Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
Ads
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Ads
Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Dah kahwin masih lagi nak berkenalan ke? Kita dah ada cucu, masakan tidak kenal lagi?”
Inilah persoalan-soalan yang mungkin berlegar di minda apabila pasangan suami isteri diminta untuk saling berkenalan kembali.
Walau sudah berkahwin berabad lamanya, walaupun sudah mempunyai anak dan cucu. Allport (1971) seorang ahli psikologi Barat menyatakan;
”Seorang individu mempunyai personaliti yang dinamik. Dinamik bermaksud sesuatu yang berkembang. Sesuatu yang berkembang akan melibatkan perubahan.”
Begitu juga halnya dengan personaliti seseorang, ia juga boleh berubah. Seseorang individu itu boleh berubah mengikut persekitaran yang dialaminya.
Begitulah Islam menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” Surah Al-Hujurat 49:13
Kerana perkembangan yang dinamik inilah Islam menganjurkan kita untuk saling kenal-mengenal lebih-lebih lagi dalam rumah tangga.
Penting untuk kita betul-betul mengetahui apa yang disukai dan dibenci pasangan untuk elakkan ketidaksefahaman.
Mungkin ada yang bercinta sebelum berkahwin. Dalam alam percintaan inilah mereka saling berkenalan. Bila merasakan wujudnya keserasian, maka termeterailah ikatan perkahwinan.
Di alam percintaan, mereka berlumba-lumba memenangi hati masing-masing. Perkara yang tidak disukai pasangan tidak akan pernah ditunjukkan bila berada di hadapan pasangan.
Automatik menjadi seorang yang sopan, tidak membuang sampah sesuka hati, baju sentiasa wangi dan memberikan hadiah istimewa. Semua dilakukan demi memenangi hati pasangan.
Perkahwinan akan sentiasa menjadi hangat jika perkara yang sama ketika bercinta dilakukan.
Si isteri akan sentiasa mendapati suaminya seorang yang romantis, caring, penyayang dan pendengar setia dikala duka yang menjadi asbab untuk si isteri jatuh cinta pada suaminya suatu ketika dahulu.
Suami pula sentiasa “tergila-gilakan” isterinya kerana isteri sentiasa pandai mengambil hati, pandai memasak, sentiasa cantik di mata suami dan layanan first class.
Inilah antara kunci kebahagiaan yang seringkali terlepas pandang oleh pasangan-pasangan suami isteri.
Ada yang beranggapan zaman bercinta sudah berlalu, tanggungjawab mencari rezeki dan mengurus rumah tangga sudah cukup membebankan dan mula mengabaikan sifat-sifat romantis yang pernah ditunjukkan pada zaman bercinta.
Rumah tangga dilanda kemarau dan ketandusan kasih sayang. Bunga-bunga cinta mula layu dan ada yang mengambil kesempatan berlalu meninggalkan pasangan atas alasan tidak sehaluan, tiada lagi kesefahaman.
Kenangan manis zaman bercinta dilupakan dan kini gagah mengangkat poster;
“Aku boleh hidup tanpa dirimu.”
Sangat menyedihkan bila hal ini berlaku, kerana itulah Islam sangat menganjurkan umatnya saling berkenalan, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.
Betulkan pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta? Situasinya sama seperti zaman bercinta dulu. Perkenalan sekejap itu yang membuat kita mula bercinta dan akhirnya berumah tangga.
Bila sudah berumah tangga perkenalan tetap diteruskan agar percintaan semakin berkekalan. Bukankah personaliti boleh berubah?
Dan apabila pasangan sudah mula berubah, kita menjadi orang pertama yang peka akan perubahan tersebut dan sebolehnya memahami mengapa perubahan tersebut berlaku.
Apabila sudah memahami, maka tidak timbul konflik dalam menerima kesan perubahan pasangan kita itu.
Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah melahirkan anak akan mengalami konflik untuk bagaimana mahu membesarkan anak sekiranya dia bekerja seperti sebelumnya.
Si suami akan memujuk supaya isteri berhenti kerja dan membesarkan anak sahaja dan keperluan nafkah keluarga ditanggung suami.
Hal ini adalah sangat baik kerana tugas utama suami ialah mencari rezeki di luar manakala tempat isteri ialah di dalam rumah.
Apabila berlakunya situasi seperti ini maka berlakulah transformasi seorang wanita berkerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Memang terdapat perbezaan yang ketara kepada perubahan tersebut terutamanya dari segi emosi.
Sifat keibuan akan terserlah dan ibu banyak memikirkan soal anak kecilnya. Siang dan malam masa isteri akan dihabiskan untuk si kecil dan urusan kerja rumah.
Personaliti dan perasaan mereka akan turut berubah. Di sinilah peranan suami untuk peka terhadap perubahan ini dan berusaha menjadi pendengar setia isterinya.
Jika tidak, isteri akan mula menyatakan suami tidak lagi menyayangiya. Penat lelah menguruskan anak kecil serta urusan rumah tangga yang lain dianggap tidak dipedulikan suami.
Memang isteri tidak akan merengek seperti anak kecil namun bahasa badannya perlu difahami. Jika hal ini tidak diberi perhatian, masing-masing akan menunding jari.
Suami pula akan menuduh isterinya tidak pandai melayannya. Wajah masam seakan ada riak kebencian pada suami, padahal isteri kepenatan dalam urusan yang disebutkan tadi.
Andai ada saling tolak ansur, faham memahami, saling bertanya khabar keadaan pasangan masing-masing hal-hal buruk yang menghala kepada perpisahan tidak akan berlaku.
Kerana hal itu saranan dalam ayat Al-Qur’an surat Al-Hujurat (49) ayat 13 tadi amatlah tepat untuk setiap pasangan sentiasa berusaha mengenali pasangan masing-masing.
Dengan saling berkenalan, sifat romantis, caring dan penyayang akan sentiasa hidup dalam diri masing-masing.
Dengan saling berkenalan, kebaikan dan kelebihan pasangan dapat diberi pengiktirafan, dengan saling berkenalan juga keburukan dan kekurangan pasangan dapat diterima dengan reda di samping tahu bagaimana untuk “tackle” mereka.
Dengan berkenalan juga, pasangan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki.
Akhirnya dengan sentiasa berkenalan Allah akan memberi ganjaran pahala kerana setiap pasangan saling berusaha untuk menjaga mahligai rumah tangga mereka.
Allah menyintai pasangan yang berkasih sayang dan menjamin syurga buat mereka dan ahli keluarganya di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” Surah at-Thur :21
Ingatlah, tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal semakin mesra. Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjamin syurga untuk kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala, soalan yang ditanya oleh orang sekeliling buat anda jadi letih dan penat untuk mendengar serta menjawab soalan mereka. Sewaktu masih belum kahwin, antara soalan yang kerap ditanya oleh orang sekeliling adalah ‘bila nak kahwin?’. Bila dah kahwin, lagilah banyak soalan yang ditanya.
Bukan apa, soalan-soalan yang ditanya kadangkala agak sensitif hingga boleh menyinggung perasaan kita dan pasangan. Ingatlah, ketika berkahwin, banyak lagi perkara yang perlu anda tempuh. Perkahwinan bukan penamat dalam perhubungan cinta tetapi baru sahaja permulaan.
Berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya ketika anda baru kahwin:
Soalan yang paling kerap ditanya dan merupakan soalan yang paling sensitif. Anak bukanlah petanda kebahagiaan sesebuah perkahwinan seseorang itu. Ada yang baru je seminggu kahwin, dah ditanya dengan soalan sebegini. Eh memang stress lah!
Alahai, kenapalah sibuk nak tahu tentang gaji suami orang. Tak perlu kot nak tanya soalan begitu. Soalan yang kerap ditanya, ‘berapa gaji suami kau?, ‘mampu ke dia nak tanggungh hidup kau?’. Yang sibuk nak tahu sangat tu kenapa eh?
Hati-hati dengan mereka yang bermulut macam ‘makcik bawang’ ni. Mereka cuba untuk mengorek hal rumah tangga kita dan cuba untuk buat kita bertelagah dengan keluarga mentua. Akhirnya, kita sendiri yang susah. Biasalah kalau tak ‘sekepala’ dengan mentua. Baru lagi kan. Dah lama-lama nanti okay lah tu.
Pertama sekali, anda senyum dahulu demi menyejukkan hati yang sedang panas tu. Kemudian, jawab soalan dengan bersahaja dan berdasarkan fakta. Contohnya, ‘bila nak ada anak?’, anda jawab ‘kalau Allah nak bagi anak nanti, adalah. Doa je yang baik-baik.’
Cukup sahaja jawab begitu dan tak perlu nak lebih-lebih. Nanti kita sendiri yang sakit hati. Paling penting, update pada pasangan anda dan jangan disimpan di dalam hati. Biar pasangan tahu apa yang sedang anda alami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin, itu maknanya anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi, kalau diri anda masih lagi dibayangi dengan ketakutan selepas berkahwin, ternyata anda masih belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia kerana diri anda masih lagi diliputi dengan keraguan. Ini juga akan memberi kesulitan untuk anda mencipta kehidupan baru bersama pasangan anda kelak. Justeru itu, cuba mendalami ilmu-ilmu mengenai rumah tangga supaya anda dapat mengatasi segala keraguan dan ketakutan.
Pada saat ini anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin. Sesungguhnya sebelum anda bersedia untuk menerima komitmen yang akan datang, anda memerlukan waktu lagi untuk memantapkan hati anda. Bersikap jujur pada diri sendiri, jangan disebabkan terikut-ikut dengan orang lain membuatkan anda tidak jujur pada diri sendiri.
Setiap orang menyedari akan setiap perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Banyak perkara yang akan berubah dalam hidup kita dari aspek kehidupan, ekonomi dan juga dari segi tanggungjawab. Dalam persediaan untuk bernikah, setiap muslim haruslah benar-benar bersedia untuk menerima dan menjalani semua perubahan yang berlaku.
Kekurangan pada setiap individu adalah kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang kita berasa seperti tidak mampu menjadi yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Malah, ada yang dijadikan alasan untuk melewatkan perkahwinan meskipun dari aspek lain kita sudah bersedia.
Seperti perumpamaan melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Perumpamaan ini membawa maksud pertengkaran antara suami dan isteri memang tidak dapat dielakkan. Tanyalah mana-mana pasangan termasuklah pasangan bahagia sekalipun, mereka pasti pernah melaluinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...