Isteri zaman sekarang kebanyakannya berkerja. Ada sesetengahnya pula terpaksa duduk berjauhan dengan suami kerana komitmen kerja yang menyukarkan mereka berpindah randah. Namun begitu, faktor jarak dan kekangan masa bukanlah alasan wanita yang bergelar isteri untuk melanggar hukum ketaatan kepada suami. Isteri wajib taat kepada suami! Itulah faktanya.

Wanita yang bekerja untuk membantu suami meringankan beban keluarga amatlah digalakkan. Tetapi dengan syarat mendapat keredhaan sang suami dan sentiasa hormatinya sebagai ketua dalam sesebuah rumahtangga.

Isteri Boleh Bekerja, Tapi Kenalah Taat Dan Hormat Suami Kalau Di Rumah

Taat Seorang Isteri

Perkahwinan menuntut suami isteri untuk duduk dan tinggal bersama. Perkara itu perlu diusahakan bersama. Pasti ia memerlukan pengorbanan. Bagaimanapun, suasana ekonomi sekarang sangat menghambat golongan berkeluarga, seterusnya merungkai kemesraan dalam hubungan suami dan isteri. Isteri harus memberi ketaatan sepenuhnya kepada suami.

IKLAN

Ini sebagai balasan kepada tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri. Jika keluarga menghadapi masalah kewangan, isteri tetap perlu mentaati suami dan bersabar atas ujian serta berbincang untuk mencari jalan keluar.

Isteri Boleh Bekerja, Tapi Kenalah Taat Dan Hormat Suami Kalau Di Rumah

Isteri perlu bijak memahami hati dan budi suami

Dalam hal ini suami jarang mahu berkongsi masalah kerana keegoan lelaki. Isteri perlu bijak memahami hati dan budi suami. Ini berdasarkan satu riwayat ketika Rasulullah selesai berkhutbah hari raya yang mengandungi perintah untuk bertakwa kepada Allah dan anjuran untuk mentaati-Nya.

IKLAN

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk antara wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua-dua pipinya lalu bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (hadis riwayat al-Bukhari)

IKLAN

Isteri Boleh Bekerja, Tapi Kenalah Taat Dan Hormat Suami Kalau Di Rumah

Perbanyakkan Istighfar

Bagi mengatasi masalah antara hubungan suami isteri, seharusnya isteri sentiasa memperbanyakkan kemaafan, istighfar dan mohon reda suami dalam setiap tindakan.

Banyakkan bertaubat dan sedekah, lebih-lebih lagi terhadap suami yang baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada isteri serta keluarga. Pihak isteri wajib mendahulukan suami daripada keluarganya. Suami yang baik pula tidak seharusnya memutuskan silaturahim di antara isteri dan keluarga mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI