Isteri Bukanlah Kita Guna Masa Dia Cantik Dan Sihat Je

Share

Dalam memberi pandangan berkenaan poligami tetapi akhirnya si suami menceraikan isteri pertama amat menyentuh hati. Kata ustaz, isteri bukanlah kita nak guna masa dia cantik dan sihat je. Bahkan bukan itu maksud sebenar perkahwinan. Maksud sebenar perkahwinan tu ialah mencari redha Allah bersama-sama isteri, menjaga amanah yang diberi itu sebaiknya dan bawa si isteri tu sama-sama ke syurga.

Ustaz kata lagi, pernah sekali datang seorang lelaki kepadanya, beritahu “ustaz, isteri saya baik. Dia layan saya, jaga makan minum saya, buat apa yang saya suruh, tak pernah melawan, kemas rumah, masak, jaga anak dan siap bantu saya dalam mencari nafkah”. Ustaz jawab isteri kamu akan ke Syurga. Kamu belum tentu. Dia terkejut dan tanya kenapa? Jawapannya sebab isteri kamu telah melaksanakan tanggungjawab dia dan tanggungjawab kamu tapi kamu, apa yang kamu telah buat untuk dia?

Bila ada yang mengadu ustaz isteri saya jahat. Tak dengar cakap saya. Buka aurat. Kadang solat kadang tidak. Sebenarnya, bukan isteri tu yang jahat tapi lelaki tu, dia adalah suami yang gagal. Adakah dia dah ajak isteri dia pergi masjid sama-sama, berjemaah sama-sama, belajar agama, baca taalim kat rumah, kejutkan bangun tahajjud, suapkan dia makan, amal sunnah.. Dah buat ke semua tu? Kalau belum memang betullah dia adalah suami yang gagal.

Abang, sebuah kapal tu dia tidak akan ke kiri atau ke kanan jika Kapten atau Nakhodanya tidak memberi arahan. Begitu juga, dengan rumahtangga, jika suami tidak mengamalkan apa yang syariat suruh, maka bahagia itu akan runtuh. Kesannya ya, pada isteri dan anak-anak.

Bila keluar statement macam ni mulalah suami cakap media sosial ni asyik menangkan isteri je, yang kena hentam suami suami suami. Bukan macam tu. Tapi sebab Nabi pun pernah bersabda “Kamu (lelaki, suami, ayah, ketua, pemimpin) bertanggungjawab terhadap orang di bawah kamu”. Jadi memang si lelakilah yang mesti dahulu dididik, ditegur sebelum dia sendiri yang mendidik dan menegur isterinya.

Suami Isteri Bahagia,
Rumahtangga Sempurna

IKLAN