
Tak faham jenis orang yang dah berkahwin tapi masih nak test market dengan kawan-kawan sepejabat mahupun masih menggunakan aplikasi dating sosial untuk mencari teman. Apa yang kurangnya pasangan anda sehingga rasa tidak cukup dan mahukan yang lain. Kalau rasa pasangan anda tidak menepati cita rasa, mengapa mengikat tali perkahwinan, lebih baik teruskan hidup penuh dosa anda itu tanpa melukakan hati sesiapa. Ingatlah dosa menduakan pasangan.
Tip 1 : Jangan ada mesej personal
Tidak kira suami atau isteri jauhi mesej personal kepada rakan berlainan jantina atas perkara yang remeh. Apatah lagi untuk seronok dan suka-suka.Jika ada urusan kerja atau bisnes sila telefon secara terbuka.Luar dari itu adalah pantang nenek moyang. Siapa langgar dia salah. Siapa layan dia salah. Ingat dua-dua jadi orang bersalah.
Tip 2: Jangan rahsiakan status perkahwinan
Kalau sudah sudah berkahwin apa perlu dirahsiakan.Status perkahwinan perlu jelas.Mereka yang masih solo pun buat apa malu untuk hebahkan. Ramai mencari peluang.Mungkin peluang untuk berkawan dan berkenalan.Ada yang niat baik.Tidak terkecuali untuk niat yang kurang baik.
Tersalah info boleh menjurus kepada isu skandal.Lebih melarat jika hubungan demikian semakin menjadi-jadi. Rosak rumahtangga. Anak-anak menjadi mangsa.
Salah siapa ? Jangan tuding pada orang lain. Tuding kepada diri sendiri yang memancing minat orang lain untuk menjalin skandal. Pintu sudah dibuka. Si pencuri masuk. Mereka curi hati dan hancurkan rumahtangga.
Tip 3: Jangan dedahkan masalah rumahtangga
Inilah topik paling disukai.Soal jaga tepi kain orang lain adalah soal sensasi.Orang suka untuk tahu masalah kita.Mereka berebut menjadi pakar kaunseling. Ada di antara mereka suka mengangguk air yang keruh.Peluang terbentang di depan mata.Kesempatan begini jarang dipersiakan. Dari sini wujudnya pasangan skandal untuk meluahkan masalah.Mereka mendapat perhatian.Mereka leka dan hanyut dalam kemelut emosi yang serong.
Kesannya rumahtangga terus bergolak. Retak menanti belah.

sekarang!
