Wah, comelnya anak kau pakai reben dekat kepala tu. Beli dekat mana? Murah ke mahal?”
Itu antara kata-kata atau pujian yang sering kita dengar jika memakaikan bayi atau kanak-kanak perempuan dengan pelbagai aksesori di kepala. Bayi atau kanak-kanak perempuan pastinya tidak boleh dipisahkan dengan perhiasan sama ada di kepala, leher, pergelangan tangan mahupun di pergelangan kaki. Tidak cukup dihias dengan pelbagai jenis dan bentuk reben, ada pula yang meletakkan kuntuman bunga pelbagai warna, manik dan labuci berkelipan serta menjadikan replika haiwan comel sebagai aksesori kepala pilihan.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka. Katanya, jenis fabrik serta tahap fleksibiliti regangan aksesori kepala menjadi faktor penting yang perlu dititikberatkan ibu bapa dalam memilih aksesori untuk bayi mereka. Tidak hanya mementingkan cantik ketika dipakaikan, Nor Mahani memberitahu, tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
“Tulang kepala bayi yang baharu dilahirkan sehingga 18 bulan sangat mudah tercedera dan pemakaian aksesori kepala tanpa pengawasan dan pengetahuan boleh mengundang bahaya kepada bayi. “Pada tempoh itu, tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan pemakaian aksesori kepala terlalu kerap akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung. “Walaupun pemakaian aksesori bukanlah punca utama kepada masalah itu, ibu bapa harus berwaspada agar bayi mereka berada dalam keadaan yang tidak bahaya,” katanya.
Ads
Ditanya bagaimana pemakaian aksesori berkenaan mengganggu perkembangan tulang bayi, Nor Mahani berkata, risiko berkenaan bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
Pemakaian terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman. Sebaiknya pemakaian aksesori kepala dipakai selama satu hingga dua jam dan paling elok dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan. “Bagi ibu yang gemar memakaikan aksesori kepala kepada bayi, harus diingatkan saiz aksesori itu mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka berbeza setiap bulan.
“Lazimnya saiz ukur lilit bayi sekitar 32 sentimeter ketika dilahirkan dan akan membesar sehingga 10 hingga 12 sentimeter lagi apabila mencapai usia setahun.
“Jadi, jika bayi anda masih memakai aksesori yang dililitkan pada saiz ketika dia masih bayi, kita tidak membenarkan tulang itu untuk membesar dan ketika itu ibu bapa harus sedar bahawa tumbesaran tulang kepala bayinya mempunyai masalah,” jelasnya. Selain saiz, jenis dan warna fabrik serta penggunaan manik atau labuci merupakan faktor penting untuk dinilai ibu bapa sebelum memilih sebarang aksesori untuk anak mereka. Ini kerana, aksesori yang menggunakan fabrik seperti bulu, kulit gantian, renda berbiku tajam bukan sahaja melukakan kulit bayi malah memberi alahan seperti ruam dan kegatalan kepada bayi yang mempunyai kulit sensitif.
Ads
“Biasanya, jenis fabrik perlu selesa misalnya diperbuat daripada kapas, selain penggunaan warna pada aksesori mestilah bebas toksin serta perlu mengelakkan penggunaan manik dan labuci kerana dikhuatiri mereka memasukkan bahan-bahan berkenaan ke dalam mulut. “Jika mengikat rambut pula, jangan terlalu ketat kerana akar rambut bayi dan kanak-kanak terlalu rapuh dan sebaiknya jika mereka tidur, cabut aksesori yang ada di kepala mereka,” jelas beliau.
Ads
Perlu diberi perhatian, pemakaian aksesori kepala harus diawasi oleh ibu bapa agar tidak terjatuh sehingga ke leher kerana boleh menyebabkan leher bayi terbelit terutama aksesori jenis reben panjang.Aksesori yang dipenuhi manik dan labuci pula harus dielakkan kerana pada usia enam hingga 18 bulan, bayi gemar memasukkan barang ke ruang rongga. “Ada kes yang kita pernah kendalikan di mana kanak-kanak itu memasukkan manik ke dalam telinga mereka, malah ada yang lambat dikesan sehingga membusuk di ruang rongga hidung.
“Ada ibu bapa hendak melihat anak mereka cantik, sehingga mengabaikan keselamatan,” katanya. Lazimnya, jelas beliau soal harga mahal atau murah, cantik atau tidak, jenama popular atau dibeli di mana yang sering menjadi keutamaan berbanding memilih kualiti fabrik atau jenis yang bersesuaian untuk dipakaikan kepada anak-anak mereka.
Malah, kegilaan memakaikan bayi dengan aksesori kepala semakin menjadi trend memandangkan golongan ternama dan artis yang diminati turut menggayakan fesyen yang sama pada kepala bayi mereka.
Dunia laman sosial yang menghidangkan pelbagai ruang untuk peniaga mempromosikan barangan mereka selain menggunakan anak-anak artis sebagai bentuk promosi menjadikan ibu bapa lebih teruja dengan trend pemakaian aksesori kepala.
Tambahan pula, harga aksesori kepala yang dijual serendah RM5 menyebabkan ibu bapa menjadi teruja apatah lagi jika menerima pujian rakan-rakan lain selepas memuat naik gambar-gambar comel anak mereka. Ini kerana, hakikatnya pemakaian aksesori kepala oleh ibu bapa kepada bayi dan kanak-kanak lazimnya bertujuan menjadikan mereka kelihatan comel tanpa menghiraukan ketidakselesaan, keselamatan dan kemudaratan yang bakal berlaku. Keghairahan tersebut ada kalanya mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi jika ibu bapa mengabaikan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fokus kepada bakal pengantin, kalau nak mekap cantik kemas tak cepat cair anda kena rajin pakai pelembap. Tak kira jenis kulit macam mana sekali pun, kena jadikan rutin pagi dan malam sebelum tidur.
Nak Mekap Cantik
Ini cara nak mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Jadi kali ini anda boleh cedok beberapa ilmu tentang kecantikan daripada saudari Zaty Asri tentang pemilihan pelembap ikut jenis kulit.
Sebenarnya pelembap ada dua jenis tekstur iaitu krim dan gel. Mesti ramai tak tahuapa perbezaan ini, bukan? kan?
Tekstur Krim
Tekstur – Pekat (Campuran Minyak+Air)
• Tahan lama di kulit
•Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Kering + Kulit Kusam
Boleh cuba Bio Essence Moisturizer. Dia dapat repair & replenish & renew skin.
Tekstur Gel
•Tekstur – Ringan
• Tidak melekit bila pakai
• Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Berminyak, Kulit Kombinasi, Kulit berjerawat
Boleh cuba Hada Labo Moisturizer. Dapat glowing & hydrateskan kulit.
Harga agak keras tetapi berbaloi dengan hasilnya. Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian.
Sebagai contoh kulit berminyak, tapi pakai krim. Makanya shining teruk lah muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi sekarang semak, betul tak pilihan pelembap yang anda pakai itu? Kalau salah, jom betulkan supaya kulit kita lebih sihat dan glowing tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betulkah, setiap kali hendak keluar rumah isteri mesti meminta izin suami? Tidakkah syarat ini seperti merendahkan martabat isteri di zaman serba moden ini?
Pertama sekali perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah Islam diubahsuai mengikut zaman atau zaman yang diubahsuai mengikut Islam?
Jika kita beriman bahawa Islam adalah panduan hidup dan Islam sesuai untuk semua zaman hingga Hari Akhirat, maka zamanlah yang diubahsuai agar mengikuti petunjuk Islam.
Merujuk kepada isteri yang hendak keluar rumah, hendaklah disedari bahawa kedudukan asal seorang isteri adalah di dalam rumah berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu. [al-Ahzab 33:33] Apabila isteri hendak keluar rumah, sekali pun ke masjid, hendaklah dia meminta izin suaminya.
Rasulullah bersabda: Jika salah seorang dari isteri kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah melarangnya. [Shahih al-Bukhari, no: 4837]
Lebih lanjut, keluar rumah terbahagi kepada empat kategori.
Pertama, keluar rumah yang sudah menjadi kebiasaan seperti isteri keluar untuk ke pejabat atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Maka untuk kategori pertama ini, memadai mendapat izin untuk kali yang pertama daripada suami. Keizinan daripada suami merangkumi setiap kali isteri hendak keluar rumah atas tujuan-tujuan tersebut.
Kedua, keluar rumah yang bukan kebiasaan seperti menziarahi rakan. Maka hendaklah meminta izin suami.
Ketiga, keluar rumah dalam keadaan terdesak seperti ke klinik membawa anak yang jatuh bermain basikal. Dalam kes terpencil seperti ini, tidak perlu mendapatkan izin suami jika masa atau keadaan tidak mengizinkan. Namun hendaklah dikhabarkan kepada suami apabila mendapat kelapangan.
Keempat, keluar rumah untuk tujuan maksiat, seperti menyertai kumpulan rakan-rakan yang dikenali suka bergosip dan menyebarkan aib tentang orang lain. Maka tidak perlu keluar rumah, tidak perlu minta izin suami dan tidak perlu mematuhi meski pun suami mengizinkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut merupakan mahkota bagi semua wanita. memiliki rambut yang sihat dan cantik sememangnya menjadi idaman wanita dari dulu sehingga kini. Bahkan ia menjadi satu pusat perhatian yang menarik perhatian para lelaki. Namun wanita tidak akan pernah terlepas dari mengalami masala rambut seperti rambut kering, berlelemumur, rambut berminyak dan paling teruk rambut yang berbau.
Meskipun anda memiliki rambut yang cantik, hitam bersinar dan tebal tetapi berbau, ia mampu merosakkan kateria rambut cantik yang anda miliki. Menurut Yohan Christian merupakan seorang Pengurus Pemasaran bahagian Konsumer Makarizo, masalah rambut berbau hanya disebabkan oleh dua faktor di dalam mahupun di luar.
Jika ia membabitkan faktor luaran, rambut berbau boleh berpunca dari terdedah dengan asap kenderaan, peluh, pencemaran udara, tidak membasuh rambut semasa mandi ataupun disebabkan bau makanan semasa berada di gerai makanan. Mungkin anda pernah mengalami perkara yang disebut bukan semasa melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya ia wujud dari faktor dalaman, ia mungkin disebabkan oleh kelenjar minyak yang berlebihan dari kulit kepala. Sekiranya kelenjar minyak bergabung dengan kuman pada kulit kepala, sudah pasti ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau berbau busuk dan masam. Pada masa yang sama, terlalu tertekan juga boleh menjadi salah satu punca rambut berbau.
Mari kita semak bagaimanakah cara bagi mengatasi masalah rambut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan yang selalu anda rasai setiap hari.
1. Kekalkan tahap kesihatan rambut
hijabnheels.com
Jika rambut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, itu bermakna rambut anda dalam keadaan yang kotor. Sebaiknya anda harus membersihkan rambut anda dengan baik dan lebih sempurna. Di samping itu, pemilihan syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut juga sangat penting.
2. Guna perapi untuk mewangikan rambut
siraplimau.com
Jika anda sudah melakukan perkara di atas dengan teliti, tetapi masih mengeluarkan bau yang sama atau tidak hilang baunya, anda masih mempunyai cara yang kedua seperti menggunakan perapi rambut yang wangi. Pilih jenis perapi rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut anda.
3. Mengatasi rambut berminyak
hellosehat.com
Kemungkinan besar, punca rambut yang berbau adalah disebabkan oleh pengeluaran minyak secara berlebihan dari kulit kepala. Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mencari jalan bagi mengatasi maslaah rambut yang berminyak. Anda boleh saja memilih produk khas untuk kegunaan rambut berminyak dari bahan semulajadi.
4. Persekitaran yang bersih
hellosehat.co
Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran yang bersih adalah seperti menyentuh kulit kepala menggunakan tangan ataupun sesuatu objek. Contohnya seperti bantal, kain tudung, selendang ataupun topi keledar. Pejagaan rapi tentang objek-objek tersebut supaya kekal dalam keadaan yang bersih supaya bakteria tidak mudah tersebar ke bahagian rambut. Kerap cuci sarung bantal atau tudung anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.
5. Elak rasa tertekan
jazmi.my
Tahukah anda, tekanan juga boleh menjadi salah satu sebab mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan pada rambut anda. Bagi mengelak masalah rambut berbau, anda haruslah bijak dalam mengendalikan masalah tekanan dengan baik supaya tidak menjadi lebih parah. Sebaiknya, rawat semua permasalahan ini dengan fikiran yang positif dan lebih terbuka.
Begitulah cara yang udah bagi menjaga rambut supaya kekal wangi dan segar. Jika rambut wangi, tahap keyakinan kita juga semakin meningkat untuk terus bergaul dengan orang sekeliling tanpa dibebani sebarang masalah yang ditakuti. Sekian petikan dari CiriCara.com.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!