
Kehidupan berumah tangga memerlukan pasangan suami isteri menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami.
Sikap seseorang individu menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Lima sikap suami ini pasti buat isteri tersenyum sepanjang masa.
1. Tidak Kedekut

Seorang isteri perlulah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.
2. Suka Memuji

Isteri pasti akan rasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakannya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang, tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.
3. Selalu Hantar Mesej Di Telefon

Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon bimbit buat isterinya. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.
BACA: Hargai Pengorbanan Pasangan Kita Sebelum Dia Menutup Mata
4. Jadi Pendengar Yang Baik

Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya tentang keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan terasa suami sangat menghargainya.
5. Gentlemen Di Tempat Awam

Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, bukakan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya. Sekali sekala, cubalah jadi ‘sweet’ sikit.
Berkahwin Bukan Sekadar Nak Tutup Kesunyian, Tapi Saling Menjaga Dan Fahami Itu Tidak Mudah

Kalau merasakan perkahwinan itu suatu yang tidak penting, anda silap. Kerana dengan berkahwinlah kita mampu melahirkan zuriat dan masyarakat Islam yang lebih berjaya kelak. Jadi ayuh berkahwin dan jangan fikir single lama-lama itu suatu yang awesome.
Hikmah perkahwinan
Sunnah para Nabi dan Rasul
Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram
Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.
Memelihara iman (penghalang maksiat)
Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta nafsu seseorang.
Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi fitnah, mengawal nafsu diri dan menjaga hak pasangan kita.
Mengikis rasa bimbang akan rezeki
Berkahwin tidak akan membuatkan kita miskin. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.
Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.
Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.
Mengembangkan keturunan
Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmurkan bumi Allah.
Mewujudkan displin
Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)
Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.
Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemarakkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.
Jangan Buruk Sangka Pada Allah Jika Tidak Bertemu Jodoh Walau Sudah Berusia 39 Tahun

4 Proses Menjemput Jodoh
Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.
Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)
- Banyakkan berdoa
Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa.
Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil.
Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.
Berdoa tiap kali selepas solat.
Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.
Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.
- Kenali tanda-tanda Allah
Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereke berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah mereka.
Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.
Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah.
Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.
- Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka terus bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.
- Lalui situasi itu
Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu.
Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang.
Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ.
Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah.
Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh.
Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi.
Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
SUMBER : akuislam.com
Cari Suami, Tengoklah Latar Belakangnya. Andai Tak Bekerja, Fikirlah Dua Tiga Kali Sebelum Decide Nak Kahwin

Sebelum berkahwin, janganlah hanya meletakkan rupa paras sebagai kayu pengukur untuk memilih pasangan. Asal nampak kacak, itulah yang direbut-rebutkan sedangkan paling utama sekali wanita perlu melihat agamanya, sifat tanggungjawabnya dan kedudukan ekonominya.
Janganlah terlalu menjadi hamba cinta. Jangan butakan mata kerana cinta. Hidup berumahtangga ni bukan untuk sehari dua tetapi ia untuk selama-lamanya. Jadi, carilah pasangan hidup yang boleh bersama-sama hidup susah dan senang dengan anda. Baca perkongsian Mohd Fadli Salleh ini.
******************************************************************
“Mak. Ayah curi tabung adik,” mengadu si anak pada si ibu dengan sayu.
“Tabung kakak pun mak,” balas si kakak.
“Tabung abang pun sama mak,” balas anak kedua.
Tiga tabung anak. Tiga-tiga dalam tong sampah. Si ibu mengeluh. Bil letrik dah merah. Surat potongan letrik dah sampai. Tertunggak lebih RM1000.
Masuk ke dapur nak jerang nasi, buka pili air. Tiada air keluar. Dah kena potong rupanya. Suaminya berjanji nak bayar, rupanya janji tinggal janji.
Bank dah telefon ansuran kereta dah 3 bulan tertunggak. Guru Kemas telefon minta bayar tunggakan yuran.
Anak sulung pula bawa balik surat jamuan akhir tahun pengawas. Kena bayar lagi. Beras kat dapur dah habis. Peti ais kosong. Susu pun sama.
Dan suami… Suaminya hanya menjadi biawak hidup di rumah. Berbulan-bulan dah tak kerja. Hampir setahun dah kalau dikira.
Sebelum ini pun sama. Semua pekerjaan, si isteri yang kena carikan. Tolong isi borang. Kena heret tangan suruh pergi temuduga.
Elok dapat kerja, buat hal. Bergaduh dengan orang itu orang ini. Main perempuan lain pula. Isteri mana nak sabar. Maka bergaduh. Bila bergaduh, bukan setakat mulut sahaja. Kaki tangan suami naik ke badan sampai lebam satu badan.
Dan… Kisah ini berulang-ulang. Berputar tanpa henti. Si ibu ini kena tanggung semuanya. Dia bukan kerja doktor. Bukan juga lawyer. Dia hanya kerani sahaja.
Gajinya bukan besar. Tapi semua benda dia kena tanggung. Semua. Termasuk duit rokok suami, duit minyak motor, duit kedai kopi.
Apa benda ni? Gila.
Serius aku cukup tak faham seorang lelaki boleh duduk saja harap isteri bagi duit. Bila tak dapat curi pula tabung anak. Ah, gila.
Aku kalau terdesak usahkan curi, minta duit isteri pun tidak walau aku tahu isteri aku ada duit. Malu. Itu maruah lelaki. Maruah suami.
Aku rela pinjam dengan kawan-kawan. Bila gaji masuk terus bayar. Usah nak minta duit isteri, nak pinjam pun tak sanggup.
Tak ada rasa bersalah langsung tak kerja nak isteri yang bertungkus lumus. Tak ada rasa berdosa ke biarkan isteri pikul segala tanggungjawab bayar itu ini?
Tak ada sekelumit rasa malu ke isteri yang biayai dan tanggung keluarga. Dan lebih memalukan, tabung anak sendiri pun sanggup dipecahkan. Sampai pernah si anak berkata pada ibu,
“Mak. Kalau ayah tak pulang lagi baik kan?”
“Mak tak pernah ajar anak-anak bencikan ayah. Tapi…”
Akak ini datang dari jauh semata-mata nak bertemu aku. Untuk sekampit beras dan barang basah supaya dapur itu berasap kembali.
Dia tertekan sangat. Suaminya langsung tidak peduli bil air dipotong dan bil api sampai surat merah. Tak pernah suami dia fikirkan yuran tadika anak, jauh sekali nak fikirkan pasal bayaran jamuan pengawas.
Semua atas pundak dia. Semua sekali.
Pernah surat saman Coway sampai di rumah. Dia tak mampu bayar dan dia sangat berharap dia dipenjarakan.
Biar lega. Biar terlerai semua masalah yang dia tanggung. Sampai tahap itu dia terfikir.
Namun bila memandang mata anak-anak, jiwanya kembali melembut.
Dia masih ibu. Dan bagaimana anak-anak ini akan survive jika dia ke dalam? Nak harapkan suami? Tak adanya…
Entahlah. Aku dah tak tahu nak cakap bagaimana lagi. Kes suami pemalas begini sangat banyak aku terima.
Kalau dia malas hanya menyusahkan diri sendiri tak apa juga. Ni habis susahkan isteri dan anak-anak, menjadi beban yang amat.
Aku tidak menggalakkan penceraian. Namun kadang-kadang melepaskan itu lebih membahagiakan. Bertahan dengan harapan pasangan berubah kadang-kadang hanya angan-angan yang tak mungkin kesampaian.
Kadang-kadang, itu jalan terbaik. Tidak terpakai untuk semua orang. Bukan juga aku tuju buat akak ini. Tapi secara umumnya, begitulah.
#DanaKITA
#MFS
– Sebuah kisah dicelah masyarakat yang padat.
HUKUM SUAMI TIDAK BEKERJA
Di dalam Surah al-Nisa’, ayat 34, Allah berfirman maksudnya “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
“Daripada Jabir RA yang diriwayatkan Muslim, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah… Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. “Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah,” katanya.