Best sangat rasanya bila dapat bergambar berdua dengan bidadari tercinta. Tengok semula gambar bila dalam kereta jalan jauh pergi ceramah. Terus mesej “Allah beri rasa rindu pada bidadari abang, semoga jadi asbab hidayah buat semua..kenapa makin hari makin jatuh cinta sayang? Makin rindu rasanya.

Sejuk hati. Bila dapat duduk dekat dengan isteri bestnya. Gosok-gosok tangan dan genggam masa masuk kereta atau penat. Terus segar. Tengok muka isteri pun rasa sejuk hati. Pegang tangan sentuh jari pun terasa cinta dan kesusahannya. Berdoa ya Allah kaulah sebaik-baik membalas kebaikan bidadariku ini. Ini semua anugerahMu. Terima kaseh Allah…terima kaseh Allah..terima kaseh bidadari abang sudi berdua-duaan dengan abang.

Dalam perjalanan balik, seorang lelaki jumpa saya terlalu sedih sebab umurnya dah dekat 40 tahun. Tapi rezekinya terlalu sempit. Dia bekerja sendiri. Orang kata jika dah 40 tahun masih belum berjaya susah nak berjaya betul ke ustaz? Saya dah cuba macam-macam dalam hidup tapi semuanya gagal. Keluarga pun jadi kelam kabut.

“Isteri Adalah Harta Buat Suami, Bimbinglah Mereka”, Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew

CUBA PEGANG ISTERI

Abang ada mak ayah lagi tak? Dah takde ustaz. Saya anak yatim piatu dari kecil. Mak ayah abang tak tunggu duit kita. Mereka tunggu doa kita. Abang ada isteri kan?

Ada ustaz. Cuba pegang isteri. Lihat wajah isteri yang setia bersama kita. Setiap kali sedih pegang tangan isteri dan kata sayang terima kaseh masih bersama abang walau abang dalam keadaan susah. Bagi saya isteri ialah harta paling berharga dalam hidup ini. Kata Saidina Ali ra nikmat atau kejayaan dalam dunia ini memiliki isteri solehah.

Nabi Ayub as ketika diuji dalam hidup dia bertuah kerana memiliki isteri yang baik dan solehah. Isteri abang masih bersama abang ke? Alhamdulillah ustaz. Tapi selalu bergaduh juga. Dah tak mesra. Dah tak macam dulu mula-mula kahwin. Semuanya dah rasa lain.

IKLAN

BERTUAH SEBAB ADA ISTERI

Bersyukurlah abang. Bersyukur memiliki isteri. Takperlah tidak punyai harta yang banyak. Kerana ramai orang yang tidak ada harta banyak tapi hati mereka bahagia. Mereka kaya dengan cinta dan kasih sayang. Sebenarnya yang paling kurang dalam hidup ini ialah cinta dan kasih sayang dan kurang menghargai. Ramai orang kaya pun tak bahagia kerana tak hargai isteri. Tak hargai mak ayah. Memiliki semuanya seisi dunia tapi tak memiliki walau secebis bahagia dalam hati.

Keduanya waktu malam perlahan-lahan senyap-senyap menangis seorang diri depan Allah. Ya Allah..ya Allah…masa susah peluang kita rapat dengan Allah. Sebelum Subuh kejut isteri dengan rasa sayang. Cakap terima kaseh Allah beri aku wanita yang sanggup bersama diriku dalam keadaan susah ini. Terima kaseh Allah.

“Isteri Adalah Harta Buat Suami, Bimbinglah Mereka”, Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew

Pagi-pagi jangan tidur dan buatlah apa-apa kerja dan berusaha kuat. Saidina Abu Bakr ra hari pertama jadi Khalifah tapi masih berusaha cari rezeki. Buatlah apa-apa pun yang penting usaha yang baik. Walau hasilnya sedikit. Solat 2 rakaat dhuha paling kurang. Solat minta pada Allah.

IKLAN

Jaga solat berjemaah di Masjid kerana Allah jamin rezeki orang jaga solat. Allah janji jaga rezeki orang jaga solat berjemaah. Saya yakin jika abang buat ini pasti Allah mudahkan hidup abang. Allah beri bahagia dan ketenangan sebenarnya-ebit lew

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Sumber : Ebit lew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI