
Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:
Pertama: Sighah Sarih
Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.
Kedua: Sighah Kinayah
Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”
Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:
• Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
• Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
• Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
• Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.
Begitulah seterusnya.
Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.
Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan.
Lelaki Malas Akan Buru Gadis Kerja Kerajaan. Betul Ke?

Pasti ramai tahu, meskipun gaji ditawarkan tidak banyak namun pihak bank lebih mudah untuk memberi pinjaman kepada penjawat awam dan disebabkan itu ada lelaki di luar sana ‘memburu’ gadis kerja kerajaan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini, Harith Faisal yang menceritakan pengalaman seorang rakannya yang memujuk isterinya yang merupakan kakitangan kerajaan untuk membuat pinjaman peribadi selepas mereka berkahwin.
.
Menurutnya lagi, rakannya itu membuat pinjaman untuk modal perniagaannya namun peniagaannya itu tidak menjadi dan tidak sempat bayar hutang isterinya meninggal dunia.
Ujar rakannya, kematian isterinya sangat menguntungkan kerana pinjaman peribadi tersebut tidak perlu dibayar kerana dilindungi Takaful. Lebih mengejutkan, selepas kematian isterinya, dia merancang untuk berkahwin lagi dengan penjawat awam.
.
Tengar target nak kahwin penjawat awam lagi
“Aku ada kawan yang arwah isteri dia dulu penjawat awam. Lepas kahwin, dia pujuk isteri dia buat personal loan sampai max untuk modal bisnes. Tolak di payslip. Malangnya, bisnes tak menjadi. Modal hangus.”
“Okay. Then?”
“Tak sempat habis bayar hutang tu, isteri dia meninggal. Dia kata, untung juga macam tu. Personal loan tu terus langsai sebab ia dilindungi takaful. Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi.”
Jangan diceraikan pula isteri baru dia tu lepas dapat duit personal loan. Lepas cerai, bekas isteri tetap kena bayar hutang personal loan tu setiap bulan sebab memang tolak kat payslip, kan.
Harith turut berkongsikan satu lagi cerita dimana seorang ibu tunggal mempunyai hutang pinjaman peribadi ratusan ribu ringgit gara-gara bekas suaminya menggunakan namanya untuk perniagaan namun tidak berjaya. Mereka kemudian bercerai dengan alasan tidak lagi sehaluan.Harith berkata lagi, ‘lelaki-lelaki’ ini mensasarkan gadis dikalangan cikgu atau pun jururawat. Menurut seorang bekas pekerja bank, golongan cikgu dan jururawat paling ramai membuat pinjaman peribadi.
Lebih mengejutkan, ketika pinjaman dibuat si suami akan ikut bersama dan meminta isteri untuk membuat pinjaman maksimum selagi boleh.
.
Lelaki spesis ni akan target cikgu atau nurse
Saya sendiri pernah jumpa single mom yang berhutang personal loan berpuluh, beratus ribu. Pun sama, bekas suami guna untuk bisnes, bisnes melingkup. Lalu diceraikan dengan alasan dah tak sehaluan. Biasanya spesis lelaki macam ni akan target cikgu atau nurse. Seorang bekas banker ada bagitau saya yang memang cikgu dan nurse lah profesion yang biasa akan apply max personal loan.
Masa apply tu pasangan dorang ikut sekali. Disuruhnya apply max selagi boleh. Bekas banker tu kata, dia berhenti kerja pun sebab tak sanggup nak hadap situasi macam tu. Malah bekas pekerja bank itu juga mendedahkan ramai penjawat awam mempunyai gaji kasar beribu-ribu ringgit tetapi gaji bersih berbaki ratusan saja disebabkan hutang.
Gaji beribu tapi baki tinggal berapa ratus je sebab hutang
Rasa serba salah kot. Dia share lagi, memang ramai je penjawat awam gaji kasar ribu-ribu, tapi gaji bersih dalam payslip tinggal baki ratus-ratus saja sebab hutang santak sampai habis. Jadi, kepada penjawat awam yang single-single tu, berhati-hati pilih pasangan hidup. Jangan naif sangat sampai sanggup kena tipu hidup-hidup. Disangka kahwin dengan lelaki, rupanya dia biawak jantan tak guna. – HF
Dalam pada itu, Harith turut menasihatkan kepada gadis yang bekerja di sektor kerajaan supaya berhati-hati dalam memilih pasangan bimbang berkahwin dengan lelaki biawak hidup.
Lelaki Tak Bekerja, Tapi Kalau Pandai Cari Duit Boleh Juga Jadi Calon Suami.

Sebelum berkahwin, janganlah hanya meletakkan rupa paras sebagai kayu pengukur untuk memilih pasangan. Asal nampak kacak, itulah yang direbut-rebutkan sedangkan paling utama sekali wanita perlu melihat agamanya, sifat tanggungjawabnya dan kedudukan ekonominya.
Janganlah terlalu menjadi hamba cinta. Jangan butakan mata kerana cinta. Hidup berumahtangga ni bukan untuk sehari dua tetapi ia untuk selama-lamanya. Jadi, carilah pasangan hidup yang boleh bersama-sama hidup susah dan senang dengan anda. Baca perkongsian Mohd Fadli Salleh ini.
******************************************************************
“Mak. Ayah curi tabung adik,” mengadu si anak pada si ibu dengan sayu.
“Tabung kakak pun mak,” balas si kakak.
“Tabung abang pun sama mak,” balas anak kedua.
Tiga tabung anak. Tiga-tiga dalam tong sampah. Si ibu mengeluh. Bil letrik dah merah. Surat potongan letrik dah sampai. Tertunggak lebih RM1000.
Masuk ke dapur nak jerang nasi, buka pili air. Tiada air keluar. Dah kena potong rupanya. Suaminya berjanji nak bayar, rupanya janji tinggal janji.
Bank dah telefon ansuran kereta dah 3 bulan tertunggak. Guru Kemas telefon minta bayar tunggakan yuran.
Anak sulung pula bawa balik surat jamuan akhir tahun pengawas. Kena bayar lagi. Beras kat dapur dah habis. Peti ais kosong. Susu pun sama.
Dan suami… Suaminya hanya menjadi biawak hidup di rumah. Berbulan-bulan dah tak kerja. Hampir setahun dah kalau dikira.
Sebelum ini pun sama. Semua pekerjaan, si isteri yang kena carikan. Tolong isi borang. Kena heret tangan suruh pergi temuduga.
Elok dapat kerja, buat hal. Bergaduh dengan orang itu orang ini. Main perempuan lain pula. Isteri mana nak sabar. Maka bergaduh. Bila bergaduh, bukan setakat mulut sahaja. Kaki tangan suami naik ke badan sampai lebam satu badan.
Dan… Kisah ini berulang-ulang. Berputar tanpa henti. Si ibu ini kena tanggung semuanya. Dia bukan kerja doktor. Bukan juga lawyer. Dia hanya kerani sahaja.
Gajinya bukan besar. Tapi semua benda dia kena tanggung. Semua. Termasuk duit rokok suami, duit minyak motor, duit kedai kopi.
Apa benda ni? Gila.
Serius aku cukup tak faham seorang lelaki boleh duduk saja harap isteri bagi duit. Bila tak dapat curi pula tabung anak. Ah, gila.
Aku kalau terdesak usahkan curi, minta duit isteri pun tidak walau aku tahu isteri aku ada duit. Malu. Itu maruah lelaki. Maruah suami.
Aku rela pinjam dengan kawan-kawan. Bila gaji masuk terus bayar. Usah nak minta duit isteri, nak pinjam pun tak sanggup.
Tak ada rasa bersalah langsung tak kerja nak isteri yang bertungkus lumus. Tak ada rasa berdosa ke biarkan isteri pikul segala tanggungjawab bayar itu ini?
Tak ada sekelumit rasa malu ke isteri yang biayai dan tanggung keluarga. Dan lebih memalukan, tabung anak sendiri pun sanggup dipecahkan. Sampai pernah si anak berkata pada ibu,
“Mak. Kalau ayah tak pulang lagi baik kan?”
“Mak tak pernah ajar anak-anak bencikan ayah. Tapi…”
Akak ini datang dari jauh semata-mata nak bertemu aku. Untuk sekampit beras dan barang basah supaya dapur itu berasap kembali.
Dia tertekan sangat. Suaminya langsung tidak peduli bil air dipotong dan bil api sampai surat merah. Tak pernah suami dia fikirkan yuran tadika anak, jauh sekali nak fikirkan pasal bayaran jamuan pengawas.
Semua atas pundak dia. Semua sekali.
Pernah surat saman Coway sampai di rumah. Dia tak mampu bayar dan dia sangat berharap dia dipenjarakan.
Biar lega. Biar terlerai semua masalah yang dia tanggung. Sampai tahap itu dia terfikir.
Namun bila memandang mata anak-anak, jiwanya kembali melembut.
Dia masih ibu. Dan bagaimana anak-anak ini akan survive jika dia ke dalam? Nak harapkan suami? Tak adanya…
Entahlah. Aku dah tak tahu nak cakap bagaimana lagi. Kes suami pemalas begini sangat banyak aku terima.
Kalau dia malas hanya menyusahkan diri sendiri tak apa juga. Ni habis susahkan isteri dan anak-anak, menjadi beban yang amat.
Aku tidak menggalakkan penceraian. Namun kadang-kadang melepaskan itu lebih membahagiakan. Bertahan dengan harapan pasangan berubah kadang-kadang hanya angan-angan yang tak mungkin kesampaian.
Kadang-kadang, itu jalan terbaik. Tidak terpakai untuk semua orang. Bukan juga aku tuju buat akak ini. Tapi secara umumnya, begitulah.
#DanaKITA
#MFS
– Sebuah kisah dicelah masyarakat yang padat.
HUKUM SUAMI TIDAK BEKERJA
Di dalam Surah al-Nisa’, ayat 34, Allah berfirman maksudnya “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
“Daripada Jabir RA yang diriwayatkan Muslim, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah…
Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. “Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah,” katanya.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Kahwin Boleh Buat Rezeki Kita Murah, Tapi Elakkan Buat ‘Perkara’ Ni.

Memiliki harta dan wang ringgit adalah antara penyebab manusia berlumba-lumba untuk bekerja keras, baik dalam perniagaan ajtau bekerja makan gaji. Tetapi ada aspek yang kita lalai perhatikan sehingga kita sendiri tertanya-tanya mengapa kemiskinan yang semakin dekat.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
- Tidak menjaga solat
- Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
- Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!
- Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
- Kecuali jika ada urusan
- Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah
- Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
- Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!
- Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
- Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah
- Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
- Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri
- Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami
- Berdiri tanpa menutup aurat
- Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat
- Suka melakukan maksiat
- Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!
- Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
- Terlalu banyak tidur
- Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.
- Duduk di pintu rumah
- Memakai sikat yang rosak
- Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari
Untuk menonton video ceramah Ustaz Fawwaz, bolehlah ke laman Facebook ini.
Kredit video: Facebook Tazkirah Ustaz dan Ustazah