Sering kali kita dengar jika seseorang yang miliki wajah mirip atau seiras dengan kita, orang itu adalah jodoh kita. Malah ada orang kata, pasangan yang serasi dan bahagia itu memang mempunyai muka yang sama? Namun sejauh mana kebenaran ini?

Kerap bersama & ada komunikasi sosial yang lama
Satu kajian psikologi mengatakan semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain.

Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi tidak hairanlah kalau muka pasangan itu ada iras-iras kerana mereka melakukan rutin harian, aktiviti dan mengikut cara hidup orang yang dicintainya bersama.

IKLAN

Dari awal memang cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan.

Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini kerana sewaktu kita melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati dengannya.

IKLAN

Emosi boleh mengubah karakter wajah
Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965 yang merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras. Dalam kajiannya, beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka…

IKLAN

Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dalam pada itu katanya, otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya.

Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, maka struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI