
Ini adalah doa yang dikongsikan oleh seorang pengguna FB yang juga pakar dalam ilmu rumahtangga, iaitu doa pengikat kasih sayang namanya. Doa adalah kata-kata harapan seseorang dalam mencapai apa yang dihajatkan. Tak kira apa agama pun, kita percaya doa adalah salah satu cara mujarab merawat sesuatu musibah. Doa adalah cara kita menyatakan apa yang terbuku setelah kita puas sudah berusaha.

ika ada masalah, berdoalah mohon Allah selesaikan masalah kita. Bila sedang berbahagia, jangan berhenti berdoa juga agar Allah kekal dan tambahkan kebahagiaan kita. Ingat ya.. jika nasib kamu berubah selepas berdoa dan berusaha.. maka jangan berhenti berdoa sekerat jalan je. Sewajarnya, lagi Allah bagi lebih dari apa yang kita minta, maka semakin kita rasa malu jika tidak berdoa lagi.
DOA ROBITHOH Atau Doa Pengikat Kasih Sayang
DOA ROBITHOH atau doa pengikat kasih sayang, jom usaha dan amalkan, mungkin ada salah satu doa kita Allah makbulkan. Berdoa itu percuma, tak perlu bayar pun.. berdoa juga adalah salah satu terapi untuk diri sendiri..
Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Panduan berdoa
Berdoalah pada masa-masa terluang, bukan hanya selepas solat. Lafazkan dengan jelas. Tika menyebut perkataan "hati-hati" atau "hati", pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah pasangan atau mereka yg anda ingin satukan dalam hati anda. Dengan izin Allah, kasih sayang kalian akan bersatu dan bersemarak hingga ke akhir hayat, insyaAllah! Ada isteri yang dah luah benci nak tengok muka suami (memang tak pandang langsung dah muka suami masa sesi bersemuka dengan saya dan dah tinggal asing) dan ada suami yg dah keluar dari rumah sebab memilih wanita lain, dengan kesungguhan doa dan izin-Nya jua, mereka kembali bersama dalam tempoh 14 hari sahaja dan diizinkan berbahagia semula. Usaha dan doa kerja kita, lakukanlah sebaiknya hingga Dia izinkan saat makbul pada masa terbaik ditentukan-Nya jua.
Semoga bermanfaat. Jika anda rasa doa Robithoh ini memberikan manfaat kepada anda dan dan orang sekeliling anda.. kongsikanlah agar ianya menjadikan kehidupan mereka juga berubah dari yang tidak baik ke arah lebih sempurna.
Kahwin Biarlah Diri Kita Dan Pasangan Yang Betul-Betul Bersedia. Bukan Disebabkan Desakan Orang

Sebenarnya tiada jawapan yang tepat tentang bila waktu yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Adakah kahwin muda atau awal itu lebih baik berbanding kahwin lambat? Yang menilainya hanyalah diri kita sendiri kerana kita yang tahu apa yang terbaik buat diri dan masa depan kita.
Pandangan secara peribadi, sebuah perkahwinan itu bukanlah sekadar si isteri mengurus suami serta anak-anaknya. Sekarang ini zaman semakin berkembang dan kos sara hidup juga semakin meningkat. Sekarang kalau mengurus rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya si suami juga boleh buat. What I want to say here is.. bukan tugas isteri sahaja yang mengurus rumah tangganya. Suami juga harus sama-sama memainkan peranan.
Kalau nak kata tugas suami adalah untuk mencari nafkah. Yang itu sudah tentu. Tetapi zaman sekarang ada pasangan yang sama-sama bekerja semata-mata mahu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan isteri sahaja yang harus menguruskan the whole thing.

What I think about marriage? When I think about marriage, I think about pilot and co-pilot.
pasangan suami isteri boleh jadi team partner. Pilot tetap seorang suami kerana dia merupakan imam dan ketua dalam rumah tangga, manakala co-pilot adalah isterinya. Walaupun suami yang membuat keputusan dalam sesuatu hal, tetapi dia juga haruslah menghormati isterinya, selalu menjadi pendengar yang baik, tidak boleh meremehkan isterinya, memahami antara satu sama yang lain, compromise, belajar untuk mengalah dan saling menginspirasi antara satu sama yang lain. Sebenarnya perkahwinan itu lebih daripada itu.
Bila waktu yang terbaik untuk mendirikan rumah tangga?Sebenarnya pertanyaan ini hanya diri kita sendiri yang ada jawapannya. Bukan ibu bapa, kawan-kawan, pakcik makcik bawang, sepupu dan bukan netizen. Hidup itu bukan satu perlumbaan, you are not racing with anybody. Misalnya kalau aku lihat ramai sekarang kawan yang seumur aku telah berkahwin. I don't have to do with the same thing. You don't have do to what everyone else is doing.
Kalau ada yang berkata "Orang lain dah kahwin, kau bila lagi?" You don't have to worried about it. Apa yang aku hadapi ataupun kalian hadapi sekarang ini adalah perkara biasa yang ramai anak muda sedang lalui. Perasaan takut ketinggalan menyebabkan segelintir orang membuat keputusan untuk berkahwin juga. It is not a shame to be a single. If you are in relationship you don't have to push your partner to get married as well.
Tak semestinya kawan yang lain dah berpunya dan berpasangan kita pun perlu ikut sama. Lain orang lain caranya. Ada orang umur 20 tahun sudah matang dan berasa mereka sudah bersedia secara lahir dan batin untuk mendirikan rumah tangga. Ekonomi dan mental juga stabil, so they decided to get married as soon as possible. Ada juga orang yang umur 24 tahun masih main-main. Belum puas enjoy. Mahu membina kerjaya yang stabil. Mahu mengejar cita-cita dan sebagainya. Ada juga orang yang berfikir bahawa waktu yang tepat untuk berkahwin ialah pada umur 30 tahun.

Ramai yang kata kalau umur 30 tahun itu adalah terlalu lewat untuk wanita mendirikan rumah tangga. Kalau lelaki kahwin lewat itu tak apa. Alasan yang selalu kita dengar kerana gap antara anak dengan ibu yang terlalu jauh sekiranya kahwin pada usia 30-an. Ramai juga yang tidak terfikir bahawa rezeki anak itu ALLAH sahaja yang tahu. Kahwin hari ini belum tentu dikurniakan cahaya mata. As long as what you are doing is right, then go ahead do it. Andai ditakdirkan aku berkahwin pada umur 30 it's okay kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu bila waktu yang tepat dan sesuai untuk jodoh itu datang.
Pandangan tentang orang yang nikah muda. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ada orang yang umurnya walupun kelihatan muda tetapi dia sudah bersedia secara lahir dan batin untuk menjadi seorang suami atau isteri. Menurut aku, sebelum berkahwin itu, kita haruslah mempunyai rujukan yang cukup daripada pelbagai orang. Minta pendapat ibu bapa sendiri tentang apa sebenarnya perkahwinan itu? Boleh minta pendapat dengan orang yang baru 2 tahun berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin bertahun-tahun. Dengarkan pengalaman dan cerita mereka kerana di sana kita mungkin akan dapat beberapa nasihat yang penting tentang rumah tangga.
Tak semestinya kawan yang lain dah berpunya dan berpasangan kita pun perlu ikut sama. Lain orang lain caranya. Ada orang umur 20 tahun sudah matang dan berasa mereka sudah bersedia secara lahir dan batin untuk mendirikan rumah tangga. Ekonomi dan mental juga stabil, so they decided to get married as soon as possible. Ada juga orang yang umur 24 tahun masih main-main. Belum puas enjoy. Mahu membina kerjaya yang stabil. Mahu mengejar cita-cita dan sebagainya. Ada juga orang yang berfikir bahawa waktu yang tepat untuk berkahwin ialah pada umur 30 tahun.
Ramai yang kata kalau umur 30 tahun itu adalah terlalu lewat untuk wanita mendirikan rumah tangga.
Ramai yang kata kalau umur 30 tahun itu adalah terlalu lewat untuk wanita mendirikan rumah tangga. Kalau lelaki kahwin lewat itu tak apa. Alasan yang selalu kita dengar kerana gap antara anak dengan ibu yang terlalu jauh sekiranya kahwin pada usia 30-an. Ramai juga yang tidak terfikir bahawa rezeki anak itu ALLAH sahaja yang tahu. Kahwin hari ini belum tentu dikurniakan cahaya mata. As long as what you are doing is right, then go ahead do it. Andai ditakdirkan aku berkahwin pada umur 30 it's okay kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu bila waktu yang tepat dan sesuai untuk jodoh itu datang.
Pandangan tentang orang yang nikah muda. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ada orang yang umurnya walupun kelihatan muda tetapi dia sudah bersedia secara lahir dan batin untuk menjadi seorang suami atau isteri. Menurut aku, sebelum berkahwin itu, kita haruslah mempunyai rujukan yang cukup daripada pelbagai orang. Minta pendapat ibu bapa sendiri tentang apa sebenarnya perkahwinan itu? Boleh minta pendapat dengan orang yang baru 2 tahun berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin bertahun-tahun. Dengarkan pengalaman dan cerita mereka kerana di sana kita mungkin akan dapat beberapa nasihat yang penting tentang rumah tangga.

Kadang kala kita ini terpedaya oleh pandangan mata kasar orang yang berkongsi kebahagiaan dalam rumah tangga. Bukan aku kata orang yang dah kahwin ini tidak bahagia, tetapi kita tidak tahu sebenarnya apa cabaran dalam perkahwinan itu sehinggalah kita sendiri yang mengalaminya. Dalam kebahagiaan itu pasti ada ups dan downs. Sangat sedikit sekali orang yang menceritakan sudut pandangan negatif yang pasangan sudah berkahwin alami.
Ia bukanlah suatu tindakan untuk menakutkan orang lain tentang perkahwinan tetapi secara tidak langsung merupakan pertanyaan yang harus dilontarkan kepada diri bahawa sudah bersediakah aku untuk hadapi semua itu suatu hari nanti? Ini baru pandangan secara umum, belum lagi masuk tentang parenting, hal berkaitan anak-anak, karenah pasangan, kepimpinan suami dalam membimbing isteri, dan ketaatan isteri terhadap suami. Banyak lagi yang harus diperbaiki dalam diri sekiranya kita inginkan sebuah perkahwinan yang diberkati oleh ALLAH.
Bagi aku kahwin itu biarlah diri kita dan pasangan sudah betul-betul bersedia. Bukan disebabkan tekanan daripada orang lain yang bertanya berulang-kali bila mahu berkahwin. Hal ini kerana kalau kita sendiri menghadapi masalah dalam rumah tangga, yang menghadapi masalah tersebut adalah diri kita sendiri serta pasangan. Orang yang beri tekanan untuk memaksa kita untuk berkahwin itu tidak akan masuk campur pun dalam hal-hal rumah tangga.
FOTO HIASAN : TANGKAPPICTURES
Tinggal Isteri Tanpa Nafkah, Suami Boleh Jatuh Talaq? Ini Jawapan Mufti

Soalan: Apakah hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafqah dan apakah status perkahwinan itu bercerai atau tidak?
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri–isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(Surah al-Nisa’: 19)
Ini menunjukkan bergaul dnegan cara baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri adalah satu kewajipan. Juesteru pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah maka hukumnya haram dan berdosa. Kami tegaskan di sini bahawa ijma’ ulama’ bersepakat menyatakan bahawa suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya dengan syarat-syarat tertentu.
Dalil Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Hal ini berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran
Firman Allah SWT:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’, 4:34)
Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.
Begitu juga firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah, 2:233)
Al-Sunnah
Daripada Jabir RA, katanya:
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.”
Riwayat Muslim (1218)
Hikmah Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Kami nyatakan di sini juga hikmah di sebalik kewajipan nafkah:
Kehidupan berumahtangga mesti dibina atas satu daripada tiga asas yang berikut:
- Suami bertanggungjawab mengetuai rumahtangga dan memberi nafaqah kepada isteri dan anak-anak.
- Isteri mengambil alih semua tanggungjawab tersebut menggantikan tanggungjawab duit.
- Suami isteri bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mencari harta dan memberi nafaqah.
Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika ditinggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariat Islam, lalu mengambil asas yang kedua dan ketiga?
Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut, iaitu:
1. Ia melibatkan masalah mas kahwin, iaitu sama ada perempuan bertanggungjawab memberi mas kahwin semuanya kepada lelaki atau mereka bersama-sama bertanggungjawab menyediakan mas kahwin.
Kesan yang pasti berlaku hasil daripada keadaan ini ialah perempuan akan keluar mencari pasangan lelaki untuk dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan menjadikan lelaki mencari perempuan untuk dijadikan isteri.
Hal ini kerana orang yang memberi mas kahwin itulah yang sepatutnya mencari penerimanya. Sekiranya keadaan ini berlaku, perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah penipuan dan pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang boleh diharapkan dan mampu memberikan perlindungan.
2. Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Jika ini berlaku, golongan perempuan pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu.
Kesannya, rumahtangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah dan kacau bilau.
3. Jika rumahtangga dibina atas satu daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di tangan isterisama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa. Dalam perbincangan tajuk telah dinyatakan bahawa terdapat hikmah yang amat besar apabila hak berada di tangan suami.
Berkenaan dengan status perceraian ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah. Kami syorkan dalam isu seperti ini hendaklah rujuk kepada mahkamah syariah. Semoga Allah kurniakan rumah tangga kita semua menjadi baiti jannati. Amiin.
Sumber : Mufti Wilayah Perseketuan
Bakal Pengantin, Ini Checklist Dulang Hantaran Yang Perlu Tahu

Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.