Teruja menimang cahaya mata adalah satu momen yang sangat tidak dapat digambarkan, apatah itu adalah zuriat pertama hasil perkahwinan anda berdua. Namun apabila keterjuaan itu disalahgunakan, tidak dimanfaatkan sebaiknya ia menyebabkan momen bahagia boleh bertukar riak mahupun menambah dosa diri. Sebagai ibu bapa, kawal diri anda, bertenang dan luahkan kegembiraan secara bersederhana. Ikutu perkongsian penuh bermanfaat dari Intan Dzulkefli ini.

Ibu Mengandung Lebih Banyak Pegang Fon Dari Pegang Al-Quran
.

Harini berbual dengan sahabat solehah. Alhamdulillah dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan, insyaAllah. Sempat dia berkongsi nasihat ustazah yang diserap semasa kuliah Dhuha. Perbezaan bakal ibu solehah dan tidak semasa hamil.

Wanita pada zaman salafussoleh, bila mengandung ‘mengidam’ nak anak jadi imam besar, jadi ulama’, atau sekurangnya tahfiz al-quran. Belum lahir anak itu, sudah berniat nak mewakafkan anak untuk agama. Namun, bukan setakat berniat dan memasang angan, bahkan sudah mempersiapkan modul didikan terbaik supaya anak yang dilahirkan itu nanti bermanfaat untuk ummah.

Semasa mengandung, si ibu akan sangat sibuk menjaga ibadah, menjaga kata-kata, menjaga aurat dengan memakai pakaian taqwa. Al-Quran jadi temanan sejak dari sebelum kahwin hinggalah anak lahir, anak-anak dibesarkan dalam suasana melazimi tadarus dan cinta al-Quran.

Ads

MasyaAllah.


Ibu Mengandung Lebih Banyak Pegang Fon Dari Pegang Al-Quran
.

Zaman hari ini, kita ibu-ibu mengidam biasanya cuma fokus bab makan, makan puas-puas sebelum berpuasa sebulan lebih ketika berpantang. Kalau mengidam lain, setakat mengidam agar anak rupa persis arabic, korean look, rupa anak selebriti popular dan sebagainya. Yang si ibu, lebih banyak pegang fon dari pegang al-Quran, lebih banyak baca fb dan whatsapp dari baca Al-Quran.

Ads

Ramai bakal ibu yang baca al-Quran semasa mengandung hanya sebab nak anak cantik, nak mudah bersalin.Ya, memang bagus fadhilat amalan membaca surah tertentu, namun niat biarlah betul. Jangan pula sebelum mengandung dan selepas bersalin al-Quran dibiar berhabuk. Sibuk selfie sengaja tunjukkan perut, dah elok berbaju longgar, bila bergambar sengaja pula pegang bawah perut biar nampak baby bump. Astaghfirullah. Padahal baby bump itu aurat.


Ibu Mengandung Lebih Banyak Pegang Fon Dari Pegang Al-Quran
.

Belum lahir anak itu, siang malam siapkan list tentang kelengkapan keperluan baby dan keperluan lepas bersalin semata-mata, tapi tak pernah terfikir tentang persiapan didikan anak setelah itu.

Ads

Allahuakbar.

Zuriat bukanlah sekadar rezeki, atau lambang kesuburan, atau sekadar pelengkap perkahwinan, tetapi ia adalah amanah paling berat buat pasangan suami isteri. Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapanyalah yang mencorakkannya dengan agama Islam atau sebaliknya. Apakah kita telah menunaikan hak anak-anak untuk kenal Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran dari ibubapanya sendiri? Muhasabah buat saya yang menulis kembali nasihat berharga dari teman solehah. Syukran jazilan kak. Robbuna yusahhil.

KREDIT Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI