Kalau kita lihat, ramai wanita di luar sana berjaya dalam pelbagai industri yang diceburi. Kesungguhan dan kekuatan mereka dalam melakukan kerja tidak boleh disangkal. Begitu juga dalam rumah tangga, boleh dikatakan semua kerja dibuat oleh seorang isteri atau seorang ibu. Dari segi memasak, mengemas, membasuh semuanya dilakukan tanpa mengeluh.

Bagi Mohd Fhais perempuan ini diibaratkan seperti adiwira kerana dalam kelembutannya tersembunyi kekuatan menguruskan rumah tangga. Wanita terkenal dengan sifat manja, lemah lembut dan sopan santun mereka. Tapi jangan main-main, di sebalik keayuan mereka itu ada kuasa tersembunyi. Tak boleh disangkal lagi!

Isteri Adakalanya Menitis Airmata, Namun Bangun Keesokannya Dengan Harapan Baru

Kebiasaannya wanita perlu tidur 20 minit lebih dari lelaki

Wanita je boleh menjaga anak yang sakit 24 jam sehari tanpa rasa penat. Tak mengeluh sedikit pun. Sedangkan kita sikit sikit aduh penat, aduh sakit pinggang. Kebiasaannya wanita perlu tidur 20 minit lebih dari lelaki supaya dapat “recharge” tenaga balik. Tapi bila bab menjaga anak sakit ni diorang sanggup tidur sehari 1-2 jam je dan lagi hebat dia masih kekal bertenaga. Hebatkan!

Lelaki pula ada had. Cukup masa memang kena tidur. Anak menangis pun masih boleh berdengkur. Bila dah tidur bukan mata je tutup, telinga pun tertutup sekali. Patutlah lelaki kena tidur kurang 20 minit dari wanita.

Wanita juga kebal penyakit

IKLAN

Yang paling saya tabik ialah daya tahan wanita. Memang kebal dari penyakit. Biasa kita kalau dah terlampau penat campur kurang tidur badan mesti layu, mesti senang nak jatuh sakit. Tapi wanita ni pelik, tak sakit langsung. Sungguh hebat kuasa seorang ibu !

Sebab inilah wanita jadi PENJAGA KELUARGA KITA !Sebab tiada orang lain yang lebih kuat dan lebih berdaya dari wanita untuk menjaga kebajikan dan kesihatan semua ahli keluarganya.

IKLAN

Isteri Adakalanya Menitis Airmata, Namun Bangun Keesokannya Dengan Harapan Baru

Respect isteri dan wanita kat luar sana

Menjadi KUAT itu adalah satu-satunya pilihan yg ada utk mengecapi kehidupan yg lebih baik walaupun ianya tak sesempurna org lain.Kenapa mereka kuat?

IKLAN

Sbb mereka tak ragu-ragu dgn kemampuan diri mereka…mereka yakin bahawa mereka mampu buat, dan mereka boleh buat…berbekalkan semangat dan keazaman itulah, byk perkara yg dahulunya kita anggap hanya lelaki sahaja bleh buat, skrg ni perempuan pun bleh buat.

Kuat untuk suami, kuat untuk anak-anak kuat untuk kelangsungan hidup dan kuat utk diri sendiri.

Persepsi bahawa kaum hawa adalah kaum yg lemah itu semakin lama semakin pudar dek kerana nowadays, byk perkara yg kaum hawa boleh buat dgn sendirinya. Isteri Adakalanya Menitis Airmata, Namun Bangun Keesokannya Dengan Harapan Baru

Walaupun adakalanya mereka tewas dgn perasaan sendiri, walaupun adakalanya menitis juga airmata mereka, namun mereka tetap bangun keesokan hari dgn harapan utk mengubah kehidupan mereka ke arah yg lebih baik lagi.

Jgn memandang rendah wanita hari ini kerana mereka sendiri tak pernah mengalah utk meneruskan langkah…

Para suami di luar sana hargailah pengorbanan seorang wanita yang melahirkan, menjaga dan mengurus anak-anak kita. Seorang isteri dan ibu hanya mengharapkan kasih sayang dan perhatian daripada anda.

KREDIT : Mohd Fhais

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI