Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Ads
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Ads
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Ads
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alam percintaan memang kita tak kenal pasangan sepenuhnya. Bila dah duduk serumah, masa itulah kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia rajin buat dan apa kelemahan suami. Kebanyakkan suami jarang buat kerja rumah. Iyalah, masa bujang duduk dengan mak ayah atau jika tinggal rumah bujang pun, apa sangatlah yang nak dikemaskan.
Bila dah kahwin ni, urusan menjaga dan menguruskan rumahtangga tak boleh dilepaskan pada isteri sahaja. Suami pun kena join sekali. mana yang body language isteri akan terus buat kerja tanpa disuruh. Mana yang susah nak faham tu, ini cara yang anda boleh gunakan.
Komunikasi
Berbincanglah elok-elok dengan suami. Mula-mula beritahu pada suami apa yang anda mahu dia lakukan. Jika tak berganjak juga, duduk sebelah suami dan beritahu lagi. Memang ada suami yang suka sangat melengah-lengahkan kerja. Bincang elok-elok dan beritahu suami anda juga penat.
Jangan gunakan arahan kepada mereka. Ayat paling manis adalah jika anda minta tolong suami buatkan kerja rumah yang sepatutnya. Suami ni ada egonya. Kalau main arahkan itu ini,memang susahlah dia nak tolong!
Pujuk
Isteri kan pandai bermanja. Pujuklah suami dengan penuh kemanjaan. Tarik perhatian suami dengan kelembutan seorang isteri. Tak payah jerit-jerit sampai jiran sebelah pun boleh denagr. Lagi suami tak mahu buat kerja.
Reward
Hadiah ni bukan bermakna anda perlu beli sesuatu untuk suami semata-mata untuk reward suami buat kerja. Pujuk suami dengan makanan dari air tangan anda sendiri. bukan selalu pun. Kalau tiap kali nak minta tolong kena ada reward, ‘bengkok’ isteri nanti!
Tunjuk ajar
Bila suami dah mula menunjukkan minat untuk membantu, ajar mereka cara-caranya. Jangan anggap suami tahu semua benda atau menganggap mereka boleh baca fikiran anda. Sebagai isteri, anda ada cara tersendiri untuk buat kerja rumah. Anda juga ada cara sendiri melipat baju, sidai kain, susun baju dan sebagainya. Jadi, ajarkanlah kepada mereka.
Lelaki ni memang straight forward. Mereka juga susah unutk multitasking. Jadi, jelaskan kepada mereka apa yang anda ingin mereka lakukan. Sediakan segala keperluan supaya menreka boleh ikut SOP yang anda sediakan. Kalau nak mereka sidaikan baju, sediakan pengepit baju dan penyangkut terus pada ampaian. Jika nak mereka kemaskan dapur, sediakan juga kain lap yang betul. Takut nanti mereka gunakan kain lap muka pula nanti!
Lagi laju dan mudah kerja mereka jika anda menggunakan ‘pembantu automatik’ macam ni. Gerenti puas hati!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menanggung hutang yang banyak adalah satu beban yang berat. Diri menjadi seperti seorang hamba yang kehilangan kebebasan.
Buat apa sahaja termasuk sedang beribadah pun teringatkan hutang. Tidur tidak dapat merehatkan tubuh dan minda kerana sering terjaga dalam keadaan takut dan bimbang.
Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.
Lalu, sekuat hati berharap masalah hutang dapat diselesaikan. Pelengkap membayar hutang sudah tentulah dengan kemurahan rezeki. Setiap masa berharap Allah memurahkan rezeki. Maka, berikut adalah beberapa langkah untuk melunasi hutang dan memurahkan rezeki.
.
Perkara pertama ialah berdoa. Minta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar hutang yang ada mudah untuk diselesaikan. Bacalah doa setiap kali selepas solat.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya (maksud):
“Rasulullah SAW telah memasuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah r.a berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Dalam kisah yang lain, daripada Ali r.a bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata:
“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku!
Maka Saidina Ali ra berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu dia yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka, (iaitu) jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikannya untuk kamu?
Saidina Ali berkata: “Katakanlah: Maksudnya:
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selainMu.” (Riwayat al-Tirmizi)
.
Solat-solat sunat merupakan solat tambahan kepada solat fardhu kita. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah, malah orang-orang soleh juga melakukan amalan yang sama. Selain kebaikan di dunia, solat sunat amat penting untuk memberi kebaikan di akhirat kelak. Antara solat sunat yang dianjurkan ialah solat tahajud dan solat sunat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya pada waktu malam, terdapat satu waktu tiadalah hamba yang Muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya yang demikian itu setiap malam.” (Riwayat Ahmad)
Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”
Jika mahu melangsaikan hutang yang ada, prinsipnya adalah dengan tidak mencipta atau menambah hutang baru. Ini untuk memudahkan hutang yang lama diselesaikan dan tidak menambah beban baru kepada diri anda.
Selain itu, pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan anda. Ada kehendak yang tidak perlu dituruti. Buat satu bajet atau senarai perbelanjaan. Letak satu jumlah untuk pembayaran semula hutang anda selama tempoh tertentu dan konsisten dalam pembayaran.
Bincang pengurusan pembayaran hutang anda dengan pihak yang memberi hutang sekiranya anda mengalami masalah pembayaran.
Doa perlu seiring dengan usaha anda dalam mencari rezeki. Cari rezeki yang halal untuk membayar hutang anda dan untuk menampung keperluan anda sekeluarga.
Usah terpedaya dengan kekayaan yang datang dari sumber yang diragui, diperolehi dengan jalan menipu dan menganiaya, atau dengan jelas adalah haram.
Walaupun anda benar-benar memerlukan wang, itu tidak bermakna anda harus mengikuti jalan yang dibenci Allah. Ini kerana, keberkatan rezeki adalah lebih penting berbanding memilkinya.
Rezeki yang tidak halal memberi kesan bukan sahaja kepada diri yang semakin jauh daripada Allah, hilang ketenangan, asyik berasa kurang, malah meragut keharmonian keluarga.
.
Jagalah dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Besar pahala melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Begitu juga dengan meringankan tulang membantu mereka yang memerlukan.
Mungkin ada jiran yang memerlukan bantuan anda untuk memperbaiki alatan di rumahnya yang rosak, seorang lelaki buta yang hendak melintasi jalan, membuang tin minuman yang dibuang di tepi jalan, atau kanak-kanak yang terjatuh semasa menunggang basikal.
Apabila anda ke masjid, masukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid sebagai sedekah. Berilah walaupun sedikit kerana yang sedikit itu besar nilainya bagi mereka yang memerlukan dan besar maknanya untuk usaha dakwah. Jadilah manusia yang baik pada pandangan Allah SWT.
Tiada manusia yang lepas daripada kesilapan. Namun, itu tidak bermakna tiada pengampunan daripada Allah. Malah, Allah amat luas pintu keampunannya untuk umatNya yang melakukan kesilapan dan dosa. Kita tidak mahu jarak kita dengan Allah menjadi jauh kerana dosa itu.
Dosa menyesakkan dada dan menyempitkan hidup. Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan memuji Allah dengan zikir. Zikir paling mudah ialah ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, dan ‘Allahu akhbar.’
Selain itu, bacalah Al-Quran sebaik-baiknya setiap kali selepas solat. Bukan sahaja kita memperolehi pahala, malah diri akan berasa tenang dengan membaca kalimah Allah SW
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bangun pagi-pagi selalunya perkara pertama yang akan kita lakukan adalah check handphone. Kemudian mulalah rutin harian yang sibuk sehingga masa untuk solat pun dicatu. Apakata ambil sedikit masa, 15 minit saha untuk melakukan solat sunat Dhuha kerana ganjaran yang Allah janjikan cukup luar biasa.
Seperti perkongsian Izhar Fahmie, ini kelebihan solat sunat Dhuha yang kita patut ambil tahu dan ambil peluang untuk mengerjakannnya…
Sudah menjadi kemestian di setiap hari bagi aku untuk melakukan solat dhuha. Aku melakukan solat dhuha bukan kerana sebab niat untuk dimurahkan rezeki semata-mata, tetapi aku buat dan amalkan solat sunat dhuha dengan niat agar Allah keluarkan aku dari masalah yang dihadapi dan mempermudahkan segala urusan aku setiap hari. Ia bergantung pada niat, keikhlasan dan sejauh mana Allah terima keiklasan itu.
Kejap semangat, kejap down. Tak jadi.
Mesti maintain dan konsisten.
Tak usah fikir lagi pasal masalah menggunung tu. Seolah dah habis daya dan tenaga nak fikir. Kosongkan fikiran.
Posisi penyerahan ialah jadilah apa nak jadi. Sebab dah buat macam-macam. Sedekah dan lakukan lah solat dhuha.
untuk apa solat dhuha?
untuk ibadahlah.
Solat tu ibadah
Kerja tu ibadah
Berniaga tu ibadah
Dakwah tu ibadah
Ingat mati tu ibadah
Ibadah itu rezeki. Sempurna ibadah maka sempurnalah rezeki.
Lakukan solat dhuha. Buat dhuha bukan berapa rakaat bilangan yang nak dibuat. Tetapi berapa larat tenaga nak kerjakan dhuha. Lagi banyak sujud lagi Allah suka. Bukan dua, bukan 4, bukan 8 tapi 16. Huhu. Boleh ke? Bukan tak boleh, tapi tak mahu. Tepuk dada tanya hati. Aku buat dhuha semata untuk Allah tanda aku bersyukur atau untuk jaga rezeki aku?
Mula-mula buat memang sebab nak jaga hal rezeki. Nak suruh melimpah banyak. Salah ke? Tak salah pun. Ini namanya buat sesuatu mengharap balasan. Takpa Allah pemurah. Boleh je. Dia kasi je.
Sebab Allah janji dengan ganjarannya untuk siapa yang buat. Buatlah. Buat dengan konsisten. Lama-lama buat kita akan faham ianya bukan tentang kita nak dapat rezeki. Tetapi ianya tentang berapa banyak, berapa kuat kita jaga ibadah dengan tekun dan ikhlas hanya untuk Allah semata. Itu je.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...