Ketenangan timbul dari kasih sayang suami isteri yang akan memberikan semangat untuk bekerja dan rezeki yang diperolehi akan lebih senang dan banyak. Isteri kita lebih bermakna dari tu kerana isteri lah lubuk rezeki si suami, isteri juga boleh jadi penawar untuk hati suami yang sedang bergelora.

Tak selalu semua rancangan kita akan menjadi, adakala boleh jadi lebih teruk. Bukan sebab kita bernasib malang tapi kerana kita sering berlagak hero dan tak ingin bantuan isteri. Bersandarlah kepada isteri saat kita sedang buntu kerana isteri ada penawar kepada 1001 masalah si suami.

Isteri Ibarat Magnet, Makin Berkepit Makin Bertambah Rezeki Suami

Doa isteri makbul buat suami

Doa isteri untuk suami pasti di makbul oleh Allah. Semakin kita bahagiakan isteri kita makin kerap isteri berdoa untuk kita. Sedang masak berdoa, sedang basuh baju berdoa, sedang lipat baju berdoa untuk suami tak pernah lekang berdoa untuk suami. Cuba bayang kalau isteri tak bahagia? Berat tangan nak angkat berdoa jadinya.

IKLAN

Rezeki murah isteri sentiasa bersyukur

Suami yang selalu cium dahi isteri, peluk dan berkata manis membuatkan isteri sentiasa bersyukur. Walau ada kekurangan isteri tak pernah merungut, buat suami rasa lebih tenang dan sabar. Rumahtangga sentiasa diberkati barulah rezeki tak segan nak datang.

Membuat suami lebih tenang dan sabar

Setiap kali suami bersandar di bahu atau peha isteri ia boleh meningkatkan “Hormon Oxytosin” dalam badan suami. Juga di kenali sebagai hormon cinta dan sangat berguna pada wanita ketika proses bersalin. Hormon ini juga membuat suami kurang stress, tenang dan lebih sabar. Nak suami yang penyabar banyakkan bersandar pada isteri.

Isteri Ibarat Magnet, Makin Berkepit Makin Bertambah Rezeki Suami

IKLAN

Sokongan isteri tangga kejayaan suami

Sokongan isteri menjadi perangsang untuk suami lebih bersemangat mencari rezeki. Di saat suami buntu dan putus asa kata-kata sokongan dari isteri akan menjadi perangsang Monolog (kata hati) si suami untuk terus berusaha dan berjaya.

Suami yang manja buat isteri kekal cantik

Isteri yang cantik menyelesaikan banyak masalah suami. Nak isteri kekal cantik jangan buat mereka stress kerana bila stress “Hormon Cortisol” dalam badan isteri akan makin banyak. Bila stress kolagen akan berkurangan dan buat kulit isteri anda jadi kusam dan kering macam orang tua. Macam-macam masalah boleh timbul lepas tu.

IKLAN

Didik anak berdoa untuk kita

Doa dari anak-anak paling makbul kerana Allah sentiasa mendengar doa dari anak kecil yang suci. Ajarlah anak berdoa untuk kebaikan keluarga. Di saat doa kita seperti tidak berkesan ajak lah anak-anak untuk berdoa sekali. Anak-anak selalu dengar cakap ibunya.

Suami kekal sihat dan kuat

Layanan dan sentuhan ikhlas dari isteri boleh meransang “Hormon Testosteron” suami dan membuat suami lebih bertenaga dan tajam akal. Sentuhan isteri lebih power dari “Tongkat Ali”. Tak perlu ubat atau herba lagi untuk jaga kesihatan dan kehebatan suami. Sentuhan isteri juga boleh elakkan mati pucuk.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI