Baginya komunikasi adalah asas dalam rumah tangga. Jadi balik je dari kerja lepas settle anak-anak, masak, basuh bajuh apa semua, cuba audit diri kita bersama. Berhenti menyalahkan pasangan walau apa pun puncanya.

Nak ubah sesuatu terutama kebahagiaan dan kewangan keluarga kita perlu bermula dari kita sendiri, bukan dengan melihat kelemahan orang. Ini perkongsian Mizan Dzai:

1. Sering bergaduh

Bergaduh sesama suami isteri lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, itulah asbab rezeki disekat.

IKLAN
Foto: Tangkap Pictures

2. Merungut dan merasa anak adalah beban

Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana anak adalah rezeki Allah. Ibu bapa perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan merasa terbeban.

3. Mengeluh dengan apa yang dimiliki

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyyukur dengan apa yang ada tidak kira banyak atau sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

IKLAN

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak

Jangan berkira-kira mempermudahkan hal yang baik untuk keluarga. Perlu ada tolak ansur sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

Foto: Tangkap Pictures

5. Gagal mengawal emosi marah

Jangan tinggikan suara. Sebutkan kata-kata yang baik bila Bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buang cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan zahirkan layanan yang penuh mesra.

IKLAN

6. Kurang sabar

Bersabar dalam menangani kerenah suami, isteri dan anak-anak. Kadangkala ada sesuatu perkara yang kita tidak berkenan. Namun, carilah penyelesaian secara baik.

7. Kurang berdoa dan bertaqwa

Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.