Mana-mana wanita yang memiliki suami yang pemalas boleh ‘makan hati’. Hanya kesabaran demi kesabaran sahajalah yang boleh menyelamatkan rumahtangga yang terbina.Tanpa kesabaran yang kuat, silap haribulan rumahtangga boleh goyah. Sikap pemalas yang dimiliki oleh sang suami adakalanya cukup menyakitkan hati para isteri.Tenaga ekstra diperlukan oleh sang isteri untuk menyelesaikan banyak perkara tanpa bantuan sang suami. Jika dibiarkan berterusan, lama kelamaan si isteri pasti rasa terbeban dan cukup stres.
Untuk menghadapi masalah seperti itu, berikut beberapa tips menghadapi suami pemalas yang boleh anda praktik.
IKLAN
Jangan Sesekali Memekik-Mekik!
Sekalipun anda sedang stress dengan sikap pemalasnya, jangan sesekali anda memekik-mekik atau menjerit marah. Tindakan anda itu hanya akan memperburukkan lagi situasi.Lebih baik anda berterus-terang sahaja, kerana lelaki sering tidak tahu di mana letaknya kesalahan mereka.Kebanyakan mereka beranggapan ia bukan masalah besar dan tidak suka menganggapnya sebagai satu masalah.
Berterus-Terang
Jika kemalasannya membuatkan anda hilang semangat atau rasa kurang bahagia, eloklah anda berterus-terang supaya suami anda faham. Tetapi, anda jangan hairan jika anda terpaksa mengingatkannya berkali-kali kerana dia akan mengulangi lagi tahap kemalasannya itu.
IKLAN
Berikan Suami Pujian
Orang yang malas biasanya tidak mempunyai motivasi dalam hidpnya dan tidak mampu memberikan motivasi yang baik untuk dirinya.Jadi, sebagai isteri yang berhadapan dengan suami pemalas, anda perlu bekerja keras sedikit untuk memotivasikan dirinya.Mungkin jika anda ingin suami anda membantu, anda boleh tanyakan terlebih dahulu apa yang boleh suami bantu. Ia akan memudahkannya untuk membuat pilihan dan anda boleh membuat pembahagian tugas.Setiapkali suami membantu anda, jangan lupa ucap terima kasih dan berikan kata-kata pujian yang ikhlas daripada hati anda.
IKLAN
Terima Sahaja Kekurangan Suami
Ingat tiada manusia yang sempurna di dunia ini! Jadi, anda perlu ingat bahawa di antara sejuta kebaikan suami, tentu anda juga keburukannya yang akan menyakitkan hati anda.Mungkin ada di antara keburukannya itulah yang akan menjadi satu masalah yang sangat besar sehingga boleh memporak-porandakan rumahtangga yang terbina. Untuk mengatasinya, anda perlu menerima kekurangan suami anda dengan hati yang terbuka.Lagipun, para lelaki yang pemalas ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka bersikap sedemikian. Jadi, tidak ada gunanya jika anda berterusan membuang masa untuk berdebat dengan suami yang ada sikap malas ini.
Teruslah Bersabar Selagi Mampu
Sabar dan teruslah bersabar selagi anda masih mampu dan sayangkan ikatan yang terbina. Anda perlu faham, terdapat dua jenis sikap orang pemalas.Malas kerana memang tengah malas, dan satu lagi yang paling berbahaya, kemalasan yang dah bertahun-tahun sebati dalam diri dan berjalan seiring dengan pertambahan usianya.Sebagai isteri, janganlah ikutkan rasa panas hati anda itu sehingga merosakkan rumahtangga yang terbina yang kerana ada sudah tidak sabar dengan sikap pemalas suami anda.Selagi boleh sabar, sabar ya dan teruslah berdoa agar suami anda boleh mengubah kebiasaan sikap pemalasnya itu.
Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.🙂 4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
12. Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
13. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan 😛
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Besar tanggungjawab seorang lelaki ini di dalam sebuah institusi perkahwinan. Bukan sahaja dari segi nafkah, tetapi juga dari segi mendidik seorang isteri menjadi zaujah yang sentiasa taat dan patuh dengan agamanya.
Perkongsian Afnan Rosli ini benar-benar menjentik hati seorang isteri agar sentiasa buat yang terbaik untuk suaminya.
PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN
Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.
Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?
Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.
Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.
The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.
Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together.
InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal.
Berhutang perlu dilakukan dengan berhemah dan mengikut keperluan. Jika tidak kerana satu keperluan mendesak, adalah lebih baik jika anda tak berhutang.
Ramai berhutang kerana terdesak untuk mendapatkan keperluan asas dengan kos ekonomi yang semakin meningkat, perbelanjaan kita masih lagi sesuatu yang berada dalam kawalan kita sendiri.
PERSOALANNYA, ADAKAH PINJAMAN DAN ANSURAN BULANAN ITU MENJADIKAN KITA MAMPU?
Gambar Sekadar Hiasan
Dalam ekonomi, wujud satu istilah untuk golongan pembeli yang tidak mempunyai kemampuan namun tetap mahu membeli iaitu golongan yang tidak sabar atau individual who is impatience to spend.
Maka jawapanya, TIDAK! Usah kelirukan kemampuan sebenar kita dengan kemampuan kita membuat pinjaman. Ramai individu mengalami masalah kewangan kerana dia tidak tahu perbezaan kemampuan sebenar dengan kemampuan membuat pinjaman. Malah terlalu ramai orang merasakan yang dia mampu membeli telefon pintar terbaharu pada harga RM2 ribu, RM3 ribu, RM5 ribu secara ansuran bulanan, sedangkan kemampuan sebenarnya hanya pada kadar telefon RM800 yang memerlukan dia menyimpan dan menunggu selama dua bulan, sebelum membeli.
Apa yang menakutkan, tabiat berhutang ini bukan hanya berlaku pada proses pembelian produk, malahan sudah menjadi kebiasaan pula bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan di mana mereka membuat pinjaman peribadi bagi merealisasikan impian perkahwinan selama ini atau mungkin juga untuk melunaskan wang hantaran yang diminta.
Sudah terlalu ramai pasangan yang menghadapi masalah kewangan akibat perbuatan ini sedangkan solusinya cukup mudah iaitu:
Dirikanlah rumah tangga mengikut kemampuan
sekadar gambar hiasan
Agak kasar jika dikatakan, apabila anda memerlukan pinjaman wang untuk berkahwin, nasihat saya lebih baik anda tangguhkan perkahwinan dan kumpul duit dahulu. Andai generasi muda kita hanya mampu bernikah disebabkan sanggup terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, jelaslah mentaliti itu sesuatu yang sangat perlu diperbetulkan, khasnya oleh pihak ibu bapa bakal pengantin.
Kepada generasi muda, ingatlah, pinjaman bukanlah jalan keluar kepada masalah tidak berkemampuan. Berkorban, menyimpan dan menurunkan permintaan adalah solusi terbaik untuk memastikan anda tidak terbeban.
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.