Gambar sekadar hiasan
Risiko isteri hamil anak suami lewat usia
Di Malaysia, tiada sebarang peraturan yang menghalang atau melarang anda dan pasangan untuk memiliki anak pada usia bila sekalipun. Ia adalah terpulang kepada anda untuk memikirkannya secara rasional. Pun begitu, ada beberapa risiko isteri hamil anak suami lewat usia yang kalian perlu tahu, iaitu:
#1. Keguguran bayi
Pertama sekali, ini adalah risiko yang paling dibimbangi akan terjadi. Ini kerana isteri yang hamil anak suami lewat usia dikatakan akan meningkatkan risiko keguguran bayi sebelum minggu ke-20 kehamilan (stillbirth).
#2. Kecacatan bayi
Selain itu, kehamilan isteri dengan suami yang berusia 40 tahun ke atas juga boleh meningkatkan risiko kecacatan bayi – kelainan pada pertumbuhan tengkorak, anggota tubuh badan dan jantung bayi.
#3. Autisme
Seperti mana yang selalu kita baca atau dengar, wanita yang hamil lewat usia berisiko melahirkan anak autisme. Namun, kajian juga menunjukkan ia boleh terjadi jika si suami berusia 40 tahun ke atas.
#4. Childhood Acute Lymphoblastic Leukaemia
#5. Skizofrenia
Akhir sekali, terdapat kajian yang mengatakan bahawa usia isteri atau suami yang tua akan meningkatkan risiko anak lahir dengan penyakit mental skizofrenia. Namun, ini cuma sekadar satu risiko dan tidak semestinya akan terjadi. Walau bagaimanapun, adakah anda mahu berhadapan dengan risiko-risiko yang dinyatakan ini? Tepuk dada tanya selera…
Konklusinya, tiada siapa yang dapat menghalang atau melarang sesiapapun hamil pada usia yang mereka mahu. Sebaliknya, kita hanya mampu memberikan nasihat, maklumat atau informasi yang boleh membantu kalian membuat keputusan sendiri. Pertimbangkanlah faktor bilangan anak, tahap kesihatan anda dan pasangan, kewangan, kerjaya dan ekonomi anda sebelum memutuskan untuk menambah ahli keluarga. Selain itu, pertimbangkan juga faktor usia anda. Adakah anda mahu risiko-risiko yang kami nyatakan ini menimpa anak anda? Jika tidak, sila berfikir dengan wajar sebelum membuat keputusan.
SUMBER : HELLO DOKTOR
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gambar Hiasan : Tangkap Pictures