Apakah hukumnya seorang anak menyusahkan kedua ibu bapanya dengan meminta membela cucu sepanjang dia bekerja. Perkara ini biasa berlaku sekarang. Kadang-kadang ibu bapa tidak mampu untuk menolak permintaan anak-anak mereka. 

Berbuat baik kepada ibubapa adalah wajib apatah lagi ketika ibu bapa meningkat tua dan lanjut usia. Di peringkat usia sebegini wajib bagi anak berbuat baik kepada mereka atau salah satunya. Janganlah disusahkan mereka dengan bebanan yang menyusahkan mereka atau dan salah satunya dengan bebanan menjaga cucu.

IKLAN

Hukum Mak Ayah Terpaksa Bela Cucu Sepanjang Anak Bekerja

Mungkin sekali-sekali boleh diterima tetapi sekiranya dianggap ibu bapa sebagai pengasuh tetap maka perbuatan itu adalah kurang wajar.

IKLAN

Hukum Mak Ayah Terpaksa Bela Cucu Sepanjang Anak Bekerja

IKLAN

Carilah alternatif lain untuk mengasuh anak. Kurangkanlah beban ibu bapa apatah lagi ketika mereka dimamah usia. Di peringkat ini mungkin mereka sakit. Pada masa sama banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan seperti melakukan ibadat di usia tua.

Jika ibu bapa suka dan reda tidaklah menjadi masalah tetapi sebagai anak kita hendaklah memberi ketenangan dan keselesaan kepada mereka. Jangan beban ibu bapa dengan soal berak kencing cucu, kenakalan cucu, cucu menangis atau melayan kerenah cucu yang pelbagai ragam di usia tua mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI