Sweet kan pasangan selebriti Wawa Zainal bersama Aeril Zafrel dan Memey Suhaiza bersama Norman Hakim? Lumrah dalam perkahwinan ada dugaannnya. Kadang-kadang bergelak tawa, lepas tu bermasam muka. Tapi janganlah itu jadi alasan. Isteri yang solehah boleh bahagiakan suami dengan 10 cara ni. Berganda rezeki pahala nanti!

 

Dapat bertemu jodoh juga salah satu punca rezeki dari Allah apatah lagi jodoh yang sejuk mata memandang. Sebelum bergelar isteri, eloklah para wanita tahu 10 sifat wanita yang boleh mendatangkan rezeki kepada suami.

 

Peranan seorang isteri dalam kehidupan seorang suami sangat penting dan besar isterinya. Walaupun isteri lebih banyak bergantung kepada suami namun ketahuilah isteri juga menjadi penyumbang besar dalam rezeki yabg diperolehi suami.

 

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat dengan kasar mata, namun biasa dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini MEMBANTU mendatangkan rezeki bagi suaminya.

 

10 sifat isteri yang boleh mendatangkan rezeki kepada suami adalah:

 

1. Isteri yang pandai Bersyukur.

Jangan pernah lupa ucapkan syukur dengan setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan biarpun ada kesusahannya. Suami yang berada di sisi juga satu rezeki dan sentiasa bersyukur dengan kehadirannya dalam hidupmu.

 

2. Isteri yang Tawakal kepada Allah.

IKLAN

Serahkan jiwa dan raga kepada Allah kerana selepas usaha dan doa, tawakal adalah langkah terakhir anda untuk mencapai apa yang dihajati.

 

3. Isteri yang Baik Agamanya.

Pelihara iman dan agama supaya apa yang anda lakukan mendapat keredhaan Allah.

 

4. Isteri yang banyak Beristighfar

Selain mengumpul pahala, isteri yang banyak beristighfar juga boleh menambahkan rezeki dalam keluarga. Malah kesabaran yang ada menyumbang kepada kesyukuran anda kepada Allah.

 

5. Isteri yang gemar Silaturahim.

IKLAN

Peliharalah silaturahim lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga. Jangan pernah membanding-banding atau mengasingkan silaturahim anda dengan ahli keluarga suami.

 

6. Isteri yang suka Bersedekah.

Perbanyakkan bersedekah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi pelbagai bentuk pemberian yang boleh dilakukan.

 

7. Isteri yang Bertaqwa.

Bukan solat sahaja menjadi ukuran namun kesetiaan isteri menjadi hamba Allah yang terbaik serta sentiasa cuba memperbaiki diri untuk menjadi Muslimah yang lebih unggul.

 

IKLAN

8. Isteri yang selalu Mendoakan Suaminya.

Setiap kali dalam solat, sebutlah nama suami dan doakan kesejahteraan dan segala kebaikan buat suami. Bahkan doa itu juga boleh dilakukan pada bila-bila masa. Rebutlah peluang untuk mendoakan suami kerana doa seorang isteri juga mustajab.

 

9. Isteri yang gemar Solat Dhuha.

Dhuha adalah pintu rezeki. Luangkan sedikit waktu untuk menunaikan solat Dhuha setiap hari.

 

10. Isteri yang Taat dan Melayani suaminya.

Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menjaga hubungannya dengan suami. Tingkah laku dan tutur kata yang sopan dan lembut boleh membuatkan suami rasa tenang dan selesa berada di rumah,lebih-lebih lagi di sisi isteri.

 

Apa hubungannya dengan Rezeki? Ketika seorang isteri Taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia biasa berfikir lebih jernih dan kreatifnya muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang. InsyaAllah rezekinya pun lebih lancar. walahuallam.

 

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal dan Memey Suhaiza

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI