Keajaiban doa seorang suami yang diangkat sebagai ketua keluarga sebenarnya lebih tinggi darjatnya. Kata-kata suami juga satu doa yang kalau tak dipelihara akan memberi impak yang besar kepada emosi isteri.

Catatan Subuh yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Huraiyah (Siti Aisyah Ahmad Zaki) ini perlulah difahami oleh setiap suami agar jangan sesekali mereka terlupa untuk mendoakan isteri.

BESAR KESANNYA DOA SEORANG SUAMI

Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.

IKLAN

Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah-lembut, tetapi jarang-jarang sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?

Percayalah doa seorang suami itu mustajab.

IKLAN

Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah-lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.

IKLAN

Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.

Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.

Ayatnya cukup ringkas, namun padat untuk setiap suami hayati. Wahai suami, jika anda mahukan seorang bidadari syurga menjadi temanmu, teruskan berdoa untuk kesejahteraan bersama. InshaAllah bidadarimu itu akan membantumu bahagia berterusan hingga ke syurga. 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI