Selalu baca orang komen, isteri kena rajin berhias kalau nak maintain sedap dipandang suami. Maknanya duduk rumah pun kena melawa. Tetapi tak semua orang mampu buat. Kenapa?
Haa… sebab berperang dengan masa. Macam-macam hal, bukan sekadar jaga anak di rumah tetapi ada yang buat bisnes tepi. Okay, nak lagi faham jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Isteri Kena Rajin Berhias
Perasan tak… isteri bila dah kawin, bila dah ada anak, masa untuk diri sendiri pun dah tak ada.
Dah tak sempat nak bergaya macam bujang-bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat saja. Make up ala kadar, letak yang asas-asas saja dan diri pun dah tak berapa nak wangi dah mcm dulu-dulu.
Ads
Sibuk nak siang ikan, sibuk nak memasak, sibuk nak buat kerja rumah, sibuk nak mengemas, sibuk dengan anak-anak…kejap lagi suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.
Bilalah nak ada masa untuk diri sendiri. Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan.
Ingatkan bila anak-anak dah tidur, suami dah tidur, bolehlah nak buat semua itu tapi bila letak sahaja kepala, sedar-sedar dah pagi. Berterusanlah hari ke hari macam itu.
Ads
Dapat Suami Kaki Komplen
Suami mula ‘complain’ isteri tak cantik tapi tak pernah perasan tugas isteri di rumah
Esok-esok, lelaki bunyilah. Isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu dan sebagainya. Tapi suami tak pernah perasan pula yang isteri itu rehat pun tak sempat, tak cukup…apatah lagi nak ada masa untuk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.
Ads
Cuba dalam seminggu itu, bagi isteri off memasak jap dalam 2 hari. Tak kisahlah hari apa pun, tapi untuk hari itu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap. Lauk suami beli untuk sarapan, tengah hari dan malam.
Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami uruskan anak-anak untuk sehari, ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke 3 jam ke suruh isteri pergi rehat dan relaks sana.
Saya pernah buat macam ini dan bila dia balik, dia full of energy. Dia dah reset and refresh diri dia, mental, fizikal dan emosinya. Isteri kita itu penat sebenarnya, tapi dia tak boleh rehat sebab kalau dia rehat, tak ada siapa yang nak buat kerja-kerja dia. Itu sahaja.
Benarkah kenyataan yang menyebut bahawa menyentuh tangan isteri mendapat 1 pahala dihapus 1 dosa dan diangkat darjatnya satu tingkat. Begitu juga mencium isteri mendapat 10 pahala, dihapus 10 dosa dan diangkat darjatnya 10 tingkat ?
Jawapan:
Secara asasnya, Islam amat menitikberatkan hubungan yang penuh kasih sayang antara pasangan suami isteri. Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa nas-nas syarak dari Al-Quran dan juga al-Hadis. Antaranya adalah firman Allah S.W.T:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf.
Surah Al-Nisa’ (19)
Dalam ayat ini, Allah S.W.T telah menujukan khitab perintah kepada golongan lelaki agar mereka melakukan mu’asyarahiaitu bergaul dan berurusan dengan orang perempuan melalui cara yang ma’ruf. Justeru, arahan tersebut secara asasnya membawa kepada hukum wajib berbuat ma’ruf kepada orang perempuan dalam urusan kehidupan.
Imam al-Qurthubi Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini beliau berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. Rujuk Al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (5/84).
Begitu juga berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik (hubungannya) dengan ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku.
Riwayat Ibn Majah (1977)
Hadis di atas merupakan di antara bukti keagungan dan keindahan ajaran Islam yang menganjurkan orang lelaki khususnya para suami untuk berbuat baik kepada ahli keluarga yang meliputi isteri, anak-anak, kaum kerabat, dan selainnya.
Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: (Iaitu) kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).
Isu Persoalan
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami tidak menjumpai sebarang sokongan dan sandaran daripada al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menyebutkan tentang hal tersebut. Dalam isu menyatakan tentang fadhilat-fadhilat dan ganjaran terhadap sesuatu amalan, ia mestilah disandarkan kepada riwayat yang sahih. Ini kerana agama ini adalah milik Allah S.W.T yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. kepada umatnya. Justeru, apabila diletakkan ganjaran ke atas amalan tertentu, tanpa mempunyai sandaran yang tsabit dari al-Quran dan juga al-Sunnah, ia ditakuti termasuk dalam perbuatan ‘’Berkata ke atas Allah tanpa ilmu’’ yang jelas dilarang syarak.
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa kenyataan tersebut sekiranya dianggap sebagai sebuah hadis maka ia adalah tidak sahih. Ini kerana tidak terdapatnya riwayat yang sahih menyatakan kepada perkara-perkara tersebut.
Namun kami tidak menafikan dari sudut mafhum kenyataan tersebut, ada antaranya yang boleh diperincikan dengan hadis-hadis yang lain. Sebagai contohnya, Nabi S.A.W ada menyebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zarr al-Ghifari R.A:
Maksudnya: Dan kemaluan salah seorang kamu juga ada sedekah. Ditanyakan: Pada syahwat seseorang juga terdapat sedekah ? Baginda menjawab: Kalau diletakkan syahwat pada tempat yang haram (berzina) tidakkah seseorang itu mendapat dosa ? Begitulah juga apabila syahwat diletakkan di tempat yang halal (persetubuhan suami isteri) maka dia mendapat pahala.
Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad (227)
Hadis ini boleh juga dikaitkan dengan makna kenyataan dalam persoalan tersebut secara umum. Sekiranya seseorang menyentuh perempuan yang bukan mahram dan tidak halal baginya, maka dia dikira berdosa. Justeru apabila dia menyentuh isteri yang halal baginya maka mudah-mudahan dia diberikan ganjaran pahala.
Manakala berkenaan mencium isteri mendapat 10 ganjaran pahala, kita boleh kaitkan ia dengan keumuman firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Sesiapa yang membawa satu kebaikan, maka dia mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
Maka boleh dikatakan bahawa perbuatan seorang suami mencium isterinya dengan penuh perasaan mawaddah dan rahmah dianggap sebagai suatu kebaikan di sisi Tuhan dan setiap kebaikan itu mendapat 10 ganjaran pahala.
Berkenaan dihapuskan 10 dosa pula, yang lebih tepat adalah seperti yang dinyatakan oleh firman Allah S.W.T:
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
Maksudnya: Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghilangkan (menghapuskan) kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan.
Surah Hud (114)
Ayat ini secara umumnya menunjukkan apabila seseorang itu melakukan amal soleh dan kebajikan, dalam masa yang sama amalan tersebut akan memadamkan dosa-dosa kecil yang telah seseorang itu lakukan. Namun tidak ditetapkan kadar bilangan dosa yang terhapus, sebaliknya ia hanya dikhabarkan dalam bentuk yang umum.
Akhir kalam, kami menyatakan bahawa memadailah untuk kita berpegang dengan nas-nas yang sahih daripada syarak yang menjelaskan tentang perintah berbuat baik dengan isteri dan keluarga. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang suami isteri sama-sama kerja, jadi mestilah masing-masing penat. Walau ada wanita yang suri rumah, tetap pandai buat duit di rumah. Bisnes online, penat juga!
Itulah kata, bila dah kahwin suami kena ambil peduli. Kena tahu tanggung jawab rumah tangga, perlu dikongsi. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian saudara Shamsul Faizal ini. Barulah harmoni perkahwinan kalian.
Dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak dan buka, terus ke dapur. Ambil beras masukkan dlm rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya. Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Hello guys, isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya. Punya baloq liat!
Sampah kat dapur pun hangpa tak bleh nak tolong buang. Bila bising, hangpa kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan,
Jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa tu kita akan menyesal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak. Apatah lagi sekarang kita diarahkan untuk duduk di rumah sehingga 14 April 2020. Setiap masa dapur akan berasap, ada sahaja makanan yang nak dimasak.
Tapi yang tak bestnya apabila kuali yang dulunya putih bersih bertukar menjadi hitam dan berkerak. Jadi sementara ada banyak masa di rumah, apa kata bersihkan belakang kuali yang dah hitam dan berkerak tu.
Ada banyak petua yang boleh digunakan tetapi ada satu yang paling menarik dan mudah untuk dilakukan. Petua ini juga pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu. Caranya hanya gunakan asam gelugor atau asam keping sahaja. Hasilnya, belakang kuali jadi putih bersih.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Hidayah Abdullah ini.
Petua sental bontot kuali kilat lip lapp..
Happy sentaling uolss!
Petua ini diambil dari Sis Kalai (Masak Apa Hari Ni..MAHN)
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...