Mengenali pasangan Shaiful Khamis dan Adzleen membuatkan kita semua ‘buka mata’ bagaimana seorang lelaki normal dan seorang wanita bergelar OKU boleh meniti titik bahagia dalam perkahwinan. Jodoh dengan pasangan OKU yang istimewa.

 

Rezeki Dapat Pasangan OKU, Suami Kena Lebih ÁLERT’ Perasaan Isteri.

Perkahwinan atas dasar suka sama suka ini mula berputik apabila masing-masing bekerja dalam bidang F&B dan diperkenalkan oleh seorang teman. Asyik bertentang mata dan membalas senyuman, tentulah ada langkah seterusnya kan? Tetapi cara mereka sedikit berbeza kerana Chef Leen yang dilahirkan normal ditakdirkan bergelar insan bisu dan kurang pendengaran dek kerana demam panas ketika berusia lima tahun.

 

“Mungkin ini takdir Allah kami dipertemukan. Mula-mula jumpa dulu saya rasa terharu kerana suami pandai berbahasa isyarat dan boleh bergaul dengan kawan-kawan OKU yang lain. Suami pun nampak seorang yang jujur.” Kata Chef Leen.

 

Walaupun tidaklah pandai berbahasa isyarat tetapi bila dah mengenali isteri, dua minggu masa diambil untuk belajar bahasa istimewa ini.

Rezeki Dapat Pasangan OKU, Suami Kena Lebih ÁLERT’ Perasaan Isteri.

“Bila dah kenal isteri, terfikir juga macam mana nak kenal dan bercakap dengan isteri kalau tak pandai berbahasa isyarat. Kerana itu, saya tekad untuk belajar dari Youtube bahasa isyarat. Alhamdulillah dalam dua minggu dah okay.

 

Mula-mula saya kenal isteri saya nampak dia lain dari yang lain. Masa tu memang hati saya dah rasa suka dan tertarik. Keluarga saya pun memberikan sokongan yang sangat kuat terutamanya ayah. Tak salah untuk berkahwin dengan orang yang bukan normal seperti kita tetapi kena cuba mendalami kehidupan mereka.

 

Malah, keluarga mentua juga menerima saya seadanya. Bukan senang keluarga yang mempunyai anak OKU untuk terima orang yang normal kerana mereka pun ada kebimbangan mereka sendiri.” ujar Shaiful.

IKLAN

 

Satu perkara yang menyentuh hati adalah apabila kasih sayang mereka ini ‘diikat’ dengan satu perkara.

 

“Kami menerima satu sama lain kerana Allah Taala.”

Rezeki Dapat Pasangan OKU, Suami Kena Lebih ÁLERT’ Perasaan Isteri.

TIP MENERIMA PASANGAN HIDUP GOLONGAN OKU

 

Setiap manusia juga berbeza. Apatah lagi jika ‘dunia’ mereka tidak seperti kita. Sebagai contoh pasangan Shaiful dan Chef Leen, mereka jelas melalui perjalanan kehidupan yang berbeza. Memahami dan mendalami dunia golongan OKU perlukan sensitivity tinggi. Ini tip yang boeh anda serapkan seandainya memilih untuk berpasangan dengan golongan OKU.

IKLAN

 

BERITAHU KELUARGA

Bila kita membuat pilihan untuk menjadikan mereka pasangan hidup, utamakan keluarga dengan memberitahu mereka siapa yang bakal anda kahwini. Jelaskan kepada keluarga secara jujur kerana keluarga berhak tahu.

 

Jika ada kesempatan, bawalah pasangan anda berjumpa dengan keluarga. Berikan masa mereka berkenalan dan melihat sendiri keadaan pasangan yang bakal anda kahwini.

 

 

FAHAMI DUNIA PASANGAN

IKLAN

Golongan OKU ini lebih sensitif berbanding orang biasa. Kita perlu pandai menjaga hati mereka dan sensitivity mereka. Kalau kita jenis orang yang suka membebel, kita memang kena kawal la perangai tu. Kena belajar cool down.

 

 

JAGA AMANAH DENGAN BAIK

Allah pilih kita untuk menerima orang yang istimewa. Kita kena jaga betul-betul kerana sebuah perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi buat selama-lamanya.

 

“Saya pernah tanya pada kawan-kawan, adakah mereka boleh menerima wanita OKU sebagai teman hidup? Rata-rata jawab tak boleh dan tak mungkin keluarga mereka pun akan menerima dengan baik. Ada yang takut soal keturunan dan macam-macam lagi. Bagi saya, jodoh dan ajal semua milik Allah. Kita kena redha dan terima.” Ujar Shaiful

 

Jodoh dengan pasangan OKU adalah rahmat dari Allah. Apabila dipilih untuk menjaga mereka, janganlah disia-siakan.

 

Bila berkahwin boleh ubah diri menjadi lebih baik. Ini mungkin terbaik untuk pasangan http://www.pesonapengantin.my/bila-fokus-sama-untuk-jadi-muslim-lebih-baik-maka-mendorong-juga-menjadi-pasangan-terbaik-ruhila-majid/

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI