
Rezeki itu Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Ada rezeki rumahtangga bahagia, rezeki kaya raya, rezeki zuriat dan macam-macam lagi. Kalau nak disenaraikan, memang nikmat Allah bagi ni terlalu banyak.
Tapi sebagai manusia lebih-lebih seorang suami yang sudah berkahwin, peliharalah salah satu rezeki iaitu rezeki mempunyai seorang isteri dengan baik. Seperti yang dikongsikan Dr Redza Zainol di akaun Tik Toknya, isteri itu adalah rezeki yang terbaik untuk suami. Doanya seorang isteri cukup luar biasa!
Dah Ada ‘Hint’ Cemburu, Anda Kena Ambil Tahu Ok!

Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.
Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.
1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.
Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.
2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.
Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.
3. Cuba hack akaun media sosial.
Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.
4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.
Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.
5. Ingin tahu setiap gerak geri.
Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.
6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.
Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.
7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.
Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.
MK Jadi Wali Nikahkan Kakak Dengan FAREED K-Clique, SITI HAWA Selamat Bergelar isteri

Kalau dah jodoh tu, memang tak jauh perginya. Mungkin kerana seringkali berjumpa, akhirnya jodoh Fareed dari kumpulan K-Clique bertemu jodoh dengan kakak MK, yang juga dari K-Clique. Dah selamat pun Fareed dan MK menjadi ipar!

Perkhabaran gembira ini dikongsi penyanyi Sabhi Sadhi yang juga merupakan abang kepada Fareed. Majlis perkahwinan Fareed, 28, dan Siti Hawa Hamdan, 30, yang diadakan di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada Isnin lalu.
Yang manisnya, pernikahan berwakil walikan MK sendiri. Dengan sekali lafaz, Fareed dan Hawa sah bergelar suami isteri. Mas kahwin mereka berdua berupa seutas gelang tangan emas manakala lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan.



Menurut sumber MH, majlis persandingan pasangan ini bakal diadakan pada bulan Disember.


PKP Kembali, Ini Doa Terbaik Elak Penyakit Buat Pengantin & Seluruh Keluarga

Semalam satu pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dijangka. Beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) selama dua minggu bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Tentu ramai yang sudah membuat persiapan perkahwinan dalam tempoh ini namun kebimbangan terhadap penularan wabak ini yang semakin cepat membuatkan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik.
Namun, ada juga sektor pekerjaan yang masih boleh bekerja tetapi dengan mematuhi syarat SOP yang sangat ketat. Buat anda yang terpaksa ‘berjuang’, amalkanlah doa ini agar kita sentiasa dilindungi dari ‘musuh’ yang tak nampak ni. Ini adalah antara doa Rasulallah SAW…