Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci.
Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa?
Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.
Beberpa cara yang anda boleh lakukan untuk tunjukkan rasa hormat;
IKLAN
1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.
3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitive. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
IKLAN
4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
IKLAN
7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.
8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.
Adoiii…tiba-tiba isteri naik angin pulak, apahal ni? Rasa tak buat salah apa pun, tapi kenapa dia marah-marah? Tengah pregnant kot, bukannya datang bulan. Haa…para suami mesti pening kepala kalau berhadapan dengan masalah macam ni, bukan? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapan untuk anda.
Isteri moody
Kalau masa haid berlakunya perubahan emosi yang menyebabkan ketidakstabilan emosi, begitu jugalah keadaannya dengan hormon yang berubah sepanjang tempoh kehamilan. Keadaan ini cenderung menyebabkan gangguan kepada bahan kimia di dalam otak yang mengawal emosi dan mengakibatkan perubahan emosi yang tidak menentu.
Takkan selama sembilan bulan ‘nak’ kena hadap emosi isteri yang tidak stabil ini? Sabar yer para suami sekalian, dengar dulu penjelasan ini. Perubahan yang berlaku melibatkan hormon ini jarang sekali untuk berlaku sepanjang tempoh kehamilan.
Kebiasaannya ia berlaku pada trimester pertama, iaitu antara minggu ke-6 hingga 10 dan pada trimester ketiga sebelum proses kelahiran bayi. Jadi untuk sepanjang tempoh itu diharapkan para suami sekalian boleh bersabar dan mengelakkan dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan isteri moody. Tetapi apa perkara yang perlu dielakkan? Teruskan membaca artikel ini.
Perkara yang perlu dielakkan
Lupa ajak makan
Bab makan pun boleh dijadikan isu, okay? Jangan main-main dengan emosi wanita yang sedang mengandung ini. Jadi sebaiknya elakkan daripada terlupa mengajak isteri untuk makan jika anda tidak mahu isteri moody. Kalau anda makan diluar sekali pun, pastikan anda membungkus makanan untuk diberikan kepada isteri. Jangan lupa yer, dia sedang membawa zuriat anda.
Dada
Tergoda dengan isteri yang tampak montok? Namun awas! Jangan sesekali gatal menyentuh tanpa kebenaran jika tidak mahu menghadap ‘singa betina’ mengamuk. Perubahan pada payudara itu walaupun pada pandangan sebagai suami adalah sesuatu yang menarik tetapi hakikatnya perubahan itu mendatangkan ketidakselesaan dan menyebabkan ia menjadi lebih sensitif terhadap sentuhan.
Suhu badan
Jangan terkejut kalau isteri anda membuka ‘aircond’ pada suhu yang paling rendah, sedangkan anda sudah menggigil kesejukan. Ini kerana dikatakan kebanyakan wanita hamil akan berasa lebih panas daripada biasa dan keadaan ini disebabkan proses metabolisma badan yang lebih cepat menghasilkan haba. Jangan pergi kuatkan suhu ‘aircond’ tanpa kebenaran okay?
Makanan
Aik, rasa macam ada beli roti tadi tapi mana pergi pulak? Haaa…situasi ini biasa untuk berlaku. Kadang kala apabila anda bertanyakan sama ada mereka ingin memakan sesuatu dan jawapan yang diterima adalah ‘tidak’. Namun tidak sampai 5 minit, isteri anda mengatakan mereka lapar. Ikutkan aje la kehendak itu kalau tidak mahu isteri moody.
Curi makan
Haaa…ini satu lagi berkenaan dengan makanan. Jangan memandai-mandai untuk makan makanan yang dibeli dan disimpan oleh isteri anda tanpa mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. ‘Tapi’ kalau anda buat jugak, terimalah kalau isteri moody.
Tidur
Jangan mengada-ngada mengganggu isteri yang sedang lena tidur. Elakkan sama sekali kalau tidak mahu isteri moody. Dalam keadaan isteri sedang hamil, ia adalah normal untuk mereka merasa letih dan tidak bertenaga. Jadi layankan sahaja yer!
Bersabar
Sepanjang tempoh kehamilan ini, sememangnya kesabaran anda sebagai suami akan sentiasa diuji. Jadi, jangan mudah melenting, okay? Banyakkan bersabar dan terima sahajalah kerenah moody isteri anda itu. Lagipun anak yang dikandungkan itu adalah zuriat anda berdua, bukan?
Seorang isteri ini, jika diberi emas permata sekalipun tetapi jika jiwa raganya penat, dia tetap tidak akan gembira. Namun, jika suami beri dia sedikit waktu rehat untuk ‘me time’ dari melakukan apa-apa kerja rumah pasti suami akan lihat senyuman girang sampai ke telinga.
Perkongsian seorang suami, Encik Matt berkongsi bagaimana perasaan seorang isteri yang diberikan ‘me time’ walaupun 30 minit.
ME TIME.
Suami. time pergi mall apa salahnya bagi ‘me time’ untuk isteri walaupun 30 minit. Kita pula jaga anak sepanjang ‘me time’ dia.
Kita pantau isteri dari jauh cukup. Tengok dari jauh gelagat dia. Seronok atau tidak dapat jalan sorang-sorang, dapat tengok apa yang dia rasa nak tengok, pilih apa yang mahu dipilih.
Beli tu belum tentu beli. Isteri ni dapat cuci mata pun dia dah rasa seronok. Rasa mall ini dia yang punya.
Sebak tengok isteri senyum dari jauh sambil tunjuk barang yang dia beli. bila nampak kita bersama anak, lagi dia senyum lebar. Dalam senyum itulah sepenuh masa, jiwa, diri untuk suami. Dalam senyum itulah segala susah payah sakit melahirkan anak, menyusukan anak.
Ingat pesan arwah ayah; “Jagalah isteri kamu baik-baik seperti mana mak ayah dia jaga. Jangan kianati dia jika kamu nak rasa apa itu bahagia. Diam jika nak marah isteri, isteri faham jika suami diam. Jangan mudah naik tangan atau pukul dia. Isteri dan anak amanah dari الله , salah acuan merana kamu di akhirat”
Suami. Jagalah isteri baik-baik. Lemah lembutlah terhadap mereka, hargailah susah payah dia mengandungkan anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan menjaga makan minum anak.
Suami. Jadikanlah kita asbab dia rasa bahagia, rasa dijaga, rasa dihargai, rasa di sayangi. Bahagia dia, bahagialah kita.
Lumrah alam berumah tangga, tidak selalu indah dan bahagia. Mungkin ada pasangan yang diuji Allah dengan pelbagai bentuk masalah dalam rumah tangga.
Soalnya tentang bagaimana kita menguruskan masalah yang datang itu. Adakah secara rasional atau sebaliknya.
Apabila berlaku masalah dalam rumah tangga, bertindaklah mengikut pemikiran yang rasional. Usah terlalu mengikut perasaan amarah.
Melalui perkongsian Hannan Alias, wanita ini berkongsi tentang bagaimana menangani masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Semoga bermanfaat untuk semua.
Pesan guru saya, jangan pernah membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Kerana rezeki itu Allah sediakan mengikut keperluan dan kecukupan masing-masing.
Rumahtangga adalah satu alam yang mistik. Boleh jadi ia akan menjadi sebuah alam yang tenang dan menenangkan. Boleh jadi ia akan bertukar menjadi alam yang menakutkan.
Namun, terlalu ramai yang berani untuk memasuki alam rumahtangga. Tanpa pernah fikir apa risikonya ke depan.
Bila dah masuk alam rumahtangga, pertama sekali kita kena syukur yang banyak atas nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Kita mungkin terlihat gemuk hodoh hitam selekeh dimata orang lain, namun di mata dia Allah meletakkan kitalah yang terindah dan paling sedap mata memandang.
Lihat di luar sana, berapa ramai orang yang cantik jelita hensem bergaya namun masih mencari pasangan yang tak kunjung tiba. Kita yang tak seberapa ni Allah izin kita masuk alam rumahtangga. Syukur yang banyak.
Bila kita dah berkahwin dengan dia, letakkan diri kita sebagai pasangan dia. Dan kita kena ingat, isteri adalah pakaian bagi suami. Dan suami itu pakaian bagi sang isteri. Ni bukan saya kata. Tapi dalam quran ada kata. Dok caya, gi buka quran.
Namun, berapa ramai hari ini, bila bergaduh, ada isu dengan pasangan, sibuk duk buka salah pasangan. Duk jaja cerita buruk tentang pasangan. Untuk apa? Tak malu ke tunjuk ke orang yang baju kita koyak?
Bila baju kita koyak, jangan sibuk duk jaja ke orang, baju aku koyak. Baju aku rabak. Tak perlu. Orang hanya mampu pandang. Dan samada sedar atau tak kita buka aurat kita. Kita tunjuk kudis dan kurap di bandan kita pada orang. Untuk apa?
Bila baju koyak, jahit. Koyak lagi, tampal. Koyak sampai tak boleh dibaiki, buang di tong sampah dan beli aja yang baru. Senang cerita.
