga, dan sebagainya.

5. Hati yang kecewa adalah paling kuat.

Kita telah sembuh daripada satu kesakitan, pernah bersama dengan orang yang salah, dan membenarkan orang pijak kita. Semua itu, membuatkan anda berasa kerdil dan tidak berguna, tetapi percayalah, ada banyak kekuatan yang tersembunyi dalam diri anda selepas anda mengharungi semua kepayahan itu.
Ya, itu perkara paling teruk pernah anda lalui, tetapi itu akan menjadikan anda seorang yang lebih baik dan lebih kuat yang anda tidak pernah bayangkan.

Dan pada satu hari, anda akan berjumpa dengan seseorang yang pernah melaluinya seperti anda, dan anda akan dapat melupakan semua kenangan buruk yang anda pernah lalui.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI