
Antaranya, jangan pernah melupakan untuk senantiasa mendoakan suami atah isteri tercinta agar terhindar dari godaan di luar dan perbuatan maksiat. Jangan pernah bosan untuk berdoa dan memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan rumah tangga menjadi lebih baik lagi.
Oleh kerana itu, bacalah doa ini setiap saat, terutama setelah melaksanakan solat:
“Allahumma innaa nas-alukat taubata wa dawaamahaa wa na’uudzu bika minal ma’shiyyati wa asbaabihaa wa dzakkirnaa bil khaufi minka qabla hujuumi khatharaatihaa wahmilnaa ‘alan najaati minhaa wa minat tafakkuri fii tharaaiqihaa wamhu min quluubinaa halaawata majtanainaahu minhaa wastabdilhaa bil karaahati lahaa wath thama’i limaa huwa bidhiddihaa.”
Artinya: “Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu petunjuk sehingga kami senantiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya.”
Demikianlah informasi doa yang dibaca agar suami atau isteri tidak tergoda dengan wanita atau lelaki lain dan terhindar dari maksiat. Jika anda seorang isteri, sudah selayaknya selalu mendoakan suami agar mendapatkan kebaikan di dalam rumah tangga. Selain itu, dengan senantiasa berdoa akan membuat hati menjadi lebih tenang kerana selalu ingat kepada Allah SWT.
Bilik Tidur Adalah Privasi Suami Isteri, Anak-Anak Kena Diajar Adab Supaya Tak Masuk Suka Hati

APABILA ANDA BERDUA TELAH MENJENGAH MASUK KE ALAM PERKAHWINAN, PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA TAHU MENGHORMATI ADAB DAN TATASUSILA TATKALA INGIN MASUK KE BILIK TIDUR ANDA. APATAH LAGI APABILA BERADA DI RUMAH ORANG LAIN. ADAB INI PERLU DITERAPKAN SEJAK MEREKA KECIL LAGI. INI PERKONGSIAN MENGENAI ADAB YANG SERING KALI KITA ANGGAP REMEH, NAMUN IA SANGAT MEMBERI IMPAK.
Menerusi akaun Facebook, saudari Syida Musa telah berkongsi isu menjaga ‘privacy’ bilik tidur pasangan suami isteri dari dicerobohi. Semoga perkongsian beliau menjadi pengajaran untuk kita.
” Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Org lain boleh guna bilik tetamu / bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pejabat agama.
Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.
Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.
Perkongsian bersama… ”
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat saudari Syida Musa. Antara komen-komen netizen :
” Rumah saya sendiri, saya sediakan bilik untuk ibu ayah saya. Walaupun ibu ayah tak selalu datang tapi saya pun jarang2 masuk dalam bilik tu sebab privasi dorang walaupun rumah saya sendiri. Agak kurang ajar juga kalau masuk bilik orang lebih2 lagi suami isteri.. “
” Alhamdulillah mmg dididik dr kecil, jika pergi ke rmh org..malahan rapat sekalipun, bilik kelamin dilarang masuk.. Tq mak.. “
” Islam itu indah..memang dalam islam pun dh diajar bab adab, adab nak masuk bilik mak ayah pun kna mnta izin..dan ada waktu yg dilarang masuk, waktu subuh, waktu tenga hari..elpas isyak, kecuali dgn izin tuan blik.. “
” Mmg itulah yg telah dididik oleh ibu saya sejak dr kecil…pantang tok nenek masuk bilik mak ayah tanpa kebenaran. “
”Bilik mmg hak privacy..sbb tu sy smp skrg nk msk blk mak n abh mesti ketuk pntu n bg salam…tny dulu blh masuk ke x… dn cuba ajr ank2 sy buat benda yg sama. Larang ank2 sy main dlm blk ble smp rumah owg.. “
Semoga selepas ini ibu bapa di luar sana berpesan terutama sekali kepada anak-anak mereka supaya tidak memasuki bilik tidur orang lain tanpa kebenaran si pemilik. Semoga menjadi pengajaran buat semua.
Sumber : FB Syida Musa
Elak Masalah Timbul, Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu Ujian Kesihatan Sebelum Langsungkan Perkahwinan!

Ujian kesihatan pra-nikah atau yang juga dikenal dengan pre marital check up perlu dijalani bagi mereka bakal pengantin. Sebahagian merasa takut untuk memeriksakan kesihatan kerana bimbang akan mendapatkan penyakit yang akan diderita dan sebahagian lagi kerana belum mengetahui akan pentingnya ujian kesihatan pra-nikah ini.
Sebaiknya anda perlu segera melakukan ujian kesihatan pra-nikah untuk menghindari permasalahan di masa akan datang. Idealnya pemeriksaan kesihatan ini dilakukan satu bulan sebelum anda melangsungkan hari perkahwinan.
Bagi anda yang ingin melakukan ujian kesihatan pra-nikah, anda perlu tahu beberapa ujian kesihatannya.
Melakukan pemeriksaan komponen darah dan golongan darah
Secara umum, pemeriksaan ini akan mengetahui tentang komponen darah anda dari apakah anda menderita anemia, leukimia, hidrasi, dehidrasi ataupun sekadar mengetahui kesesuaian jenis darah anda. Jika dilakukan secara rutin, tentu manfaat yang akan anda dapatkan banyak.
Pemeriksaan urin
Menerusi pemeriksaan urin, doktor akan dapat mengesan penyakit metabolik atau sistemik yang terjadi pada ginjal anda. Biasanya , jika anda kekurangan minum dan selalu menahan kencing maka risiko penyakit yang kamu derita akan tinggi. Tentunya hal ini akan mempengaruhi nantinya jika anda mengalami kehamilan dan keadaan buah pinggang anda. Makanya, lakukan pola hidup yang sihat, rajin minum air putih dan jangan menahan kencing agar tidak memudaratkan kesihatan.
Mengesan penyakit seks menular
Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel darah kamu, lalu hasilnya akan dapat diketahui dengan reaksi dari antibodi yang anda hasilkan. Hasil dari ujian ini juga dapat mengetahui apakah anda menderita beberapa penyakit seperti HIV, malaria ataupun sifilis.
Mengesan kemungkinan terkena infeksi hepatitis
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mencegah jangkitan hepatitis B kepada pasangan melalui hubungan seksual, dan beri kesan buruk kepada janin seperti cacat dan kematian akibat penularan kongenital sepanjang kehamilan.
Mengesan penyakit kelainan pada bayi yang nanti akan lahir
Penyakit kelainan merupakan hal yang mengerikan yang tentunya harus anda ketahui sejak awal. Agar itu tidak terjadi, segera lakukan pemeriksaan awal terhadap berbagai kemungkinan penyakit ketika masa awal kandungan. Maka risiko kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang ataupun berbagai macam penyakit bawaan lainnya dapat anda hindari.
Pemeriksaan pada bahagian organ reproduksi
Dalam sebuah perkahwinan, memiliki keturunan ialah suatu hal yang menjadi dambaan setiap pasangan. Agar memiliki keturunan yang baik, tentunya keadaan alat reproduksi anda harus baik pula. Lakukanlah pemeriksaan rutin pada organ reproduksi anda untuk mengetahui keadaan rahim, saluran telur, dan bahagian sekitar tiub fallopian. Sementara untuk mempelai lelaki, keadaan penis, skrotum, prostat dan hormon FSH sangat penting untuk diperiksa.
Beberapa tahap ujian kesihatan pra-nikah di atas merupakan gambaran daripada pemeriksaan yang nantinya akan anda dapatkan. Mengingat pentingnya pemeriksaan ini, maka sebaiknya anda wajib lakukan segera demi untuk kesihatan di masa hadapan.
Isteri Hamil 6 Bulan Dikuarantin Gara-Gara Pesakit Positif COVID-19 Yang ‘Selfish’!

Hari ini sudah masuk hari ketiga perintah kawalan pergerakan dijalankan dan diharapkan orang ramai lebih akur dengan arahan ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Kesedaran tentang kepentingan perintah kawalan pergerakan ini masih perlu ditingkatkan kerana masih ramai yang tidak mempedulikan arahan ini dan masih berdegil serta keras kepala.
Lebih memilukan apabila seorang isteri yang sedang hamil 6 bulan terpaksa dikuarantin kerana disyaki dijangkiti COVID-19. Wanita bernama Alliana Alaudin ini merupakan seorang Juru X-ray di Hospital Serdang.

Menerusi perkongsian di Facebook, Khairul Azman Rosli yang juga merupakan suami kepada Alliana menceritakan punca bagaimana isterinya itu telah ditahan di dalam wad dan dikuarantin. Yang lebih membimbangkan adalah isterinya kini sedang hamil 6 bulan. Semuanya gara-gara pesakit COVID-19 yang pentingkan diri!
Guna Mesin X-ray Pesakit COVID-19
Ramai yang tanya mcm mana Alliana Alaudin boleh kena kuarantin. Macam ni cerita dia.
Alliana Juru X-ray Hospital Serdang, dia ada guna mesin X-ray yang baru lepas guna untuk pesakit demam.
Pesakit tu dah pergi check dah kat tempat lain, dah confirm covid tapi dia boleh pergi Hospital Serdang pula. Masa masuk Hospital Serdang dia tak bagitahu pun dia dah check +ve.
Masa sampai Serdang, pesakit tak bagitahu dia +ve. Dah buat X-ray semua baru dapat tau yang dia +ve Covid19.
Sekarang ni Alliana dikuarantin kat Sungai Buloh senang untuk monitor sebab Alliana pregnant 6 bulan.

Menurut cerita suaminya, seorang pesakit yang positif COVID-19 telah datang untuk melakukan X-ray di Hospital Serdang. Kemudian, isterinya telah menggunakan mesin X-ray yang sama digunakan oleh pesakit tersebut.
Si isteri langsung tidak tahu tentang pesakitnya yang telah disahkan positif COVID-19 kerana pesakit tidak memberitahu kepada pihak hospital. Akhirnya, si isteri yang sedang hamil 6 bulan itu terpaksa dikuarantinkan kerana disyaki dijangkiti virus itu.
Dah Sakit Jangan Tak Mengaku
Sama-sama la kita jaga diri. Doakan Nurul Alliana Alaudin dan baby dalam kandungannya baik dan harap result -ve.
Kepada yang mana ada tanda-tanda virus covid ni, pergilah check di hospital terdekat. Jangan tidak mengaku (tolong lah) staf hospital pun ada family dan berjuang untuk atasi virus ni. So TOLONGLAH bagi kerjasama.
Sekarang ni wife saya kena dan saya harap orang kat luar sana ambil berat pasal situasi kita sekarang.

Sementara itu, Khairul turut mengharapkan agar orang ramai mendoakan isteri dan bayi di dalam kandungan baik-baik dan negatif COVID-19. Khairul juga sempat berpesan kepada anda di luar sana yang mempunyai tanda-tanda di jangkiti virus ini segera ke hospital untuk pemeriksaan. Berilah kerjasama dalam mengatasi virus ini di Malaysia.
Sumber: Khairul Azman Rosli