Ni baju koyak, sibuk duk jerit sana sini baju koyak. Yang asalnya koyak tu sikit je, masih boleh dibaiki, dijahit, ditampal, namun akibat kita sendiri yang jenis tak sabar duk meraung-raung baju koyak, akhirnya rabak terus. Sebab nak tunjuknya ke orang yang baju kita ni koyak.
Cerdik ke dok berapa cerdik tu? Mungkin ada yang kata, kesian la dia. Isteri yang setia. Tiba suami buat gitu. Baik!
Ini pesanan untuk diri sendiri terutamanya dan sesiapa yang baca tulisan ini am nya. Bila kita bermasalah dengan pasangan kita, yang patut kita rujuk ialah, mak ayah atau mak ayah mertua kita. Jika tiada, atau dirasakan mereka tak mampu nak bantu, sila ke pejabat agama yang berdekatan. Jumpa qadhi terus. Adukan hal pasangan anda yang macam-macam tu.
Namun, apa yang terjadi realiti dunia hari ini ialah, sibuk nak dedahkan ke masyarakat siapa pasangan kita. Sibuk nak buka perangai sebenar pasangan kepada umum. Untuk apa? Puas? Tara mana sangat puasnya.
Saya banyak mengendalikan kes pasangan yang dah canang merata cerita baru jumpa saya. Bila dah tak tahu nak buat apa.
Satu soalan yang saya tanya. Apakah kamu puas dengan membuka aib pasangan? Sampai bila puas itu mampu bertahan?
Orang luar yang bercakap macam-macam tentang rumah tangga kita itu biasa. Maklumla, kadang ada je mata yang dengki dengan kebahagiaan kita. Namun, adalah menjadi sesuatu yang luar biasa bila kita sendiri yang buka aib pasangan pada orang luar. Untuk apa?
Lagi banyak keburukan pasangan yang kita canang kepada orang luar, lagi jelas menampakkan kejahatan kita dan buka aib sendiri. Tak sedar ke?
Jika suami buka aib isteri, ingat orang nak bersimpati ke? Orang akan cakap, suami tu la yang tak pandai didik isteri.
Jika isteri duk buka aib suami, itu jelas menunjukkan betapa tak amanahnya kita dalam melindungi keaiban suami. Ya. Walaupun suami tu jahat. Salah. Kita ada saluran yang betul. Bukan fb, ig, tiktok sebagai salurannya.
Betul kata seorang bijak pandai.. nak glamor zaman sekarang tak susah pun. Memadai dengan buat content bodoh-bodoh, buat fitnah, confirm viral.
Kita sibuk duk kata suami jahat. Suami tak patut dan segala bagai la. Namun, kita tak fikir ke apa yang kita sebagai isteri buat, betul sangat ke? Duk cerita jahat suami sana sini.
Bimbang, kalau-kalau yang jahat itu adalah kita. Jahat sebab tak mampu nak didik hati untuk menjadi taat pada Allah dengan menjaga sebaik mungkin aib suami.
Jika benar suami bermasalah, guna saluran yang tepat. Bawa segala bukti. Ni kalau dah buka di media sosial, dari tepung boleh jadi roti canai siap ada kuah kari dan dal. Kita tak tahu tokok tambah orang bagaimana.
Dan kita sebagai orang yang dengar masalah begini, sepatutnya kawal jari dari komen dan kutuk macam-macam. Sebab kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Tu yang saya kata di awal tadi, kita tengok mereka di uji. Padahal allah juga sedang menguji kita.
Penat. Letih.
Jika benar penat. Jika benar letih, Islam mengharuskan jalan keluar. Pilihan ditangan kita. Jangan masih nak salahkan orang itu orang ini. Bahagia itu di tangan kita.
Mengaku sahaja yang diri sebenarnya tak mampu untuk diduakan. Mengaku sahaja yang kita sebenarnya terlalu sayangkan dia dan tak nak sesiapa pun ambil dia dari kita. Walaupun kita tahu poligami itu syariat yang dihalalkan tuhan.
Kita tak nak suami buat benda haram. Namun, di saat suami nak buat perkara yang Allah halalkan, terus kita haramkan perbuatan itu pada suami kita. Kenapa?
Kita nak apa sebenarnya?
Hidup ini terlalu singkat untuk berebut benda yang binasa. Ya. Mulut pandai bercakap, nak redha Allah. Namun, jika Allah menguji diri dengan poligami sebagai harga redha Allah itu, apakah diri kita mampu?
Tepuk dada tanya hati yang paling dalam. Pasti ketemu jawapannya.