Tak faham jenis orang yang dah berkahwin tapi masih nak test market dengan kawan-kawan sepejabat mahupun masih menggunakan aplikasi dating sosial untuk mencari teman. Apa yang kurangnya pasangan anda sehingga rasa tidak cukup dan mahukan yang lain. Kalau rasa pasangan anda tidak menepati cita rasa, mengapa mengikat tali perkahwinan, lebih baik teruskan hidup penuh dosa anda itu tanpa melukakan hati sesiapa. Ingatlah dosa menduakan pasangan.
Tip 1 : Jangan ada mesej personal
Tidak kira suami atau isteri jauhi mesej personal kepada rakan berlainan jantina atas perkara yang remeh. Apatah lagi untuk seronok dan suka-suka.Jika ada urusan kerja atau bisnes sila telefon secara terbuka.Luar dari itu adalah pantang nenek moyang. Siapa langgar dia salah. Siapa layan dia salah. Ingat dua-dua jadi orang bersalah.
Tip 2: Jangan rahsiakan status perkahwinan
IKLAN
Kalau sudah sudah berkahwin apa perlu dirahsiakan.Status perkahwinan perlu jelas.Mereka yang masih solo pun buat apa malu untuk hebahkan. Ramai mencari peluang.Mungkin peluang untuk berkawan dan berkenalan.Ada yang niat baik.Tidak terkecuali untuk niat yang kurang baik.
Tersalah info boleh menjurus kepada isu skandal.Lebih melarat jika hubungan demikian semakin menjadi-jadi. Rosak rumahtangga. Anak-anak menjadi mangsa.
Salah siapa ? Jangan tuding pada orang lain. Tuding kepada diri sendiri yang memancing minat orang lain untuk menjalin skandal. Pintu sudah dibuka. Si pencuri masuk. Mereka curi hati dan hancurkan rumahtangga.
IKLAN
Tip 3: Jangan dedahkan masalah rumahtangga
Inilah topik paling disukai.Soal jaga tepi kain orang lain adalah soal sensasi.Orang suka untuk tahu masalah kita.Mereka berebut menjadi pakar kaunseling. Ada di antara mereka suka mengangguk air yang keruh.Peluang terbentang di depan mata.Kesempatan begini jarang dipersiakan. Dari sini wujudnya pasangan skandal untuk meluahkan masalah.Mereka mendapat perhatian.Mereka leka dan hanyut dalam kemelut emosi yang serong.
IKLAN
Kesannya rumahtangga terus bergolak. Retak menanti belah.
Skandal adalah kesilapan yang jelek
Skandal adalah pilihan dan bukan kebetulan. Benda boleh elak mengapa dibiarkan. Tiada masalah cari masalah. Tolonglah ya.Kita nak hidup bahagia dengan cara yang betul.Kita nak gembira dengan cara yang lurus.Kita mahu berada dilandasan yang benar.
Bukan hidup dalam ketakutan dan rasa bersalah yang tiada ada kesudahan.Lebih baik mengelak dari cuba terjebak.Saya percaya mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila sudah parah memang susah. Diakui susah untuk membaiki kesilapan lalu. Kepercayaan hanya sekali. Hilang percaya tiada peluang kedua. Umpama luka. Sembuh di luar namun masih berparut di dalam.Itu lumrah dunia. Namun tidak semua. Ada yang boleh menerima dan melupakan kisah silam.
Umur makin meningkat tapi diri masih lagi bersendiri. Bukan tak berusaha tapi semuanya menemui jalan buntu. Kawan-kawan serta keluarga kamu pula rasa mereka lebih tahu kenapa kamu masih solo. Penulis dari Amerika Syarikat, Sara Eckel mengupas enam ayat paling didengari daripada mulut-mulut mereka yang single ini.
Terlalu Intimidating
Mungkin ada sesetengah daripada kamu agak kabur maksud intimidating. Ringkas cerita, kamu ini dianggap ‘terlalu berdikari’. Contohnya kamu mempunyai kerjaya yang hebat, memiliki sebuah rumah dan beberapa kereta. Kebetulan pula, kamu suka makan bersendirian di restoran mewah. Kamu gembira dengan kehidupan dan menikmatinya. Tetapi lelaki di sekeliling melihat, gaya hidup kamu itu membuatkan lelaki takut kerana memikirkan kamu mungkin tidak ada masa untuk mereka. Lelaki suka perempuan yang lemah dan needy. Oh tidak! Kamu baru nak senang-lenang, tetapi ada pula yang memberitahu apa yang kamu miliki itu mungkin jadi penghalang untuk peroleh cinta.
Sangat Memilih
“Kamu sangat memilih.” Ini adalah jawapan favourite apabila ditanya tentang apa kawan dan keluarga katakan mengenai status solo kamu. Ia adalah tuduhan paling selamat kerana sudah tentu susah untuk kamu buktikan sebaliknya. Ada satu sebab kenapa kamu dapat banyak feedback. Kamu yang cari pasalatau banyak ‘merengek’ hinggakan kawan-kawan terpaksa ‘reka’ satu alasan. Jalan penyelesaian: Tidak perlu cerita apa-apa. Lebih baik kamu percayakan pandangan diri sendiri daripada views 12 teman rapatmu. Kamu tidak perlu jelaskan sebab kenapa kamu tak mahu keluar dengan seseorang lelaki yang dikenali selepas pertemuan pertama.
Tak Pandai Rancang Strategi
Kenyataan: lelaki dan wanita mahu benda sama iaitu insan untuk dicintai. Jadi, bagaimana nak tahu jika kamu sedang beralasan untuk lelaki yang memang menjengkelkan atau terlalu kasar kepada lelaki baik tapi jenis pelupa. Well, peganglah pada kata-kata “How does he make you feel?” Adakah alasan daripada lelaki itu buatkan kamu percaya atau adakah ia buat alat penggera dalamanmu berbunyi?
Kamu Patutnya Dah Kahwin Dengan Mamat Tu
Selalu dengar kan ayat di atas. Contoh situasi Julia. Apabila dia putuskan hubungan dengan Faris, ibu dan adiknya menyatakan dia meletakkan harapan terlalu tinggi pada perhubungan. Well, mungkin Faris lelaki yang baik dan sebab itulah Julia bersamanya selama dua tahun. Namun bagi Julia, dia langsung tak rasa the spark (if you know what i mean), sebab itulah dia putuskan hubungan. Pelik bukan? Dalam masa yang sama, wanita diharapkan untuk jadi superhuman – menyeimbang sisi yang seksi tetapi perlu tampak sederhana, berdikari dan masih perlukan perlindungan – dan juga kena bersyukur walau sekelumit tumpuan yang lelaki berikan. Bagaimana jika dia berperangai sebaliknya? Wanita kena terima saja?
P/S: Jika kamu dipersoal, katakan “Siapa tahu mungkin perkahwinan itu akan berakhir dengan perceraian. Saya tak nak begitu.”
Sangat Mudah Didekati
Kamu menjalinkan hubungan namun tidak pernah berpanjangan. Satu berakhir selepas tiga tahun manakala yang lain hanya bertahan tiga hingga ke enam bulan saja. Jadi, kamu meminta pandangan / nasihat daripada kawan yang sudah berkahwin. Jawapan yang dapat: “Kamu ni mudah jatuh cinta, too available dan tak tahu main tarik tali.”
Alahai…dan kamu pula, menerimanya dengan redha. Dan lagi, nasihat panduan percintaan yang klasik: Jika kamu sayangkan seseorang, jangan sampai dia tahu. Biar dia tertanya-tanya, kerana lelaki suka memburu.
Hello ladies, bitchiness adalah keyakinan yang palsu. Membuat seseorang rasa insecure, menahan diri dari tunjuk baik – itu bukan cara orang berkeyakinan. Cuba ingat kembali kepada kebanyakan self- assured people yang kamu kenal? Ada tak mereka memperlekehkan kamu? Dan cuba fikirkan reaksi kamu apabila dapat naik pangkat atau dipuji cantik. Adakah ia membuat kamu rasa besar kepala atau kamu balas dengan pujian “Kamu pun apa kurangnya?”
Banyak Songeh
Fobia dengan komitmen? Takutkan intimasi? Terlalu rapat dengan ayah? Jika kamu wanita solo yang tak mahu kekal solo, senarai tuduhan kamu jauh lebih panjang. Tak salah kalau nak langsaikan dilema itu. Cuma masalah akan timbul bila kamu cuba nak selesaikan isu tadi sebagai syarat untuk mencari cinta. Let’s face it: jika semua orang perlu mengetepikan bebanan psikologi sebelum mencari pasangan, pasti ramai lagi insan yang sendirian di dunia ini.
Ya, sudah tentu ada dilema emosi – daripada takut nak luahkan perasaan kepada masalah personaliti serius – yang menjadi penghalang kepada perhubungan yang baik. Fikirkannya begini: Bagaimana jika isu itu hanya wujud dalam fikiran kamu saja dan sebenarnya tak menjadi penghalang pun? Apa kata kamu berhenti percaya yang kamu kurang keyakinan diri atau hanya mahukan jejaka nakal sebagai pasangan.
Ramai wanita hari ini memiliki rambut yang nipis, sehinggakan sukar untuk digayakan dan ia sememangnya mengecewakan. Ada juga yang hilang keyakinan diri sehingga membuatkan hari-hari dilalui kurang bermakna. Pelbagai faktor boleh dijadikan punca masalah rambut nipis berlaku. Sama ada membabitkan faktor genetik, perubahan cuaca atau sebagainya, ia adalah antara masalah paling besar dan digeruni wanita.
Cuba banyak cara
Bagi yang bertudung, ia mungkin boleh dijadikan jalan untuk menutup ‘kecacatan’ pada rambut memandangkan hijab menutup seluruh bahagian kepala. Namun, ia tidak mampu menyelesaikan masalah dihadapi.
Bagi yang berdepan masalah rambut nipis, banyak cara dicuba, antaranya mengikat rambut lalu dibiarkan semalaman dengan harapan rambut akan menebal dan kelihatan menawan selepas bangun daripada tidur.
Bagaimanapun, ia hanyalah sia-sia. Tanpa rawatan perubatan, rambut tidak akan menebal, sebaliknya boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih serius.
Beri kesan buruk
Jika seseorang itu sering mengikat rambut dalam tempoh lama, banyak kesan buruk boleh terjadi, antaranya alopecia. Alopecia adalah masalah keguguran rambut paling ditakuti wanita sehingga boleh menyebabkan kepala seseorang itu botak.
“Mengikat rambut pada waktu malam misalnya, menjadikan ia kurang rehat dan menerima tekanan yang kuat akibat ikatan dalam tempoh lama.
“Rambut seharusnya dibiarkan terlerai supaya bebas daripada sebarang aktiviti dan dapat tumbuh subur pada waktu malam. Mandi menggunakan air panas secara kerap juga boleh menyebabkan rambut menipis dan terus gugur dengan tidak terkawal.
“Air panas boleh menyebabkan air dalam kulit kepala hilang, seterusnya menjadikan rambut kering dan rapuh.
“Akar rambut juga akan cepat rosak jika selalu terdedah kepada air panas ketika mandi. Oleh itu, elakkan mandi menggunakan air panas bagi menjadikan kulit kepala terus lembap.”
Amal diet bersesuaian
Mengamalkan diet yang salah juga mempengaruhi proses memperbaiki struktur rambut dan menjadikan tubuh kekurangan nutrien penting yang diperlukan sehari-hari.
“Antara nutrien penting yang diperlukan tubuh kita adalah protein. Jika ia berkurangan, tubuh akan mengambil protein yang ada pada rambut dan membuatkan ia tidak dapat tumbuh subur lalu menjadi nipis hari demi hari.
“Walaupun seseorang itu dalam program diet, mereka tetap perlu mematuhi keperluan nutrien setiap hari bagi mengelakkan komplikasi.
“Makanan yang kaya dengan protein seperti ikan dan kekacang mampu membantu mengekalkan rambut supaya terus tebal dan terhindar daripada masalah keguguran.”
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan larangan mengadakan kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan sesuai arahan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara susulan penularan COVID-19.
JAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di Selangor perlu mengikuti tatacara pelaksanaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula tengah malam ini hingga 31 Mac.
“Majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.
“Majlis akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan,” kata kenyataan itu.
Perjalanan majlis akad nikah haruslah tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah nikah.
“Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan,” kata JAIS.
Selain itu, langkah-langkah keselamatan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dipatuhi, termasuk berkaitan penyediaan cecair pencuci tangan, topeng muka dan jarak keselamatan antara individu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac ini, di seluruh negara, bagi membendung penularan COVID-19.
Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.