Kebanyakkan wanita sekarang semuanya bekerja. Bila dah ada pasangan hidup, perbelanjaan dari sebelah pihak sahaja memang tak mencukupi. Suami isteri perlu bekerja demi kehidupan yang lebih baik. Tapi, isteri yang bekerja ni janganlah pula asyik merungut. Susah senang kehidupan berumahtangga kena ada toleransi.
1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).
Menurut ulama; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]
2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri.
Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).
.
3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut.
Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]
Wallahu a’lam.
Tak salah isteri terlalu berdikari tetapi biar berpada dan jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab!
Ya, fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati bila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Berbalik kepada soal fitrah, Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar.
Perkara ini, menyebabkan suami mudah terasa tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud situasi wanita lain yang mengharapkan kebergantungan kepadanya iaitu orang ketiga. Lebih mengelirukan dan lebih berisiko negatif dalam perhubungan suami isteri.
.
Jadi sekali pun wanita boleh buat sendiri semua benda, lelaki sebenarnya patut melayani isteri seperti ini…
1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.
2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.
3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.
4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.
5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.
6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.
7. Aktifkan amalan-amalan yang diketuai oleh kita sebagai suami, umpamanya solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya dengan kita yang mengimamkannya..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI